CONTEST : Inilah Kisah SedihKU

Saturday, March 19, 2011

Menyertai CONTEST : Inilah Kisah Sedih KU anjuran Adib R.Y yang dijemput melalui Sabahat Blogger di Facebook 


Comel Tinggalkan Daku
Comel adalah kucing liar yang hadir dalam hidup aku ketika sangat kesunyian setelah nenek yang menjaga aku dari bayi meninggalkan kami hanya kerana perselisihan dengan daddyku.Dengan kehadiran ia, seolah-olah ada yang istimewa iaitu sikap seekor kucing yang seakan-akan sama dengan nenek yang pernah menjaga aku dahulu.Aku memang pencinta kucing,kehadiran ia dalam keluarga tidak dibantah oleh kedua orang tua ku kerana dia sangat baik dan dengar kata.Contohnya,ia tidak mencuri ikan atau apa-apa di dapur,sebaliknya ia hanya duduk diam dan melihat ke arah daddy atau mummy yang sedang masak terutama ketika sedang persiang ikan.Ia sangat manja, mandi, makan, tidur dan semuanya bersama aku.Sehinggakan ada suatu malam aku telah jatuh sakit dan demam untuk beberapa hari dan anehnya ianya pun turut demam dan juga terbaring di sebelahku.Makin hari makin sayang pada nya dan sangat tenang ketika ia ada,tatkala mummy atau daddy marah dan sedang aku menangis di kamar, ia datang dan membaringkan dirinya ke paha ku sambil melihat aku dan juga turut menangis.Sesungguhnya, ia sangat berjiwa dan memahami aku.Setelah beberapa lama kemudian , Comel telah disahkan bunting.Comel tidak pandai menguruskan nya.Ia masih muda kata mummyku.Sehinggalah dia melahirkan 3 ekor anak kucing.Tapi sayangnya ia tidak tahu untuk menguruskan anak-anaknya seperti memberi susu badan dan akibat kerana Comel sakit apabila anak-anaknya itu hendak minum susu darinya dia menolak dan duduk di suatu sudut yang lain.Selang berberapa hari hari demi hari, seekor demi seekor anak-anak kucing itu mati begitu sahaja kerana tidka mendapat susu ibu dan jagaan dari ibu,Comel.Pengemubian pun dilakukan kepada ketiga-tiga anak kucing itu. Setelah kehilangan anak-anak nya,Comel mula murung dan tidak seceria dahulu.Tidak mahu makan dan asyik merayau di sekitar tempat anak-anaknya ditanam.Pada suatu malam, aku dan keluarga keluar ke jemputan sambutan Hari Natal pada malam sebelum hari tersebut di rumah kawan keluarga.Dan setelah selesai makan malam itu, kami pulang ke rumah hampir 1 pagi.Sejurus sahaja sampai di rumah,aku memasuki ke rumah dan terus mencari Comel untuk membawa naik ke kamar untuk tidur bersama tetapi senang jerit memanggilnya, kakak sulong ku yang tidak mengikut kami keluar tadi berkata pada aku , "Comel dah mati." Aku sangkakan ianya hanya gurauan dan terus menanya mana ianya? Lalu kakak hanya menjawab , "Comel ada kat luar". Dengan pantas aku keluar dan rebah bila aku meihat kucing kesayangan aku sememangnya sudah pun mati yang diletakkan di sebuah raga yang diselimutkan dengan sehelai kain oleh kakak.Rebahan aku sangat kuat sehinggakan kedua orang tua aku terus keluar dan tengok aku di sisi Comel yang sejuk tubuhnya sambil menangis teresak-esak tanpa henti.Daddy pujuk tetapi aku tetap masih di luar dan terus menangis kerana kesal kerana ia pergi ketika aku tiada di rumah.Hampir jam 3 pagi, aku masih di luar rumah dan terus menangis sehinggakan semua orang dapat pujuk aku untuk naik ke kamar untuk tidur dengan cara membawa raga tersebut tidur bersama aku pada malam itu. Hampir ke subuh aku di kamar menangis sehingga mata bengkak.Selepas subuh daddy hanya mampu berkeras untuk kebumikan Comel dengan anak-anaknya sekali.Sejak hari itu, aku masih terbau bau badan Comel di kamar yang pernah dia menemani malam-malam aku. Kini aku kembali tidur sendirian tanpa Comel di sisi.Sampai bila-bila pun Comel akan dirindui dan disematkan di dalam memori yang abadi.
                                                          (524 patah perkataan)

p/s:cerita sebenar.
R.I.P

Dengan ini, saya nak tag SEMUA kengkawan blog saya untuk mengikuti CONTEST ini untuk berkongsi kisah duka yang pernah dilalui.



Lepas baca entry singgah la ke ruang komen , dan seKLIK  juga, TQ.



4 comments

  1. panjangnyer cite... thnkz join... nntikan kputusannyer nnti... ;)

    ReplyDelete
  2. akak nora pun ada citer sedih dgn kucing..tp mesti lagi berjela pjg nya..hehe KLIK2 hb ya...

    gud luck

    ReplyDelete
  3. @A.R.Y: emo tgh mlm bila taip ni meleleh air mata.. tQ..

    @Mai Yee:tQ dear.... =D

    @Nora Shahaira:tQ kak , jom la join!! mana tau leh rai kemenangan sesama kalau menang la... hB? hurm de kt dh klik tp check xde pe pun,cmna kah?

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.