Vituperation

Friday, February 8, 2013

Salam u olls  &  Salam Juma'at ,

In Islam , Hari Jumaat adalah penghulu segala hari kerana ;

  1. Nabi Adam a.s dijadikan ;
  2. Nabi Adam a.s dimasukkan ke Syurga ;
  3. Nabi Adam a.s dihantarkan ke Bumi ;
  4. Nabi Adam a.s wafat ;
  5. Akan berlakunya Hari Qiamat ; dsb.
Saudara seIslam Ty , yang perkara ke-5 pasti semua antara kita gerun tapi sedar tidak apa yang dah kita dah lakukan pada hari Jumaat yang tersergah indah dengan izinNya kita masih mampu bangun dan menghirup nafas untuk teruskan kehidupan seharian pada setiap detik , sudahkah bersyukur kepadaNya?

Ty sedar , Ty juga tak sempurna mana , kerana tidak semua insan dijadikan sempurna. Masih berusaha , In Sha Allah. 

Tapi

Cuba kita fikir dan renung, dalam sehari, berapa kali kita mengumpat dan mengata? 

Untuk hari yang mulia ini, pun cukup lah untuk direnungkan. Hormatkah kita pada hari Jumaat yang diberi peluang untuk bertaubat dan insaf tetapi mensia-siakannya.

Apakah maksud mengumpat?
Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabda baginda bermaksud “Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya” (Hadis Riwayat Muslim)

Bukan sekadar melilit dan mengerjakan solat sahaja kiraan amalan di dunia untuk ke sana nanti. Renung-renungkanlah , ye! Cerminlah diri itu dahulu siapa , tak ada cermin - boleh pergi beli gantung sebesar ruang di  rumah dan nilai.

AWAS !
Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya di akhirat.

Dan kepada menjadi mangsa diumpat ; 

Sebaik-baiknya memaafkanlah mereka yang sememangnya tidak ada kerja berfaedah untuk dilakukan dan ketika berborak. Namun terserahlah kepada individu masing-masing , jika tidak , maka terseksalah si pengumpat dan geng mulut jahanam nya itu. 

Ha tak gitu u olls?

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain.

Bak kata kawan Ty , mana kita pergi mesti ada puak yang tak ada kerja berfaedah ini. Tak kira muda atau tua , semua sama naik. Patutnya lagi tua , beringat-ingat dan mengingatkan yang muda untuk tidak bermusuh-musuhan dan membetulkan keadaan tapi lagi bagi keruh keadaan ada lah.  Fenomena "vituperation" atau dikenali sebagai mengumpat ni, satu fenomena biasa ye agaknya. 

Akhir kata , 

Harus si pengumpat dan si mengata serta si mengapi sedar dan insaf dari perbuatan mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar. Sedar dan perbetulkanlah kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang dan juga hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.

Selamat merenung dan beringat-ingat.
Dan jangan jadi macam situasi kat bawah ni ye u olls. (Kantoi!)
Sssshhh......... , (mulut muncung) *tanda orang diumpat dah datang* dan cepat tukar topik. 

Ini Semua POYO!

4 comments

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.