Cafe Cerita Kambing di Anggerik Mall , Shah Alam

Monday, November 23, 2015


Salam u olls  , 

Berkesempatan ke Cafe Cerita Kambing di Anggerik Mall , Shah Alam dengan rakan - rakan merangkap keluarga alam maya #kelabbloggerbenashaari semalam. Yang menariknya , dapat berkumpul ramai - ramai dan menikmati masakan yang sedap oleh hasil air tangan Chef Zakaria sendiri yang telah berkesimpung dalam bidang masakan semenjak tahun 1990-an lagi. Dan lebih menfokuskan perniagaan katering sebelum ini. Dan kali ini , membawa masakan yang beliau mengetengahkan berasaskan KAMBING dalam pelbagai menu masakan.

Chef Zakaria mengambil inisiatif bermenukan kambing sebagai menu utama dalam perniagaan beliau kerana percaya ia boleh di terima oleh semua orang yang menikmati hidangan masakan telah disediakan. Memandangkan kambing juga merupakan makanan sunnah Rasullulah.

Cafe Cerita Kambing yang baru saja di buka pada awal tahun 2015 di Anggerik Mall menjadikan tumpuan untuk pelanggan datang terus ke sana dan menikmati makanan seperti Nasi Beriyani , Kambing Masala , Ayam Masak Merah , Kambing Bakar , Mee Jawa , Laksa Johor dan banyak lagi. Apa yang disajikan kepada kami rakan blogger tidak lah kesemua hidangan yang ada pada Cafe Cerita Kambing in tetapi sudah memadai untuk menyatakan masakan dan makanannya sememang sedap belaka.

Nak tahu rasa nya boleh ke tidak diterima oleh anak tekak u olls , apa kata pergi dan rasa la sendiri.

Sebelum tu , Ty nak kongsikan sikit pencuci mata untuk menggeliurkan anak tekak u oll dulu yang pastinya u olls akan serbu ke Anggerik Mall dan terus ke tingkat 1 untuk cuba makanan - masakan yang marvelous di Cafe Cerita Kambing nanti.

Kambing Masala

Kambing Bakar

Rencah Mee Jawa & Laksa Johor

Laksa Johor

Mee Jawa

Koci Labu

Ubi Kayu + Kelapa / Sambal Ikan Bilis

Pengat Pisang

Okay , bagi yang berminat untuk membuat tempahan katering majlis perkahwinan atau event - event bolehlah menghubungi Chef Zakaria atau isterinya ; Puan Noraizah .

Nombor Telefon : 01131760227 / 0192816308


Dan bagi yang memang kaki makan , bolehlah ke Anggerik Mall , Shah Alam pada 27 - 29 November 2015 nanti bagi sama - sama memeriahkan lagi Pesta Makanan Anggerik Mall 2015 .

Harga makanan adalah murah dan berpatutan. Recommended !

13 comments

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.