Resepi Kuih Raya Dengan Mentega SCS - Kopi & Kacang

Friday, July 3, 2015


Kopi & Kacang / Cappucino

Bahan - bahan
240 gm SCS Mentega Bergaram
80gm Gula Aising
1 sudu teh Esen Vanilla
4 sudu teh Pes Kopi / Emulco
220 gm Tepung Protein Rendah
80 gm Tepung Jagung
25 gm Serbuk Badam
70 gm Cincangan Badam
70 gm Cip Coklat

Cara Penyediaan
1. Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula aising sehingga kembang. Masukkan esen vanilla dan pes kopi.
2. Kemudian masukkan tepung gandum , tepung jagung  dan serbuk badam. Campur sehingga sebati.
3. Masukkan doh semperit ke dalam "piping bag" yang telah dipasang muncung berbentuk bintang.
4. Paipkan bentuk bunga atau bentuk kegemaran masing - masing ke atas loyang. Hias dengan cincangan badam dan cip coklat.
5. Bakar pada suhu 160°C selama 18 minit atau sehingga masak.

Cubalah nanti ! Next resepi coming.

4 comments

  1. Sedapnye...nk try la...tq sharing

    ReplyDelete
  2. boleh cuba buat those yang rajin =D
    CT thun ni x buat kuih la gamaknya..

    ReplyDelete
  3. xbyk sgt bahan2 dia ni
    ada je bhn2 tu kat umah
    tgklah nti apa jd this weekend haha

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.