Kelab Blogger Ben Ashaari Blogger's Day Out

Thursday, April 23, 2015



KBBA Blogger's Day Out | Alhamdulillah , In Sha Allah pada 26hb April 2015  ( Ahad ) akan menjelang nanti kami keluarga dari komuniti Kelab Blogger Ben Ashaari akan berkumpul bersama - sama di sebuah perjumpaan terbesar buat julung pertama kalinya di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya dengan usaha kerjasama dari semua lapisan blogger di dalam komuniti KBBA ini. Syabas semua , kerjasama membawa berkat sebagai satu pasukan yang mantap lagi jitu. 

Syukran , dengan rasa berbesar hati dan gembira , Ty adalah salah seorang dari mereka - mereka yang telah berusaha untuk menjayakan program ini ingin mengucapkan jutaan ribuan terima kasih kepada semua dan terutamanya kepada pihak penganjur Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya yang telah menyediakan tempat bagi kami berkumpul sesama blogger nanti.

Untuk makluman  u olls , Cyberjaya dan Putrajaya berjiran dan untuk ke Cyberjaya dari KL menggunakan lebuhraya adalah sangat dekat sebenarnya. Dan tidak alasan untuk tidak ke Cyberjaya yang lebih dikenali sebagai pusat pentadbiran bagi syarikat swasta dan hanya kawasan kolej - kolej berprestij tinggi. Kini Cyberjaya lebih membangun dan banyak "port" menarik untuk lepak dan bersantai juga lain - lain lagi. Contohnya di Kolej Komuniti Taman Tasik Cyberjaya.

Apa yang menarik di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya ?

- Wujud sejak 2006
- Berhampiran Universiti Multimedia (MMU)
- Bersebelahan Majlis Perbandaran Sepang
- Menyediakan fasiliti / kemudahan sukan seperti driving range , gelangang tenis , paintball , sirkit go kart , kolam renang , gelanggang futsal , gelanggang badminton , gelanggang badminton , gelanggang bola keranjang , gelanggang bola tampar , gelangagang squash , gymansium , dan studio menari.
- Tempahan majlis dewan meraokan hari bahagia , mesyuarat dan reunion yang mampu menampung sehingga 500 - 700 pengunjung dalam satu masa. Catering boleh ditempah terus di Bayou Coffee House di situ. 

Untuk maklumat dengan lebih lanjut , boleh hubungi 03 - 8318 0008 atau terjah instagram KKTTC ; @kelabkomuniticyberjaya .

Dan dijangka hampir 100 blogger akan memyertai aktiviti - aktiviti sepanjang program yang telah dirancangkan. Antara acara yang akan dijalankan nanti seperti golf , badminton , paintball. Perubahan cara permainan tidak seperti biasa tetapi telah diubahsuaikan dengan lebih mencabar bagi menguji dari segi mental , fizikal dan kerjasama berpasukan di kalangan blogger.

Ramai yang bertanya untuk turut serta tapi sayangnya tidak dibuka secara umum tetapi orang ramai sangat digalakkan untuk datang beramai - ramai bagi memeriahkan program dengan memberi sokongan kepada rakan blogger yang mengambil bahagaian dalam acara sepanjang hari.

Sekalung tinggi penghargaan kepada penaja - penaja yang telah turut sama menjayakan program KBBA Blogger's Day Out : -

Cyberview , Cyberjaya : www.cyberview.com.my
Yeos's Malaysia : www.yeos.com.my
Stamp & Print Enterprise : www.stampnprint.blogspot.com
Natalia : www.natalia.my

Jumpa u olss di sana!

5 comments

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.