Run With Certainty - Apa Itu "INKONTINENS" ?

Thursday, April 2, 2015


Run With Certainty | 28 Mac 2015 lepas , ratusan pelari telah berkumpul di Taman Metropolitan Kepong untuk meraih data serta memberikan sokongan kepada Run with Certainty yang dianjurkan oleh Disposable Soft Goods (M) Sdn Bhd. Larian amal ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai "Inkontinens".

Apa itu "Inkontinens" ?
Inkontinens adalah satu penyakit yang membuatkan penghidapnya mungkin menghadapi masalah terbuang air kecil atau besar tanpa disengajakan atau tidak boleh dikawal.

Larian amal tersebut menyaksikan pelbagai lapisan golongan dari tua sehingga muda, yang memilih larian sejauh 6km atau 3km di sekeliling taman tersebut. Run with Certainty  juga bertujuan untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa mereka tidak bersendirian dan tidak perlu menjalani kehidupan dengan memendam rahsia – dengan ratusan peserta yang menunjukkan bahawa semangat mengambil berat dan saling menyokong antara satu sama lain masih lagi wujud dan membara.


Turut hadir , Yang Berhormat Senator Datin Paduka Chew Mei Fun , Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang turut bersama-sama menyokong usaha ini. Dalam ucapan Cik Low Chooi Hoon selaku Pengurus Besar DSG Malaysia dan Singapura, beliau telah menyatakan terima kasih kepada mereka yang telah berkumpul untuk berlari dengan penuh keyakinan, menyokong usaha Certainty bagi meningkatkan kesedaran mengenai inkontinens. Kesulitan ini semakin meningkat, memandangkan masyarakat kita kini bertambah matang dan moden. 

Jadi, inkontinens tidak seharusnya menjadi penamat keceriaan dalam hidup setiap individu atau penghalang , memandangkan ada produk yang boleh membantu seperti Certainty DayPants yang dihasilkan dengan bahan-bahan yang nipis dan berkualiti tinggi untuk memberi keselesaan yang terbaik.


Semua dana yang terkumpul dari acara ini akan disalurkan ke 4 buah rumah kebajikan yang dipilih oleh Datin Paduka Chew Mei Fun ; 
  • Persatuan Kebajikan Ci Hang, Chempaka, Selangor, 
  • Rumah Caring Kajang, Sungei Way 
  • Old Folks Home 
  • Lovely Nursing Centre, SS3, Kuala Lumpur

Acara larian amal ini berakhir pada jam 11 pagi. Dalam suasana yang meriah dengan keceriaan jelas terpancar di wajah para peserta , meraka membawa pulang medal yang direka khas serta cenderahati dari para penaja termasuklah Revive, Mentholatum (Deep Heating Rub), Julie’s, Majalah Health Today, OldTown White Coffee dan Clinelle.

________________________________________________________________________________________________________________



Certainty Daypants
Certainty DayPants menawarkan penyelesaian terbaik untuk penghidap inkontinens sederhana dengan lampin dewasa khas untuk keyakinan setiap hari. Ia merupakan lampin mudah dipakai untuk orang dewasa yang aktif dan menawarkan penyelesaian untuk inkontinens ringan hingga sederhana. Certainty DayPants dilengkapi teknologi 3D diamond dry ultra-thin dengan penyerapan dua lapisan , tali pinggang regangan lembut dan perlindungan penghadang kebocoran untuk menggalakkan penyerapan lebih cepat dan pencegahan aliran belakang untuk rasa kering dan keselesaan terbaik supaya anda boleh menikmati aktiviti luar rumah tanpa kebimbangan.

Boleh didapati dalam dua saiz, M & L pada harga jualan yang dicadangkan iaitu RM18.50 dan RM22.90. Ia boleh didapati di Tesco, Giant, Aeon Big, Mydin, Aneka, Billion, Econjaya, Econsave, Farmasi Maycare, Farmasi Homecare, Sunshine, TF Value Mart, The Store, Tunas Manja, UO dan kedai-kedai utama lain.

Certainty dan Certainty DayPants dihasilkan oleh DSG International (Thailand), pengeluar lampin pakai buang yang komited untuk memuaskan pelanggan melalui produk dan perkhidmatan yang berkualiti dan konsisten. Certainty telah diedarkan di Malaysia selama lebih daripada 13 tahun. Ia merupakan jenama lampin dewasa No. 1 di Thailand.

Untuk maklumat lanjut atau mendapatkan sampel, layari www.certainty.com.my atau hubungi talian bebas tol di 1800 877 193.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

DSG (M) Sdn Bhd
Ms. Jackie Yap
603 – 5621 1888

Geometry Global PR
Ms. Hazel Zulkifli
017 391 8586

Ms. Farah Zulkefly
012 334 4885

Mr. Robert Chan
012 368 6078

2 comments

  1. inkontinens... memang sesuatu yang kalau boleh janganlah tiba dan kena pada kita kan? apa pun, pada mereka-mereka yang menghadapi masalah ini semoga bertemu penyelesaian...

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.