Flora Kafe AmpWalk

Sunday, September 8, 2013

Salam u olls ,

Kali ni Ty nak kongsikan detik - detik yang ala romantik di sebuah restoran yang superb mak eh! bapak superb (argh mana - mana pun boleh la kan u olls) sewaktu sedikit "kerja" bersama crew Oh! Media di situ. Ha , u olls mesti suka tempat ini.

Pengambaran shooting aka "kerja" Ty dan rakan blogger lain bertempatkan di Flora Kafe  , yang terletak di bangunan The AmpWalk , Ampang. Sejak bila jadi retis? Extra ja u olls , ahaks , abaikan dengan "kerja" tu yang pasti nya , tempat makan Ty pergi kali ni sangat - sangat MALATOPS kau! Tak taw lagu mana nak habaq mai lagi dah.

Meh beliaq sikit biji mata u olls tu , tengok betapa cun melecun deco di kafe ni , kalau ada yang ternganga , mohon kerjasama untuk lap aiyak liur sebelum meleleh nah. Yucks!





Antara rakan blogger yang baru sahaja Ty kenal pada hari kejadian tapi mereka sangat mesra alam seantero dan tak terasa baru kenal untuk beberapa jam ; Mira - Tya - AyuJean.



Nak juga tempek muka tuan belog ; boleh kan?

Maka nya , u olls - amacam ??!

Flora Kafe | menyediakan sajian makanan tradisional masakan Melayu yang berkonsepkan pakej makan berhidang. Dan ada juga masakan dan makanan ala - carte. Terbuka kepada semua jenis lapisan golongan masyarakat.

Antara Pakej Makan Berhidang yang disediakan ; 

  • Anggerik *maksimum untuk 10 orang* ; RM400+
  • Teratai *maksimum untuk 4 orang* ; RM200+
  • Kemboja *maksimum untuk 2 orang* ; RM100+

Menu yang disajikan semestinyalah Nasi Putih , Asam Pedas Johor - Ikan , Ayam Goreng Berempah ,  Daging Kicap , Sambal Udang , Sayur Kailan Ikan Masin  dan juga minuman .

Pelanggan boleh membuat tempahan untuk sebarang jenis majlis yang bakal diraikan bersama dengan tersayang , keluarga juga sahabat bersempenakan sambutan hari dan tarikh yang penting lagi bermakna. Cuma perlu maklumkan pada pengurus restoran kafe sahaja , pasti detik yang bersejarah itu nanti akan tersemat dan diabadikan sampai bila - bila. Jangan lupa ajak I olls , hokeyh. Eh sibuk pulaks , ampun.

Apa pun , u olls ! Makanan kat sini sangat sedap dan ternyata hancur diet Ty sebab tergoda dengan masakan yang sememangnya semua pasti ada rasa , tak kurang garam gula atau terlebih. Kenyang membulat perut u olls. Tak caya , cuba tengok gambar dari lensa Ty , pasti mengeliurkan punya la.








Hamek kau! Tengah hadpate ni pun boleh kecoq aiyak liyoq Ty , lapar teruih la perot cheq. Haru biru aih macam ni , tak boleh jadi ni. Jom pakat buat ramai kat Flora Kafe , makanan tip top dan berbaloi - baloi. Takkan balik dengan rasa kesal , pasti menjilat jari jemari.

Petang tu , Ty rasa sangat bertuah , bukan saja ditaja untuk makan di kafe yang sangat meninggalkan nostalgia juga penuh berjuta kenangan kerana Ty berpeluang berjumpa , berkenalan , apatahlagi makan semeja bersama pelakon filem Hoore! Hoore! ; Nurfarah Nazirah . Cantik dah dia sekarang , dan tidak lagi semontel dalam filem tu.


Ha ini la pelakon yang Ty maksudkan , sangat friendly dan selesa sangat berbual dengannya , tak rasa macam jumpa artis pun. Kelakar nya , dia bahasakan diri dia "kakak" - Ya Allah , nampak I olls muda sangat ke U olls? I superb LOIKE! Hehe.

