Part I | Railway Tourism & Homestay [KL-Ipoh-KL] - Homestay Kampung Beng , Lenggong

Sunday, January 19, 2014

Salam u olls ,

Railway Tourism & Homestay Packages [Pakej Pelancongan Keretapi dan Homestay] | Keretapi ; antara salah satu lagi pengangkutan darat yang masih menjadi tumpuan para penumpang dan juga pelancong dari dalam negara begitu juga luar negara. Pada 10 Januari 2014 baru ini , majlis perasmian bagi pelancaran Railway Tourism Packages di antara kerjasama bersama pihak Railway Tourism Association Malaysia (RTAM) dengan Kementerian Pelancongan dan Kebuadayaan Malaysia telah berlansung di KL Sentral.


Berkesempatan ini , Ty juga turut bersama – sama memeriahkan majlis dan mengikuti program yang telah dianjurkan selama 3 hari 2 malam ke Ipoh , Perak  bersama para sahabat media yang lain bagi melihat sendiri kaedah antara daripada pakej yang sedia ada. Dan di sini , Ty mengucapkan sekalung penghargaan kepada pihak RTAM juga Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia atas jemputan.

10 Januari 2014
Majlis perlancaran “Railway Tourism Package” bersempenakan dengan “Visit Malaysia Year 2014” telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri B Abd Aziz ; Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bersama Pengerusi RTAM ; Puan Khadijah Abd Rahman di KL Sentral. Di samping itu , para hadirin dihiburkan dengan persembahan “Visit Malaysia Year 2014” daripada penari-penari Istana Budaya di mana mempersembahkan tarian kebudayaan dari pelbagai etnik – etnik yang terdapat di negara Malaysia.


Selepas majlis bersurai , kami para sahabat media bersiap sedia untuk bertolak ke Ipoh dengan menaiki perkhidmatan keretapi yang lebih dikenali Electric Train Service (ETS) ; sebuah perkhidmatan keretapi dengan berkelajuan tinggi juga mempunyai perkhidmatan harian pergi dan balik ke Ipoh , Kuala Kangsar dan banyak lagi.
ETS - Coach

Kami Blogger Selamanya - pantang ada lens tala camni la jadinya.

Perjalanan mengambil masa kira – kira hampir 2 jam 20 minit sahaja. Kalau kawen dengan orang Ipoh boleh ulang alik je kan? Eh! Apa kaitan. Setelah hampir 20 tahun , ini adalah pengalaman pertama Ty menaiki keretapi , keretapi yang hebat dan canggih pula tu. Over sangat kan. But seriously this is the best beginner experience of the year for me. Dengan kerenah geng –geng , diberi makan dan minum petang tak terasa langsung dah berlalu 2 jam perjalanan. Tup Tup sampai dah di Ipoh.


Sampai saja di Ipoh , sesi press conference YB Dato’ Seri Mohamed Nazri B Abd Aziz ; Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan YAB Dato’ Seri Diraja Dr.Zambry Bin Abdul Kadir ; Menteri Besar Perak diadakan bagi perasmian bersama pelancaran “Railway Tourism Brochure”. Beberapa persembahan daripada artis tempatan seperti Mus MAY , Najwa Latiff ,  Ronnie HyperAct dan Sheeda Dangdut juga telah memeriahkan majlis pelancaran dan menghiburkan para pengunjung yang datang.

Set dengan team kompang , mereka yang interframe.

 Ipoh ; Perasmian bersama YB Dato’ Seri Mohamed Nazri B Abd Aziz ; Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bersama Pengerusi RTAM ; Puan Khadijah Abd Rahman

Ronnie HyperAct

Najwa Latiff

Sayangnya masa tak mengizinkan kami untuk terus berada lama di sana sebab kami perlu balik ke homestay yang dah ditetapkan dan semestinya keluarga angkat kami sedang menantikan ketibaan kami si anak – anak angkat yang comel – comel. Gitu sangat. Dan di sini , mula satu cabaran dan pengalaman yang tidak dapat digambarkan dan pertama kali Ty alami. Ty dan geng Ty bermalam di Homestay Kampung Beng , Kampung Batu Ring , Lenggong , Perak Darul Ridzuan dan terdapat lagi 2 buah homestay  ; Homestay Bukit Gantang dan Homestay Gopeng.

