Promosi Bufet Ramadhan Di Putrajaya International Convention Centre (PICC) 2015

Monday, May 25, 2015

Sempena bulan Ramadhan Al - Mubarak yang bakal menjelang , PICC memperkenalkan promosi Berbuka Puasa iaitu "Bufet Ramadhan 2015" bertemakan "Hidangan Tradisi Budaya" dengan 300 hidangan yang menampilkan juadah tradisi dan warisan Melayu sebagai tarikan.



Pakej berbuka puasa ini akan bermula pada 20 Jun sehingga 15 Julai 2015 dengan kadar bayaran sebanyak RM88/- untuk dewasa dan RM44/- untuk kanak - kanak. Anak kecil yang berumur di bawah 5 tahun kemasukkan adalah percuma. Bufet akan bermula dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam.


Antara hidangan utama adalah Sup Ekor Berempah , Kerabu Betik Muda (Som Tam) , Nasi Ulam Utara , Shawarma Ayam & Daging , Satar Terengganu  , Gulai Daging Pisang Muda , Pajeri Jantung Pisang dan banyak lagi.


Pemanis mulut seperti Chocolate Fountain bersama buah - buahan segar yang di celup bersama coklat , Apam Balik dan kuih - muih.


Pelbagai jenis bubur sebagai pelengkap untuk menu berbuka puasa yang disediakan adalah Bubur Lambuk Berempah PICC , Bubur Kacang Hijau Durian , Pengat Labu & Pengat Pisang


Hidangan ala barat seperti Spaghetti , Fettuccine , Penne dan Linguine bersama Sos Bolognese  , Napolitana  & Carbonara turut disediakan bagi mencuba kelainan ketika berbuka puasa.

Pengunjung bukan sahaja dapat merasa hampir 300 hidangan malah berpeluang memenangi "Cabutan Bertuah" dengan hadiah utama "Duit Raya Tunai" sebanyak RM3,000.00 di samping hadiah - hadiah menarik yang bernilai RM10,000.00. Penyertaan adalah terbuka dan keputusan akan diumumkan pada minggu kedua bulan Syawal di laman Facebook PICC.

Turut menyediakan surau bagi tujuan solat terawih berjemaah bermula pada hari pertama promosi berlangsung. Surau bagi kaum Adam & Hawa adalah berasingan.

Penampilan khas dari Rosma AF akan menghiburkan para pengunjung dengan alunan muzik yang bersesuaian dengan bulan Ramadhan sepanjang tempoh promosi. 


Bagi tempahan untuk Bufet Ramadhan 2015 ni , bolehlah menghubungi pihak PICC di talian 03-88876162 dan boleh juga membuat tempahan secara online  di laman web  -  www.ticketonline.my/picc .

Untuk mendapatkan maklumat korporat PICC , boleh menghubungi Cik Kumari Nahu di talian 03-88876000 atau emelkan ke alamat ; [email protected].

Putrajaya International Convention Centre
Dataran Gemilang , 
62000 Presint 5 , 
Putrajaya.
Website : www.picc.com.my
Facebook : PICC Malaysia

5 comments

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.