Ok u olls , kalau berminat untuk ke kafe ni , boleh contact Mell - 03 2161 8010 /  017 302 4112 dan boleh klik LIKE ramai - ramai di FB page ; Flora Kafe pastu check it out yourself for more updates yang terkini pasal kafe ni. 
Lokasi Flora Kafe
Lot G.02-G.05 , Ground Floor ,
The AmpWalk ,
218 Jalan Ampang ,
50450 Kuala Lumpur.

Selamat menjamu selera di Flora Kafe dan bergembira bersama yang tersayang u olls !

28 comments

  1. Replies
    1. Yes kita harus repeat , conquer Flora Kafe as bloggers day out!

      Delete
  2. Replies
    1. Kan LuqMan , sangat cantik , Ty tak rasa macam ada kat kedai makan pun. Pergi la dengan tersayang.

      Delete
  3. lawanya tempat ni..teringin nak pergi satu hari nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akmaL , jom2 ... Ty nak ikut. Sangat puas hati la , harus pergi!!

      Delete
  4. cantiknya Ty kafe tu.. :) teringin nak pergi. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom bila2 kita pi ramai2 khas untuk geng blogger pastu masing2 review nak?

      Delete
  5. OH my!! jelesnyaaaaa... rugi tak join ritu.. hurmmm nak jumpa yanty...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan la jeles sayang , masa tak mengizinkan hari tu. Tolong la datang KL cepat , bila nak jumpa ni ... Set time babeh!

      Delete
  6. wah..seronoknya..nampak best pulak makan kat sini ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat seronok , kematu punggung melepak sebab rasa xnak balik...

      Delete
  7. oiii aku lapar nih..

    huwaaa tak berkesempatan lagi pegi :(
    gaji nnt insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila pergi ye kak , Ty pun nak pi la nanti , jom nak try ala carte dia ni..

      Haha lapaq saja la ang kak oiii

      Delete
    2. Pagi tadi makan nestum jek..
      tape2..kenyang da pekena nasik kandar kayu..
      yummy!!!~ sebungkus 3 org bedak hamek ko

      Delete
    3. Nasi Kandar Kayu? Hang tak kerja ka? Hang ada tang mana weiiii akak ku...

      Ni nak baq mai , jemu dah aih makan nasi kandaq , cuba pekena hat ni, laen weyh. Sekali sekala kita pamper ourself ka tempat2 camni , jaga banyak bela kuda sangat.. haha

      Delete
  8. Assalamualaikum TY, bestnyaaa. kalau sheila ada kan best. hehehhe ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi2 , bila kita nak berjumpa? Sangat best , walaupun makan free tapi makanan tu memang superb!!!

      Delete
  9. Replies
    1. Eh , tak seuntung Adi kot dah banyak jumpe retis... grrrr

      Delete
  10. eh eh, hari tu tgk hore hore tu, pastu terus cari biodata dia. terpikat dgn suara dia . lunak.

    ReplyDelete
  11. Yelah.. flora cafe nih cantik.. makanan pun sedap sedap.. memang puas hati spend $ kat tempat mcm nih..

    ReplyDelete
  12. nie nk tnya flora cafe akn bg free deco kpd blogger...mksd ye blogger yg mcm mna tu??...blogger yg rmai follower..blogger yg just ada blog utk crta kita sndiri...atau blogger yg terkenal...hrp dpt mnjwb... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zuaida.

      Flora Kafe buka sahaja bagi perkhidmatan deco hanya kepada blogger sahaja. Kepada semua pelanggan yang ingin menjamu selera di restoran mereka. Deco boleh di minta dengan kesesuaian keraian yang dikehendaki oleh pelanggan itu sendiri. Tidak ada diskrimasi antara pelanggan biasa mahupun blogger ternama atau picisan.

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.