Resepi Kuih Raya Dengan Mentega SCS - Mentega Kacang

Monday, July 6, 2015


   
Mentega Kacang / Nutty

Bahan - bahan
200 gm SCS Mentega Bergaram 
80 gm Gula Aising
1/2 sudu teh Esen Vanilla
160 gm Tepung Gandum
65 gm Tepung Jagung
100 gm Tepung Kastad
130 gm Mentega Kacang
80 gm Kacang Berlapis Gula (dikisar)
1 Telur


Cara Penyediaan
1.  Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula aising sehingga kembang. Kemudian masukkan esen vanilla.
2.  Kemudian masukkan bahan - bahan kering dan campur sehingga sebati. Biarkan doh selama 5 minit.
3. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Gulungkan doh di antara 2 plastik setebal 3mm. Sejukkan doh di dalam peti sejuk.
4. Keluarkan doh yang separa keras. Sapukan mentega kacang ke atas salah satu bahagian doh , kemudian dilapis dengan doh yang separuh lagi. Sejukkan doh yang berlapis dalam peti sejuk sehingga menjadi keras.
5. Potong doh menjadi kepingan kecil. Sapu bahagian atas dengan telur dan hiaskan dengan kacang yang telah dikisar.
6.  Bakar pada suhu 160°C selama 20 minit atau sehingga masak.

Yehaaaa! Dah ada 4 jenis kuih raya. Tak termasuklah dengan kuih tunjuk yang beli tu.
Selamat mem"baking" u olls!

3 comments

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.