j0m jEja|an Ke rUmAh kEd!aMan PM

Thursday, March 3, 2011




Kompleks Seri Perdana 
-kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia kini dibuka kepada orang ramai untuk lawatan umum, selari dengan prinsip pembinaan bangunan itu sebagai warisan negara.

Pembukaan bahagian-bahagian tertentu seperti Blok Protokol dan Blok Bankuet di Seri Perdana adalah bertepatan dengan semangat tersebut, dan ini akan membolehkan orang ramai mengetahui lebih lanjut acara-acara rasmi yang berlangsung di situ termasuk menjadi tuan rumah kepada para Pembesar dan misi diplomatik dari luar Negara.

Terletak di Persiaran Seri Perdana, Presint 10 Putrajaya, kompleks Seri Perdana ini mencerminkan keunggulan seni bina, landskap dan reka bentuk yang menggabungkan warisan sejagat reka bentuk Melayu, Islam dan Eropah.

Setiap lawatan akan dimulakan di Aras Bawah, Blok Bankuet di mana para pengunjung akan dibawa ke ruang pameran yang memaparkan sejarah mengenai institusi Perdana Menteri, sejarah rumah-rumah Perdana Menteri terdahulu dan juga majlis-majlis rasmi yang diadakan di rumah-rumah tersebut.



Di samping itu, orang ramai juga berpeluang menyaksikan pelbagai koleksi, hadiah, anugerah dan cenderahati yang diterima oleh Perdana Menteri daripada para Pembesar dari luar dan dalam negara di galeri pameran yang juga terletak di Aras Bawah, Blok Bankuet.

Seterusnya di Blok Protokol, orang ramai akan dibawa mengunjungi bilik tetamu, bilik mesyuarat dan bilik jamuan yang terdapat di Aras 1 dan juga di bawah blok tersebut, sebelum dibawa melawat kawasan Laman Sari di perkarangan Seri Perdana.


Kompleks Seri Perdana ini dibuka kepada orang ramai setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang dan ditutup pada hari Jumaat. Orang ramai yang ingin berkunjung ke Seri Perdana boleh mendapatkan keterangan lanjut mengenai jadual dan permohonan lawatan dengan melayari www.seriperdana.gov.my


Lepas baca entry singgah la ke ruang komen , dan seKLIK  juga, TQ.




Post a Comment

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.