Program Jalinan Ramadhan 1435H - Anjuran Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor

Saturday, July 5, 2014



Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua , 

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana masih diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini. Sepertimana para sahabat waktu Nabi SAW masih hidup, menunggu-nunggu ketibaan Ramadhan dan bersedihan di penghujung Ramadhan yang akan berakhir. Dan bersempena bulan yang mulia ini , kita digalakkan memperbanyakkan untuk melakukan ibadah dan juga bersedekah kepada mereka yang memerlukan.

Dengan itu , Ty ingin kongsikan sedikit info bagi semua yang ingin bersama - sama menghulurkan tangan bagi memberi sedikit sumbangan disamping menjalinan hubungan ukhuwah sesama umat Islam kepada keluarga mualaf (orang asli) , Asnaf , Fakir Miskin dan Ibu - Ibu Tunggal yang dianjurkan dibawah sebuah kelab iaitu Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor.

Berikut Ty sertakan maklumat untuk makluman yang lebih jelas kepada semua , dan mudah - mudahan pemberian dan sumbangan yang seikhlas dari pemberi hanya Allah SWT sahaja membalasnya. 


Maklumat Program.

Program Jalinan Ramadhan
Anjuran Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor (no pendaftaran:PPM-014-10-13012014)

Tarikh  dan Tempat
20 Julai 2014 / 22 Ramadhan 1435H
Sekitar Kuala Langat,Selangor

Matlamat
Mengedarkan pek barangan dapur kepada golongan yang memerlukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Objektif -
Membantu meringankan beban keluarga serta mewujudkan masyarakat prihatin dan memperkukuhkan jalinan ikatan silaturrahim sesama kita.

Golongan sasaran -
300 keluarga Mualaf (orang asli),Asnaf , Fakir miskin dan ibu-ibu Tunggal yang mempunyai anak yatim.

Kos Program -
Sasaran untuk menyediakan 300 pek barangan dapur seperti beras,minyak masak,gula,tepung gandum,kurma dan lain-lain.
Nilai 1 pek RM200

Jumlah Dana yang diperlukan
Dana yang diperlukan adalah RM60,000 (300 X RM200)

Sasaran Sumbangan
RM200 seorang - terpulang pada keikhlasan anda.

Cara Sumbangan -
Boleh disalurkan melalui 
  • Cimb Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor - 86 0193243 8
  • Maybank Saiful Anuar Amri (Akuan khas Admin Program JR) - 1641 8240 4340

Penting - Apabila sumbangan telah di bank-in !
Sila emailkan nama anda , nama bank , tarikh dan masa bank-in , jumlah sumbangan ke [email protected]
Contoh : Ahmad,cimb,15/5/2014 11.00 am,RM200
Untuk sms/whatsapp sila hantar ke no ini 018-2711362

Info lanjut di :

Pegawai Bertugas-
  • Mohd Hasrul : 0111-6269252
  • Zamri : 019-2745034
  • Jamian : 012-2676091

Segala sumbangan dari pihak Tuan/Puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Berkongsi Membawa Berkat

Yang benar, 
Mohd Hasrul Bin Abdul Hamid
Pengarah Program Jalinan Ramadan
Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor(PPM-014-10-13012014)
Unit 3-4-2,Blok 3,Diamond Square Commercial Center,
Jalan 3/50,Tmn P Ramlee,
53000 Gombak Kuala Lumpur
Tel : 03-4023 3830 
Fax : 03-4023 3841


Moga puasa kita pada kali ini membuahkan hasil sepertimana yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT iaitu menjadi orang yang bertakwa. Dimana orang yang bertakwa bukan sahaja melakukan apa yang disuruh,bahkan menjauhi perkara-perkara yang dilarang serta benci untuk melihat kemungkaran berlaku.

Teringat pesanan seorang teman , bersedekahlah dengan seikhlasnya walaupun ketika itu kita dalam situasi sesak atau susah. Andai di dalam kocek nilai terbesar dari semua yang dihulurkan , In Sha Allah dengan izinNya ada sesuatu ganjaran yang kita tidak pernah di duga , apa pun pemberian mestilah lahir dari hati dan niat yang ikhlas.

Selamat beramal , semua.


16 comments

  1. Program yang sangattt bagus! Ena harap Allah berikan ena kesempatan untuk join

    ReplyDelete
  2. bagusnya program ni...

    p/s: terima kasih sudi join. blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/07/senarai-url-blog-6.html

    ReplyDelete
  3. Program membantu antara satu sama lain di bulan ramadhan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes , boleh juga terus memberi bantuan dan sumbangan pada yang memerlukan tak mgira pada bila - bila masa.

      Delete
  4. Salam Ramadhan Al-Mubarak 1435H

    Jalan-jalan bw malam dari segmen blogwalking sis mia liana :)

    Jom Terjah : Buffet Ramadhan Casa Ombak (ˆ⌣ˆԅ)

    ReplyDelete
  5. Blogwalking..datang dari Blog Mia..Senarai Blog saya number 80 dari bloglist yg dipostkan oleh MIa...selamat menyambut Ramadhan ;-)

    ReplyDelete
  6. Salam Ramadhan, .blogwalking time smbil follw blog rkn bloggr yg tdk smpt sy follow :) ..

    http://ssurianahyana.blogspot.com/

    follower ke-1247 kat sini ^_^

    ReplyDelete
  7. salam ramadhan. Balas kunjungan dan follow sini ;)

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.