Dato Siti Nurhaliza - Konsert Amal Ekslusif "Where The Heart Is"

Tuesday, January 7, 2014


Dato Siti Nurhaliza - Konsert Amal Ekslusif "Where The Heart Is" | Dato Siti Nurhaliza Live in KLCC - Where The Heart Is , adalah sebuah garapan konsert amal ekslusif sebagai pembuka tirai tahun 2014. Konsert amal tersebut akan berlangsung pada tanggal 7 dan 8 Februari 2014 , bertempatkan di Planery Hall , Kuala Lumpur Convention Centre. Yayasan Nurjiwa merupakan penganjur utama konsert ini dengan kolaborasi padu bersama Siti Nurhaliza Production dan juga Simply Siti Sdn Bhd.

 Dato Siti Nurhaliza - Konsert Amal Ekslusif "Where The Heart Is"

Konsert "Where The Heart Is" bakal berlangsung selama 2 jam yang menampilkan Dato Siti Nurhaliza dan akan menghiburkan peminat - peminat dengan lagu - lagu popular beliau. Ini merupakan sebuah konsert amal ekslusif secara solo yang pertama pada tahun ini dan semua hasil jualan tiket konsert bakal disalurkan kepada Yayasan Nurijiwa bagi tujuan kebajikan.

  Dato Siti Nurhaliza - Konsert Amal Ekslusif "Where The Heart Is"

Tiket - tiket untuk konsert ini adalah terhad dan boleh didapati dengan harga RM800 , RM518 , RM388 , RM238 , RM118 , RM88 juga secara online www.redtix.airasia.com [klik] bermula 13 Januari 2014. Untuk pembelian secara korporat , sila hubungi Cinta Shafiyana dari SimplySiti di talian 03-21638383.

  Dato Siti Nurhaliza - Konsert Amal Ekslusif "Where The Heart Is"

Selain itu , terdapat tawaran istimewa di mana 100 pembeli pertama yang membeli barangan SimplySiti berjumlah RM150 ke atas di www.simplysiti.com.my [klik] sebelum 1 Februari 2014 , akan mendapat tiket percuma untuk ke Dato Siti Nurhaliza Live in KLCC - "Where The Heart Is".

sumber dan kredit gambar : trekselebriti.com [klik]

4 comments

  1. Assalamualaikum ty, subhanallah. cantiknya Dato Siti skrg. bagusnya buat konsert amal ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam, Sheila. Ciptaan Nga yang terindah. Join la Sheila mana tahu bertuah dapat jumpa Dato Siti nanti.

      Delete
  2. Biasanya saya tidak gemar dgn solekan ct. Tspi this one I loike. Simple n clean..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huyoo sis perati erk... yea agreed this is simple =)

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.