Menghitung Hari

Sunday, January 11, 2015



Lepu. Sabtu Ahad , cuti dari kerja opis tapi memerapkan diri sendiri dalam keadaan sukar tuk digambarkan. Mana saja ajakan , semua nya dijawab tak nak dengan sepoyo mungkin. Pasti laju bertalu ditanya "kenapa"? Jawapannya , nak bersendirian. Cempian kan bila jawab gitu. 

Dakap erat bantal bucuk empuk , tenung siling. Mata ikut gerak kipas pusing ntah arah jam atau lawan. Fikiran melayang kosong jauh , ke Uganda mungkin.

Nyaris juga , sampai "kampung". Sayangnya dicegah lagi menghalang. Walhal rindu bercampur risau. Anak beranak sama degil. Keras kepala. Lumrah sebuah keluarga Uncle Lee.

Menyesal pula tak join +Pakcu Sofi naik Broga , kononnya. Hakikatnya geng KBU berbroga atas katil. Selamat , tak jadi jeles. Tenang sikit buat kerja kawen sambil menghitung hari.

Eksaited , perasaan itu bukan untuk aku.

Gila apakah bila tak sabar hitung jam masuk kerja tuk hadap Monday Blues? Janji dapat menyibukkan diri sambil mengira saat dan minit ke detik jam 12 yang mengenapkan tarikh - tarikh di hari berikutnya.

Propaganda hidup.

3 comments

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.