Iftar #24 w ❦Ayam Golek Nara Seafood❦

Tuesday, August 14, 2012

Salam u olls ,

Semalam Ty berbuka di luar dengan si dia dan Kak Aisyah juga. Selepas berbincang tru Whatsapp sesama kami tiga orang , kata putus "setuju" dibuat oleh si dia selepas Kak Aisyah kata nak makan Ayam Golek Nara Seafood di Bangsar.

Lepas kerja , yang sempat balik rumah dan  bersiap secun  habis mestilah si Kak Aisyah sebabnya dia masuk kerja WP1. Me? Terpaksalah tunggu si dia yang habis kerja ikut waktu WP3. Ha elok sangatlah kami bertiga ni kan? Sorang-sorang dengan waktu kerja masing-masing. Me & si dia la tak dapat wangi-wangi atau bergaya sakan macam Kak Aisyah yang comel sokmo (yeke? ye ar sebab nak video ucapan Hari Raya punya pasal).

Syukur Alhamdulillah , sebab apa?  Sebab nya masa sampai kat sana dah tak ade tempat - fully booked u olls.  My olls dah kecewa kalah mee tonggek dok tonggek ka Bazaar Ramadhan. Tapi jasa baik akak kat kedai ni memang superb sebab ada satu bilik kecil dia jadikan ruang untuk kami makan. Kalau tidak mesti si Kak Aisyah pun turut frust  menonggek .


Kak Aisyah ni kecik je orangnya , tapi makan seekor ayam tu , ha percaya ker? Hampir separuh juga la dia dengan si dia makan dari Ty tak makan banyak sangat.. maybe sebab selesma dan memang Ty kenyang noks! Dier orang berdua siap dengan nasi tambah lagi wokeyh ,  Pergh! 

Lepas makan terus patah balik ke Putrajaya. Si dia kononnya mengantuk dan Ty ingat lepas hantar Kak Aisyah terus balik , dia buat Ty dilemma sama ada nak ke tak nak pergi Alamanda. Ty kata OK je tapi pergi semata-mata bayar beruk band Ty dan terminate line si dia sahaja. Sampai rumah - lepas sahaja Ty mandi terus dibuai mimpi indah u olls.

6 comments

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.