Nak tahu pengalaman apa yang Ty maksudkan?

Untuk ke Homestay Kampung Beng  , kami perlu menyeberangi sungai untuk ke rumah mak pak angkat kami. Kecoh je Ty ni , sungai je pun kan? Pengalaman sangat nya bila kami perlu naik bot dengan bagasi macam nak lari rumah pada waktu malam buta atau senang kata pagi buta u olls! It’s 3 am , babe! Gelap gelita , tak nampak hape pun. Kelakuan dan mulut zip , tersangat baik okay anak – anak angkat cam kami ni.

Bayangkan ini lah botnya dan sungai Ty katakan.

Syukuran , Alhamdulillah kerana semuanya selamat sampai ke destinasi di tuju dengan keadaan yang agak hujan renyah – renyah apatahlagi penat kami hilang pabila dijemput dengan mesra dan sangat dialu-alukn oleh penghulu dan penduduk – penduduk kampung walhal kami dan sampai lewat. Maafkan kami noo , kita manusia biasa yang mampu merancang sahaja. Tapi seronok , jam 3 / 4 pagi dapat bersesi kenal sambil teguk secawan kopi sebelum pengagihan anak – anak angkat kepada keluarga angkat. 5 pagi mandi dengan air bak iceberg gitu. Ketaq sampai ke tulang la baq ampa oii tapi anak – anak angkat semua dah tak serupa yang comel sebelum bertolak. 

Tido itu harus walaupun sekejap sahaja yang seumpama tak tidur. Aktiviti seterusnya tunggu kemunculan entri seterusnya.

20 comments

  1. masing2 dah wat entri... mlm ni nak buat gak...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru part 1 untuk hari pertama je kak , mood ke laut lately tengah kumpul semangat nak update yang lain.

      Delete
  2. Replies
    1. Thank you so much bro sebab selalu support Ty!

      Delete
  3. Assalamualaikum ty, sheila ada naik ETS ni ke Ipoh pergi Tambun. memang best tapi sakit punggung haihh duduk 2 jam dalam tu. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsslm Sheila. Eh ok je seat dia. Kami huha dalam train. kalau dok lepu la jadinya. tak rasa pun 2jam.

      Delete
  4. Replies
    1. selesa je Ty , sampai orang kata Ty anti social sebab tak bergerak melepak bersembang bersekutu bergossip gitu.

      Delete
  5. Replies
    1. Best SANGAT tambah2 pula orang ada di Perak tu datang jumpa K.Ty , siap nak nek train balik pun hantarkan dan lambaian terakhir lagi , terharu ooo. TK!

      Delete
  6. bestnyaaa ty nim, merata tempat dah pergi.. ena ni kalau duduk kat KL, dapat join sekali.. ni, hurmmm sedih.. rindu nk berevent balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada merata tempat sangat Ena , sibuk kerja. Mana sempat Ty pi la. Bercuti pe pun kira pack je masa. Minta la transfer Hospital Putrajaya.

      Delete
  7. bestnya..dya xpernah nak keteapi..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dya , kena try nek ETS ni memang best boleh try pakej yang depa sediakan.

      Delete
  8. best gila nek ETS ramai-ramai camni
    biasa naik sorang dua je.. boring sikit sbb masing2 duk senyap je,haha

    Kg Beng torbaikkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah Kg.Beng sgt terbaik.

      Tu la kalau nek sorang dua maybe lepu tapi kita dgn tak reti dok diam nya kejap je rasa perjalanan. Bila2 kena plan pi tempat lain jejalan.

      Delete
  9. ETS sangat selesa... dapatla tengok kehijauan bumi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes , tengok sekeliling yang jarang kita dapat tengok kan... Selesa je ETS ni.. xrasa takut pun walhal pestime

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.