Alamat Emel dan Poskod

Wednesday, April 18, 2012

Situasi di pejabat .

Telefon berbunyi . "kring..kring.."


Perbualan merupakan antara pegawai yang mengurus penajaan pelajar di luar negara dan si ibu pelajar yang di taja yang ingin mengetahui cara untuk mengirimkan keputusan peperiksaan si pelajar iaitu anaknya kepada pihak penaja.

Ibu pelajar : Saya nak poskan salinan keputusan anak saya yang belajar di luar negara kepada Puan. Nak kena hantar melalui pos sahaja ke caranya? Boleh hantar melalui emel tak?

Pegawai    : Boleh  , minta scan keputusan tersebut dan emelkan ke alamat emel saya. (sambil menyebut dan mengeja alamat emel tersebut)

Ibu pelajar : Itu je ke? Dah..? Poskod apa?

Pegawai    : (kehairanan yang amat sekali) Puan nak emel ke nak pos ke pejabat? Tadi tu alamat emel , hanya perlu emel saja.

Ibu pelajar : Ooo...emel tak perlu poskod ye? Alamat emel tadi je cukup.

Pegawai    : (Meng'iya'kan saja tapi hakikat macam nak pecah perut je nak gelak)

VS

Moral of the story ; anak-anak di luar sana .. kenapa la suruh mak ayah yang tak membesar dengan zaman moden sekarang ni telefon pihak penaja korang sedangkan nak jadi doktor ke jurutera ke yang pergi sampai jauh luar negara mestilah tahu berdikari takkan la semua masih nak bebankan keluarga. Kasihanilah mereka. Mereka mungkin buta IT. Mungkin tidak faham apa yang disampaikan , apa itu EMEL... apa itu FAX... DSB!       

Kerisauan ntah - ntah diposnya salinan keputusan peperiksaan anaknya itu dengan hanya mencatitkan alamat emel sahaja di muka depan sampul surat. Kekhuatiran menyelubungi diri si pegawai , bimbang tidak akan sampai jika dipos / diemelkan.

Lawak pada mula tapi bimbang diakhirnya.

Situasi yang dialami yang merisaukan sehingga habis waktu kerja.


6 comments

  1. hahaha .. adehh .. tergelak den , tp bila fikir balik .. kesian nya kat makcik yg col tu .. ermm .. mesti dia tak penah hantar email kan . mintak2 urusan dia selesai tanpa sebarang mslh ..

    ReplyDelete
  2. fizafantagiro : Kan , risau juga sebab sampai sekrang tak ade terima apa2 emel dari sesiapa yang hntar keputusan peperiksaan. Haih!

    ReplyDelete
  3. ain dzaya : sangat la payah , sampai la hari ni tiada EMEL diterima..yes sgt kena control hehe..

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.