Part 2 - Pulau Perhentian : Maya Chalet , Coral Bay

Tuesday, May 27, 2014



Ahad , 5 Mei 2014
Yehaa! Subuh membuka tirai hari Ahad di Jeti Kuala Besut dengan menyambut ketibaan awek berasal dari Pulau Pinang dengan seluas alam semesta. Kami berempat bertemu lalu berjejak kasih bersama di situ sementara tunggu brader yang patut datang jemput kami menyudahkan ibadah solat Subuh terlebih dahulu. Skema!


Lambat pula rasa brader Lan ni , perut ajak berdansa di pagi hari. No clubbing please , tummy. Mampu gumbirakan perut dengan 2 biji roti canai ja sebelum gerak naik bot laju ke Coral Bay , Pulau Perhentian. 

Nak melepasi garisan grid horizontal ke Pulau Perhentian , mesti bayar yuran kemasukkan ahli seumur hidup dulu. Eh bukan – bukan. Bayar tiket untuk pemuliharaan pantai dan kehidupan laut di Pulau Perhentian. RM5 aje pon , rokok sekotak mampu beli inikan fee pula ye dak?


Woahhh! Cam gila – gila remaja sangat we olls pagi tu nek bot laju – laju. Belum mula bercuti , tengok luasnya laut terbentang dah rasa tenang dan terlupa yang ada banyak dugaan tertinggal , tinggal kat mana tak pasti. Kecian tercicir jap. Tapi terdetik juga , andai benarlah MH370 terhempas jatuh ke dalam laut dari ketinggian di atas udara , uhh macam mana kah?


Yeah , sampai. Selfie sepanjang jalan nak jumpa AbangAli. Dia usha je kami dari jauh dengan natang monopod  , mentabah je menunggu nak tengok awek – awek cun dari Penang Mari.



Melepak dan menikmati pemandangan yang penuh keindahan juga ragam manusia sekeliling kami. Oh , we detected there’s a GAY! Siap baring depan mata we olls lagi , geli ada la langsung tak dak nafsu , sungguh tak menggeliurkan la Mat Salleh sorang ni. Walaupun bermacam pose baring yang dibuat. Jadi bual bahan ja.

Maya Chalet.
Kami menginap di sini , depan – depan veranda we olls , pantai! Whee , I is so liking. Masuk je bilik , semua salin baju mandi masing – masing sebab dah tak keruan apatahlagi menahan nafsu dengan si gay tu sangat tidak tapi dengan laut pantai yang lagi menghairahkan. Matahari sedang panas terik , like we do care. Terjah!


Masuk dalam air , kepala pun masuk air. Lupa diri , terus “terswim agak jauh dari kengkawan I olls. Sipi – sipi ja dengar suara Arina ; Wei … Yanty dah berenang sampai tengah – tengah dah.. I olls is cuak , patah balik , bila tanya balik , Jauh sangat ka?. OK I is memang lupa diri. Ampun patik!

Pedih mata! Affida tak masuk lagi dalam air , maka dia la mangsa ikan – ikan jaws untuk tolong belikan google. Dapat ja google baru celik bijik mata nak terbeliak , menyelam dan tengok ikan. Reti ka tak reti, Ty heret juga Arina dengan Ain. 

TIPS:  Jangan panic , berenang ja cara apa pun. Sebab air laut boleh buat kita terapung berbanding dengan air kolam – swimming pool.

Cahaya UV dari pancaran matahari semakin mengganas teriknya. Sat ja pun dah bertukar jadi Negro. Itu tara habis lumur satu badan sunblock. Redha aje la yah, mak hokayh je , janji puas.


Patutnya ada sesi belajar snorkeling tapi masing – masing dah penat , Abang Ali pun sama. Kami berehat sahaja di veranda sambil hirup udara pantai , sambil tertidur sebab Affida dan Ain pi melantak yang ingatkan depa tapau ja. 

INGATAN TULUS IKHLAS: Di Pulau Perhentian , bekalan elektik / karen / api tak ada sepanjang jam 7 pagi hingga 7 petang/malam.


Bersiap melawa bukan kemain , nak cover kerentungan sebenarnya. Walhal makan malam ja pun. Makan malam ni bersekali dengan pakej keseluruhan kami ambil dari Abang Ali. Alhamdulillah , rezeki makan malam kami memang mengenyangkan dan mata pun sayu syurrr dok ajak pi tidur buang. Tak jadi kami ke Long Beach berjimba malam tu. Too bad , the night is still young , but we youngsters sleep early.

Letih , boh!

Nyamuk! Mosquitoes! 

Disyorkan bawa la ubat nyamuk dan bakar sendiri , rasa rimas lumur satu badan.

Alhamdulilah , masa tidur tak kena ketik walaupun tak berkelambu yang telah disediakan. Bermalam pertama dengan Ain , Chalet sebelah Arina dengan Affida. Aumm! 

16 comments

  1. Replies
    1. Sabar ye sayang. Dalam Mesia je , nanti awak pergi ler dgn tersayang.

      Delete
  2. Cantek gambaq...well hg kan profesional photographer ! Best2....so bila 3rd part plak?xsabaq nie haa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada profesional ngek..men tembak je amik. Haha gelojoh la nak part 3. Sabo la...

      Delete
  3. Cantiknya Ty..... serious cantik...okje jarang gi pulau pulau ni.....Berapa RM seorang Ty? Chalet dia okay ka? Betul tu mandi laut mmg senang kita terapung tp tulah....takut tenggelam jugak mak ni hehe
    Nape tak ambik gambar mat saleh gay tu hehe.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sha Allah x tenggelam n lemas OKje. OK la chalet nya, RM350/- perhead.

      Delete
  4. Sedapnya tengok lauk pepagi ni walaupun simple jer...

    ReplyDelete
  5. Nak ajak nadh dengan uwais pi sana lah!!! Target bulan 11 wehooooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajak tapi bawa budak better pi Perhentian Besar , Kira.

      Delete
  6. Mengimbau kembali kenangan ke sini, suka ke pulau tp x tahan muka cepat sunbur huhu

    ReplyDelete
  7. cantik gambar..

    pernah sampai kat pulau ni 10 tahun dulu. maybe skrg dah byk berubah kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dah tu bro.. ye erk dh byk berubah.. ikut peredaran masa la gitu.

      Delete
  8. cantik2 gambar.. antara tempat yg target nak gi.. pulau perhentian pstu atas sikit pulau lang tengah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes , in list juga to go to Lang. Lagi cantik sana.. wheee

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.