Iftar #13 w/o Mummy

Monday, July 22, 2013

Salam u olls ,

Pejam celik pejam celik , seluruh umat Islam di serata pelusuk sudah pun menunaikan ibadah puasa hampir 13 hari di bulan Ramadhan yang mulia ini.


Syukur lah kita semua yang masih bernyawa - bernafas kerana telah ditemukan dengan Ramadhan. Walaubagaimanapun , takziah kepada mereka yang telah kehilangan insan tersayang - tercinta di bulan Ramadhan. Apa pun sesama lah kita terus mendoakan buat mereka dan senantiasa lah bersedekah Al -Fatihah buat arwah moga dengan iringan doa itu agar semuanya baik hendaknya di sana. Jodoh - Ajal antara perkara yang tiada siapa tahu bila masanya akan datang. 

Oh , okay itu bukan melalut tapi kebenaran untuk kita yang masih mampu bangun keesokkan hari dan meneruskan hal duniawi tuk mencari rezeki yang halal. Alhamdulillah. Siapa tahu , esok lusa tiada lagi coretan Ty , kan? Eh, abaikan.

Begitu la yang juga , Ty bersyukur kepada Nya kerana Alhamdulillah , Ty masih di sini untuk menunaikan ibadah puasa pada Ramadhan ke -13. Isnin , hari pertama untuk bekerja , liat? Syukur , tak la liat mana pun. Kerja pun boleh la kurang banyak nya. Ya , Alhamdulillah , semuanya seperti sediakala.

Berbuka puasa berdua di rumah bersama kakak sulung tanpa mummy sebab mummy ada majlis berbuka dengan menteri dan sebagainya. Balik kerja pula , di jemput oleh kakak tiri tersayang , Kak Sue Izza. (Ya Ampun, raya nanti memang kena salam mohon keampunan la camni.. Erk?) . Lepas dijemput , merayau mencari juadah berbuka di Bazaar Ramadhan / Param ; Pasar Ramadhan  di Presint 2. Bazaar Ramadhan ; dulu lain , sekarang lain. Itu je mampu diungkapkan.

Niat nak masak jadi apa pun tak nampak kecuali kuih karipap dan popiah. Oh ! Air tebu jugak.

Balik je , singgah kedai beli susu Dutch Lady, masuk umah terus masak untuk kakak sulung. Bertuah tak dapat adik camni. Dengan berbaju kurung bertukang di dapur tau. Ada orang cari calon tak? Owh , lari topik pula titew , auoch.


simple cook by Ty - Mostaccioli / Penn Herbs & Sour

Yang ni beli .

Ini pula , kakak sulung goreng.

Makan sikit pun dah kenyang , tak dinafikanlah memang banyak minum air daripada menjamah makanan. Kenyang air gitu. Ikutkan nafsu , bila jejak kaki di bazaar memang nampak semua nak kan , tapi syukur lah , Ty tak. Macam tak best je bazaar kat Putrajaya ni , orang pergi sebab tak sempat nak masak dengan waktu kerja kot. Oppss. Berbaloi masak di rumah , jadi boleh lah kita kurangkan pembaziran yang mencecah 160 ribu tan sampah dibuang begitu sahaja dalam sehari sejak bulan Ramadhan , kan? Huish , sayangnya - ruginya. Bazir woi , ingatlah orang yang susah tak dak pa nak melahap , ni ampa duk lempaq buang pi camtu ja. Astagfirullahalazim.


Ish-ish-ish , apa Ty melalut ni u olls. Maafkan la ye.
Sahur mummy request Sandwich. In sha Allah.

Selamat menunaikan ibadah puasa u olls semua.

10 comments

  1. betul. pergi bazaar semua nya rasa mcam nak beli. nak makan. tapi kadang2 rasa menyesal sebab rasa dia tak sedap.hahaha

    yang awak masak tu apakah??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat la , tak sedap. Tengok pun tak naik nafsu makan. Untung kalau bawa Ty gi bazaar.

      Owh Ty masak Penn Herbs & Sour. =)

      Delete
  2. mostaccioli/ penn herbs tu nampak sangat sedap!! nakkkkkkkkkkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muak la hari2 Ty nak masak ni , next time Ty masak bekfes (pas rayo) na hahaha...

      Delete
    2. angan ler mamam ari2 adeh la adik oi..

      oke2 usyuk!
      kakak tunggu kamo bawak mai opis yep..
      mo cube =D

      Delete
    3. Matila cheq , Okay . Anything for you sis.
      Just do remind me after raya then, ok?
      Tak sedap jangan komplen!

      Delete
  3. Waalupun dah gi Param...tp masih tetap nak masak? mmg rajinlah Ty ni!hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Singgah Param sebab kawan nak cari nasik Ambeng tu tunangnya. Bila semangat nak jejak kaki ke dapur tu ada jangan sailang katanya. =)
      *blushin* dipuji. Ouch!

      Delete
  4. Rajinnya memasak.. :-) nampak sedap lah makaroni tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaks , rajin? Tak de la ,tapi sedap tu ye. *masuk bakul , angkat sendiri* - perlu? Hehe =D

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.