Crab Hut Asia , Cyberjaya - Syurga Makanan Seafood

Monday, February 15, 2016


Crab Hut : Deco ; Papan Tanda Menu & Hiasan Roda (boleh main pusing2)

Selalunya telan air liur ja tengok kengkawan dok melantak sedap - sedap , makan ketam segala. Kali ini Ty pula dapat merasa juga akhirnya. Walaupun tak pandai kopek ketam atau ketuk mengetuk binatang sesedap ini , sejujurnya Ty enjoy sungguh makan adik beradik kepada seafood di Crab Hut Asia , Shaftbury Cyberjaya. U olls guna khidmat MAPS / Waze pasti selamat sampai ke destinasi ni punya.


Gambar Ty ni dah memang menunjukkan betapa sedap dan teruja nya dengan makanan - makanan seafood yang Ty dapat rasa dengan geng blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari . Memang tahu akan comot , simple gila kuar date malam ni. Asal dak-dak main ketuk , mesti terpercik kena I olls. Stress pada mula tapi cam seronok pula lama - lama. Baru lah fun makan , just being ownself gitu.

Okay , meh Ty kongsi sikit dengan U olls apa yang sempat Ty makan sampai balik rumah dengan perut kekenyangan tahap esok paginya sampai ke tengahari pun Ty tak lalu dah nak jamah apa - apa.

Red Lobster - RM155 [Normal : RM179]
2 ekor Lobster Merah yang disajikan bersama Signature Southern Bang Mild Sauce

Combo Seafood Bag - RM175.90
Combo ini adalah gabungan Yabby , Scallop , Japanese Hamaguri Clams , French Beans bersama Garlic Butter Sauce

Baby Octopus & Prawn Combo - RM29/-

Seafood Bag ; Asam Pedas Meat Crab & Freshwater Prawn - RM153.00
Yang set bag ini memang puas hati gila makan , kalau dapat makan dengan nasi pun superb marvelous. Sumpah sedap masakan asam pedas dia.


BBQ Chilled Australian Sirlion Beef in Smoky BBQ Sauce - RM39.90
Pergggggghhh! Bukan sekadar daging beef ja sedap dengan sos bbQ tapi Mashed Potato tu pun memang meletup - letup kesedapan nya dalam mulut.

Okra - RM10.90
Bendi goreng yang disalut dengan tepung ranggup. Boleh pilih perisa Cajun / Galic.

Fried Soft Shell Crab - RM22/-
U olls yang nak makan seafood tapi kononnya nak jamah lite - lite boleh la cuba dishes meal yang cenggini.

Buat u olls yang nak makan seafood dsb untuk makan tengahari pun boleh je ke Crab Hut , sebabnya ada Lunch Tray yang mana dihidangkan dengan buah juga kacang panjang sebagai side dish.

Jamba Prawn & Thai Sambal Fried Rice - RM32/-
Bagi yang memang gemar akan kepedasan sangatlah direkemenkan cuba Thai Sambal Rice Crab Hut ni. Pasti u olls suka.


Chamala Chicken & Garlic Fried Rice - RM22/-

Signature Southern Bang Baby Octopus & Garlic Fried Rice - RM23/-

Spicy Plum Grilled Salmon & Thai Sambal Fried Rice - RM32/-

Apa yang Ty leh katakan , memang makan - makan kat sini memang sedap dan puas hati. Bukti nya bila +Faizal Fredley & +Julia Johari pun makan tak tengok kiri kanan dah. Pengalaman makan atas kertas yang ditaburkan atas meja memang sangat cool . 


Okay ada berita gempaq untuk u olls yang berhajat nak pergi makan di Crab Hut Asia ;



Promosi di Crab Hut, Cyberjaya:
* Promosi Monthly Crazy Bag Febuari adalah "2pcs Red Lobster (800gm) untuk RM155 (Biasa RM 179)
* Promosi Monthly Crazy Bag March adalah "Spanner Crab RM12/100gm (Biasa RM17/100gm)

Buat yang tertanya macam mana nak place order , ini cara nya :
Step 1 : Pilih makanan laut, (minimum satu jenis, maksimum 3 jenis) dalam timbangan 300gm atau 500gm. Untuk ketam, boleh pilih secara kepingan.
Step 2 : Pilih sos & tahan kepedasan untuk Signature Southern Bang Sauce atau Jamba-Jamba.
Step 3 : Pilih satu atau dua Bag Buddies

Happy Hour Combo adalah setiap hari !
dari jam 12 tengahari sehingga jam 4 petang.

Tawaran khas untuk pembaca blog Ty , Ty nak belanja u olls ni :

10% diskaun untuk makanan sahaja. Sah sehingga 30 April 2016.
U olls tunjuk ini dekat staff in charger Crab Hut , dan nikmati 10% diskaun !

Untuk makluman lebih lanjut tentang Crab Hut Asia ;


CRAB HUT 
P2-25, Shaftsbury Square, 
Persiaran Multimedia, Cyberjaya 6,
Selangor, Malaysia

Facebook: Crab Hut Asia
Instagram: Crab Hut Asia
Call: 03-8322 6861

20 comments

  1. Rasa macam ada lagi lobster dlm mulut ni nyummm

    ReplyDelete
  2. Rasa macam ada lagi lobster dlm mulut ni nyummm

    ReplyDelete
  3. aaaaa jelesnya dengan TY yana nak jugek . hehehe .. nice review TY , u bjaya wat iols telan ayaq lioq hahah

    ReplyDelete
  4. Thanks kak Ty sbb letak harga sekali. Senang nak budget.

    Jemput baca:
    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. sedapnya lobster! sirloin beef tu pun nampak best

    ReplyDelete
  6. Puas hati lah ratah lauk je....siap sempat rakam aksi kak juju makan tuuu haipppp hahhaha

    ReplyDelete
  7. Ades...tetiba lapaaaaa...tolonggggg

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Stress kan..lelagi yg ada anak kecik..adess...Tuhan je yg tahu

    ReplyDelete
  10. Wow these look so yummy! My mouth is watering just looking at your photos.

    Watch movie free

    ReplyDelete
  11. fuhh soft shell crab tu. >,<

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.