Sepang - Nilai Berjalan Di Hari Ahad

Sunday, December 11, 2011



Uishh , awal - awal entry dah tempek gambar kapal terbang Air Asia pula , apa hal? Cerita nya ialah pergi jemput my mummy  dari airport LCCT , Sepang. Al kisahnya , mummy Yanty telah pun mendapat berita yang ditunggu - tunggunya , sangat gembira. Tahniah mummy, naik pangkat dan akan melaporkan diri di KKM , Putrajaya dan berkhidmat di sini , InsyAllah. 3 beranak perempuan di Putrajaya , 3 beranak lelaki di Penang. 

Lepas saja jemput mummy , Yanty & buah hati bawa mummy pi Nilai . Semata - mata sebab Yanty yang nak ringankan kepala. Buat apa? Yanty potong rambut. Pendek sangat. Esok kerja orang nak terus tambah dosa boleh la mengumpat. Janji ringan beban kepala otak Yanty. Janji tak guna duit sesiapa untuk potong rambut Yanty yang sememangnya panjang sesangat. Sayang lah juga tapi lama - kelamaan nanti panjang lah balik kan?


Murah juga la potong kat salun ini , RM25 untuk cuci - gunting - blow. Mummy dan buah hati pun terpengaruh untuk buat sama terhadap rambut masing - masing. Hampir sejam lebih la 3 orang ini dok berdandan. Pheewiit!


Lepas sahaja 3 orang dah comel dan segak , mummy  nak singgah Nilai 3 cari barang hantaran beg untuk travel yang biasa - biasa sahaja. Dalam masa 30 minit saja kami bertiga mencari akhirnya dapat la yang berjaya menakluki hati mummy  untuk membelinya. Lepas jalan - jalan sikit , bunyi dalam perut sudah menandakan masuknya waktu makan malam

Singgah di kedai Wawa Seafood dan hanya Yanty saja yang makan makanan bergoreng , bihun goreng  , itu pun  5- 6 suapan dah terus rasa kenyang. Tapau balik saja. Buah hati dan mummy  makan nasi putih , ayam masak merah , kailan ikan masin , sup tulang dan sotong goreng tepung. Selesai makan , kami pun cari jalan pulang ke pangkal yang sebenar sebab dah letih dan lagi lapar bantal bak kata buah hati.

Sampai sudah rumah , pakat mandi , update blog , dah baca? Esok kerja habaq hang so cheq nak tidur sebab kerja bertimbun nak siapkan. Assalamualaikum. Selamat pejam mata sampai lena mimpi indah.

7 comments

  1. Chitot: Okay je la.. =) nnt mummy masak dtg riuh kn rumah ok?

    ReplyDelete
  2. Chitot :OK , nanti apa2 yanty roger len..ok?

    ReplyDelete
  3. xpernah lagi sampai area nilai.aaa teringinnye nak ke sane..org ckp barang kat sane murah2.hu3

    ReplyDelete
  4. tahniah tuk mak ug naik pangkat..:)

    ReplyDelete
  5. Aleen Aiden : boleh la murah nya maybe one fine day u should go and visit the place.

    Nurul Hanif : Thanks dear. =)

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.