KEPUTUSAN UJIBAKAT DRAMA SELUDUP

Friday, August 22, 2014

Salam u olls ,


T A H N I A H  !


KEPUTUSAN UJIBAKAT DRAMA SELUDUP | Keputusan uji bakat bagi drama bersiri Seludup arahan Jehan Miskin telah pun berakhir. 2 pemenang yang bertuah berjaya diumumkan sebagai pemenang dalam peraduan #masukdramaseludup. Selain mendapat peluang berlakon dalam drama ini , pemenang - pemenang juga akan menerima hadiah yang bernilai sehingga RM15,000.00.

Mohd Andika bin Abdul Halim (25 tahun) & Nur Afieqah binti Zulkarnain (20 tahun)



Saya amat berterima kasih kepada 
para juri yang telah 
memilih 
saya dan saya percaya saingan adalah sangat sengit. 

Peluang ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk mencapai impian saya menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya.
Mohd Andika yang merupakan seorang pekerja restoran







Perasaan gembiranya turut dikongsi Nur Afieqah
seorang pelajar yang menyifatkan peraduan ini sebagai usaha yang sangat unik untuk mendedahkan bakat baru dengan realiti sebenar kerjaya lakonan.









SELUDUP, drama bersiri tiga belas episod diperkenalkan oleh Mastermind Group Sdn Bhd dengan kerjasama Astro Malaysia. Seludup diilhamkan daripada kesedaran yang semakin meningkat di kalangan masyarakat mengenai perdagangan haram barangan seludup, tiruan dan cetak rompak yang telah menjadi isu sosio-ekonomi di negara ini dan menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat.


Untuk maklumat lanjut mengenai Seludup dan peraduan #masukdramaseludup termasuk terma dan syarat, sila layari laman FB Seludup di www.facebook.com/seludup 


_______________________________________________________________________________


Mengenai Mastermind Group Sdn Bhd.

Mastermind Group Sdn Bhd adalah pusat sehenti untuk penerbitan kandungan berkualiti tinggi bagi penonton tempatan dan antarabangsa. Portfolio perkhidmatannya merangkumi pengkonsepan kreatif ke penghasilan kandungan, produksi dan pasca-produksi untuk pelbagai klien bebas. Syarikat ini diketuai oleh seorang ikon serba boleh industri televisyen, Jehan Miskin. Untuk maklumat lanjut mengenai Mastermind Group, layari www.mastermindgroup.com.my.


Bagi pihak Mastermind Group Sdn Bhd – Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Nizam Khamis | Senior Consultant | Geometry Global | +6019-388 7147 | [email protected]         

Amy Lisa | PR Associate | Geometry Global | 6019-289 5125| [email protected] 

4 comments

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.