Review Novel : Kenapa Aku

Tuesday, May 14, 2013

Salam u olls ,

Review Novel pula dan sebuah novel yang Ty dah berkurun lama abis baca sebenarnya. Kekangan masa yang tidak mengizinkan untuk Ty berceloteh - berkongsi - ber'segala-bagai-nya' bersama kengkorang semua dan bersantai di blog ni.
 
trying hard to fixed up my time with my blog back , in sha Allah


Kenapa Aku dari penulis Nuroll Shazlinda Hairul telah menarik minat Ty untuk melabur wang hengget di kedai buku Presint 8 hanya kerana cover nya dan summary jalan cerita yang agak menyentuh hati - jiwa raga dan sesetengah situasi seumpama dengan kehidupan manusia yang masuk di akal fikiran Ty. 

Sinopsis : Tidak ke arah miracle - fairy tales. Mengisahkan ketabahan dan kecekalan seorang anak muda-perempuan-wanita yang terpaksa mengharungi kehidupan yang amat perit setelah pemergiaan ayah tersayang , semuanya berpunca dari ayah tiri nya yang juga merupakan kawan baik ayahnya. Hubungan antara ibunya terlerai kerana dituduh mengoda ayah tirinya namun sebaliknya dia telah diperkosa. Sadisnya ibunya tidak mempercayainya tetapi lebih mempercayai lelaki yang dulunya skandal dan suami sahnya setelah ayah kandung Nia Darlina meninggal dunia. Nia membawa diri dari teman lelakinya kerana malu. Malangnya dia bekerja dengan seorang lelaki tua yang telah mempergunakannya sehingga telah hilang kepercayaan dalam hubungan cintanya bersama kekasihnya. Cekalnya dia untuk membawa diri dan berhenti kerja walaupun khuatir bahan bukti bersama bos itu diugut untuk disebarkan. Dengan hati yang pasrah , Nia bertemu Izhan dan telah bahagia mendirikan rumah tangga dengan sokongan dan dorongan untuk teruskan perjalanan kehidupan Nia.

Menarik kan ? Beli la atau pinjam la untuk baca kisah seorang wanita berani , cekal dan tabah si Nia Darlina.

Review : Sangat menyentuh jiwa dan perasaan Ty , dan akui memang sebak dan air mata ada jua sesetengah ketika membasahi kelompok mata dan pipi Ty , Ty harap dapat jadi sekuat , setabah , secekal watak Nia Darlina untuk harungi segala onak duri liku - liku kehidupan walau apa pun yang telah terjadi. Bagi  Ty , bukan mudah untuk menjadi seperti watak Nia Darlina , sebilangan individu sahaja yang hanya mampu lakukan tanpa dorongan di sekeliling. 

" Walaupun pahit kutelan jua , 
asal kau bahagia."

U olls , apa pun yang terjadi , berjalan lah tanpa henti. Selagi bernafas maka bernyawa la kita , kehidupan harus diteruskan walaupun sering jatuh dan tersungkur. Tidak ada umatNya yang hina di pandangan Nya. Dia sentiasa ada , bila kita sering kali ingat pada Nya.

Guys! Njoy reading this novel yeah! Mesti puas hati punya.

2 comments

  1. wahh...macam bez jer ni..nak try laa .. hihii novel "i love u stupid " pun lom abis baca lagi :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear , let's exchange . Novel tu tebal kan , lama la nak abis.

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.