Langkawi ; 2nd Day

Friday, June 1, 2012

-baru nak hapdate-

Salam uolls ,

Bangun pagi terus makan pagi di gerai Mak Tam , bluuurrppp..  Kemudian masa untuk mengelilingi pulau - pulau menaiki bot yang di panggil Island Hopping. Caj dikenakan RM25/- seorang. Dan dijangka akan berada di atas pantai dan pulau selama 4jam sebelum balik semula ke darat.

Syiok sangat naik bot , rendah je rasa tapi doakan semuanya selamat sahaja. Ramai yang datang ke sana untuk berhoneymoon. Paling teruja ialah apabila bot berhenti untuk penerangan mengenai Pulau Dayang Bunting , ditunjukkan bentuk kepala hingga ke kaki umpama seorang perempuan mengandung terbaring. SPEECHLESS !

Pengalaman mendaki naiki ke Tasik Dayang Bunting , pergh sangat termengah - mengah  weyh sebab dah lama off and on bersenam kan. Tapi cantik , sungguh sangat amat CANTIK walaupun banyak monyet - monyet liar berkeliaran. Dan cakap pasal monyet , pengalaman depan mata berlaku apabila seekor monyet telah merampas botol susu seorang bayi dari beg galas ibu bayi dan bijak nya monyet ni dia pula yang minum susu dari botol tu.

Sejam di tasik , di bawa pula ke tempat yang banyak ikan kerapu  dan sempat bergambar sambil bagi ikan - ikan di sana makan makanan ikan , ikan kerapu sangat lah BESAR tapi sayangnya waktu ke sana tiada gamat pula. Sob sob maybe next time would had a chance to hold gamat. Dan selepas di sini , bot pun menuju ke Pulau Beras Basah di mana kebanyakkan orang sempat bermandi-mandian kerana diberi 1jam jugak. Pemandangan laut dan pulau dengan pancaran cahaya matahari memang cantik.


Sebelum balik semula ke darat , bot berhenti di sebuah pulau dan di situ terdapat banyak burung helang. Gaya penerbangan burung - burung helang ni sangat memukau para pelancong atau pengunjung yang datang. Mereka seolah -olah tahu mereka sedang diperhatikan , dilatih kot kan? Hahaha..

Okay , masa untuk pulang ke darat , terasa sekejap je kan tapi dah pun hampir 1 petang. tapi dah nak dekat ke jeti la boleh plak bot dinaiki termati enjin , alhamdulillah semuanya selamat. Amin... Naik ke darat di jeti de penjualan piring bergambar , RM10/- je pun so beli la. Dan terus pergi cari gerai makan untuk makan tengahari sebelum balik ke hotel dan mandi , bersiap semula untuk aktiviti seterusnya.

Lega oooo dah mandi dan bersiap salin baju lain , perjalanan seterusnya pula menuju ke Langkawi Cable Car tapi sampai je parking hujan mula turun tapi masih meredah dan alhamdulillah pihak pengurusan masih tidak menutup perkhidmatan mereka. Berlagak macam tak de perasan je nak naik tapi bila dah tergantung naik baru ada la rasa sikit kekecutan perut tapi semuanya ok , cuma pemandangan xdapat nak tengok sebab hujan bercampur dengan kabus. Paling frust menonggeng ialah jambatan gantung masih dalam maintenance  maka tak dapat lah untuk berpoyo di atas jambatan tu.

Turun semula sahaja , perjalanan menuju ke Beras Terbakar , sepanjang jalan di sana ada jualan sempat lah Ty rembat 2 baju. Al kisah beras terbakar ialah berlaku selepas pembunuhan Mahsuri dan kemudian diserang oleh orang - orang Siam. Lebih lanjut boleh baca ; Cerita Beras Terbakar Langkawi . Dan sebabkan permintaan tempahan atau kiriman cokelat masih diterima , maka ke Pekan Kuah  semula untuk membeli cokelat dan akibat terlalu banyak barang dan cokelat , diminta dari pihak kedai untuk dapatkan sekotak yang besar untuk menyumbat segala cokelat dan dibawa balik ke Putrajaya  dan sebagainya.


Selesai segalanya , masa untuk mengisi perut merangkap makan malam terakhir di Pulau Langkawi . Singgah di sebuah restoran ; Bamboo Beach Restaurant dan makan sungguh-sungguh dan pergh..blurpp.. sangat kenyang macam ikan buntal walaupun makan sedikit sahaja.Perut dah tak boleh masuk rasa rugi ja, "sotong goreng celup tepung" sangat sedap!

Berakhir lah hari ke - 2 di Pulau Langkawi dan malam terakhir berdengkur .


20 comments

  1. bestnye.. xpernah sampai sana.=( harap dapat gi satu hari nanti.. follow you..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank U for supporting me , dear. Best tapi letih dan frust!
      My 1st time juga jejak sana.

      Delete
  2. Pantai beras basah?...n perempuan lemas tu?...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantai Beras Basah = Beras Basah Island la syg oii.. Oh perempuan lemas tu tak perlu interframe dalam blog b..ahahaha

      Delete
  3. HEY, dah masuk bulan 6? azam untuk bulan june apa ? jom share dekat sini nak tahu juga azam korang, hehe.. btw nice blog:) http://onetwothree-and4.blogspot.com/2012/05/1-june-2012.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azam , hurm... semuanya baik2 sahaja mudah2an.. begitu juga pd lily,.. =)

      Delete
  4. Replies
    1. pergi la bila kesempatan , ty pun baru kesempatan la pergi tu..

      Delete
  5. Ary akan ke Langkawi Jun nanti^^
    Nak tanya lah.. Untuk island hopping, nak cari mana RM25 sorang tuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ary jangan beli apa2 package pun masa nak nek bot ke puala Langkawi , terus je pergi tempat tu dan beli.

      Delete
    2. Terus pergi tempat tuh? Tempat tuh kat mana ek?

      Delete
    3. Yanty stay dekat Holiday Villa , so mmg dekat belakang area hotel je.. nanti tido hotel mana? cuba tanya dierorang. Yanty pergi dengan orang dah pernah pergi dan dinasihat tak beli mana- mana package sebab tak berbaloi.

      Delete
    4. ni no tokey boat tu...nama dia Kak Siti....0147545266....=)

      Delete
    5. Are-Lee : otai Langkawi dah bagi num pon tu .. hahaha =)

      Delete
  6. Bestnya! :D tapi RM25 seorang naik boat utk 4 jam? murah jugak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan naik bot tak turun2 , ada stop2 la... sangat la berbaloi.

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.