Artis : Johan As'ari dan Lana Nordin putus | Tiada Restu Keluarga

Wednesday, December 25, 2013

Salam u olls,


KECOH! Bila hubungan cinta dan hajat untuk memperisterikan pelakon ; Lana Nordin tidak mendapat restu pihak keluarga artis ; Johan As'ari. Khabarnya mereka telah pun putus dan Johan telah memohon maaf atas perkara itu kepada Lana kerana perlu menghormati keputusan dari kedua orang tuanya.

“Saya sebenarnya berat mahu melepaskan Lana. Tapi saya tidak mahu menyeksanya. Lebih baik, kami berpisah daripada saya terus menyeksa hati dan perasaan Lana”

Johan As’ari menambah yang beliau sayangkan Lana Nordin namun terpaksa memilih keluarga kerana tidak mahu bergelar anak derhaka kerana ibu tidak merestui hubungannya dengan aktress itu sebelum ini.

“Saya minta maaf. Keputusan ini tentu melukakan hati Lana dan keluarga. Tetapi saya terpaksa buat keputusan kerana tidak mahu terus memberi harapan kepada Lana,” ujarnya.

sumber : Berita Harian

Huh! Mudahnya bercinta dan melamar kemudian putus. Memanglah restu keluarga itu penting supaya tak menjadi anak yang derhaka tapi sebelum memandai melamar sampai nak bertunang ke berkahwin kenapa tak bincang terlebih dahulu dengan keluarga tentang hasrat tersebut sebelum berdepan dengan pihak satu lagi kemudiannya bersakan ke hulu ke hilir bersama. Bukan masuk belah Lana tapi simpati nasib menimpa diri dia. Dipermainkan ke diperbodohkan , sabarlah Lana. Lumrah di dalam dunia seni juga lumrah kehidupan di muka bumi Allah SWT.

Semoga mereka akan temui bahagia walaupun tidak bersama.
posted from Bloggeroid

2 comments

  1. Replies
    1. Ye , bukan jodoh mereka , in sha Allah mereka jumpa pasangan mereka juga suatu hari nanti.

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.