Review Filem : Percy Jackson - Sea of Monsters

Thursday, August 15, 2013

Salam u olls , 

Aktiviti kurang ligat sikit bila dah balik di Putrajaya , cuma bila geng blogger yang menetap sekitar Putrajaya ada agenda baru sikit ligat nak jadi kuda belang.

Agenda tengok wayang adalah fisrt meet up setelah semua balik ke kampung beraya sakan , not me. Ada yang masih di kampung tak sampai tahap ke"sakan"an beraya lagi , ada dah sampai Jin Tendang tapi sibuk dengan keluarga dan tak sihat. Actually , Ty pun tak berapa sihat tapi galak gak nak pi ukur jalan dengan Qaseh Dalia , Najeeb dan Mawardi. Panggung terdekat ada ja kat Alamanda tapi sebab tak pernah sampai "OIO" yang Qaseh ajak pi tu jadi teruja la kan nak pi. Rasa selalu pi IOI Mall , Puchong. Masalah typo tahap gaban dah namanya , kecik je orang nya tapi takkan ada "fat finger syndrome" kot , seperti entri Asyik Typo Je | Bahaya Typo Gadjet Touchscreen - Mawardi Yunus 

Sampai ja OIO eh bukan - bukan , it's IOI , redah beli tiket wayang terus. Keluar je berempat tapi riuh la macam kat rumah sendiri ja. Kalau nak cover malu toksah keluar dengan geng ni , saham memang jatuh merundum. Pontianak pun tak gelak mengilai macam sorang - sorang depa ni. Sumpah toq , takat kering gusi tak pa ni rasa rahang pun sakit. Haru biru tapi it's a happening of havoc. Just imagine , tengah makan pun boleh tersedak , silap hari bulan mati boleh tercekik Ty dengan depa ni. Prrfffttt! Pulun sumbat kedarah jam 9pm yet the movie starts at 915pm. Anyhow , Qaseh make the most hilarious joke of the day. Tak tertulis dan terkata.

And ya , u olls , we olls watched Percy Jackson : Sea of Monsters !


Sinopsis : Sebuah filem yang telah diadaptasikan dari novel berjudul yang sama. Percy Jackson (Logan Legman) merupakan waris kacukan antara manusia dan dewa. Dia telah bertemu dengan adik nya yang dari golongan Cyclops ; Tyson (Douglas Smith) di perkhemahan antara separa manusia dan dewa. Luke Castellen (Jake Abel) telah mencuba untuk menghidupkan semula kewujudan Kronos tetapi berjaya ditumpaskan bersama Grover Underwood (Brandon T.Jackson) , Annabeth Chase (Alexandra Daddario) dan Clarisse (Leven Rambin) dengan kesaktian Bulu Bebiri Emas. Bulu Bebiri Emas juga telah mengubati sebuah pokok di mana selama ini mempertahankan daripada ancaman musuh serta telah menyelamatkan Thalia Grace (Paloma Kwiatkowski) , anak kepada Zeus.

Review : BEST! Yang pasti tak sabar nak tengok the next continuous movie. Walaupun cerita mengenai ketuhanan dan kacukan antara manusia dan dewa ; Hades , Zeus dan Poisedon hampir sama dengan filem lain , tapi plot hingga klimaks jalan cerita filem ni , sangat adventure juga menarik perhatian dengan fantasi yang superb. Hampir tercampak pop corn sebab terkejut , kalah 3D mau melayang la pop corn yang dok tolong pegang. Real enjoy the show.

Rating : 4 of 5


Memang layan habis la ceghita ni apatah lagi dengan sengal dak 3 orang yang sentiasa ting tong. Jadi kalau u olls ada perancangan nak layan wayang , boleh la layan filem ni. Mesti puas hati punya la beb.

Selamat menonton u olls!

12 comments

  1. Wow... review buat org nak g tgk gak... akan terjah scpt mungkin...

    ReplyDelete
  2. nk g tgk smlm, tp msa lwat sgt yg tnggl.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa... tau join je kiterorg kan.. tengok tau!!

      Delete
  3. ohh dah planning awal nak watch the movie tapi x tahu bila hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. redah je jangan nak planning sangat dear , lagi planning lama2 tak jadi terus.

      Delete
  4. Replies
    1. Nanti akak dah sihat kita keluar ye sayang ku.

      Delete
  5. psstt: umah akak kat Meru, Klang.. bg emel kat akak.. nanti akak emel lokasi yg tepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shhhh.... wah nak bagi alamat emel camno ni.. blank kejap. Hehe

      Delete
  6. wah tinggi rating.. huhu.. citer dia okey2 jer lah..
    nice review.. jgn lupa baca review kt blog ni jgk..

    http://syncronizeq.blogspot.com/2013/08/film-review-percy-jackson-sea-of.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok-ok je tpai best la. Tak de la membosankan.

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.