MENYESAL TAK SUDAH CUCI TANGAN DENGAN PLASH FOAMING HANDWASH

Wednesday, December 2, 2020

Salam olls , 

Okay korang , kali ni Ty nak kongsikan dengan semua mengenai satu produk yang mesti jika korang dapatkan berasa tak menyesal. Nak pula dengan keadaan dunia yang mana kita mudah terdedah dengan pelbagai virus , terutamanya sekarang ni satu dunia tenat dengan pandemik Covid-19. Kita pun sering lihat iklan ataupun diingatkan untuk kerap cuci tangan atau menggunakan hand sanitizer.


Walaubagaimanapun , tidak semua di kalangan kita boleh menggunakan sebarangan produk. Mungkin ada yang akan mengalami kecederaan pada kulit tangan disebabkan ketidaksesuaian pada bahan dalam produk atau produk yang digunakan ada bahan yang membuatkan penggunanya mengalami alergik.

PLASH FOAMING HANDWASH
- satu pencuci tangan dengan buih halus berwarna putih berbotol dengan pam buih 200ml dan 400ml.
- terdiri daripada 2 variasi ; Sweet Sakura dan Fresh Aloe.
- professional series 5 liter bertong lutsinar (Sweet Sakura).


PLASH FOAMING HANDWASH ini sangat sesuai digunakan oleh semua peringkat umur dan semestinya sesuai untuk kegunaan harian sebabnya ianya adalah antibakteria yang selamat pada kulit dan mampu membunuh 99.9% kuman pada tangan. Ty paling suka bila sedang mencuci tangan bila bau yang terhasil adalah sangat wangi kerana mengandungi parfum yang bersesuai ketika penggunaan cuci tangan. Selain itu , tangan akan kekal lembap kerana mengandungi ekstrak lidah buaya (aloe vera) sebagai agen pelembap. Buih yang terhasil adalah kerana ia mengandungi agen pembuihan yang bertindak sebagai menanggalkan kotoran dan minyak.

Jadi dengan kerap mencuci tangan bersama PLASH FOAMING HANDWASH ini kita dapatlah membersihkan tangan sambil memberi kelembutan pada tangan dan membunuh bakteria pada kulit.


Cara guna
1. Pusing kepala pam untuk unlock
2. Pam buih pada tapak tangan dan gosok
3. Bilas tangan dengan air bersih
4. Keringkan tangan dengan kain / tuala bersih


Kelebihan PLASH FOAMING HANDWASH
1. Menghapus 99.9% bakteria pada tangan
2. Satu botol 400ml boleh menghasilkan lebih 500 kali cucian tangan
3. Banyak penjimatan dari segi isipadu dan penggunaan air
4. pH yang selamat digunakan pada kulit tangan 5.5-7.9
5. Penggunaan yang mudah dan ringkas berbanding gel
6. Melembapkan dan memberi kelembutan yang berganda pada tangan
7. Kaya dengan buih halus yang lembut
8. Mampu menanggalkan minyak , kotoran dan bau pada tangan secara efektif hanya guna satu pam
9. Kuasa penyingkiran bau yang efektif
10. Memberi bau yang kuat dan tahan lama
11. Sesuai digunakan seisi keluarga
12. Little plash mudah di bawa , kecil dan ringan
13. Bebas paraben , pewarna , phthalates (bahan berbahaya) yang boleh memberi kesan jika penggunaan jangka panjang


Cara pengendalian dan langkah keselamatan
- Kegunaan luaran sahaja , tidak boleh diminum
- Jika tertelan  , segera kumur dan minum banyak air masak serta dapatkan nasihat doktor. Bawa bersama label produk.
- Kika terkena mata , basuh dengan iar mengalir selama beberapa minit.


Jika uolls pun nak cuba , bolehlah mendapatkan produk Plash Foaming Handwash di pasaraya yang berdekatan seperti AEON, Billion dan banyak lagi. Untuk makluman juga , ianya adalah keluaran bumiputera iaitu dari Afy Haniff dan terdapat pelbagai lagi produk lain dari keluaran mereka.

Nak beli atas talian pun boleh , antaranya ; Shopee , Lazada ataupun Yezza

Untuk maklumat lebih lanjut , boleh didapati di :
Facebook Page AFY` Haniff  : https://www.facebook.com/AFYconsumer/
Facebook Page Serai Wangi Swipel AFY Haniff : https://www.facebook.com/SeraiWangiAFY/
Instagram : @afyhaniff_consumer

6 comments

  1. Sekarang ni, pergi mana-mana or balik dari mana-mana mesti cuci tangan dulu...

    ReplyDelete
  2. Memang best pakai Plash foaming Handwash Afy Haniff ni. My fav yang Sakura tu! Hee

    ReplyDelete
  3. Memg best sangat pakai ni.. Tangan lembut je.. Bau wangi. Kerap pakai pun tangan tak kering

    ReplyDelete
  4. Penting cuci tangan! Kak Nina suka jenis foaming gini, lebih jimat

    ReplyDelete
  5. suka la yang wangi2 gini terutama lepas makan menu ada belacan hahahaha

    ReplyDelete
  6. Sukalah foaming handwash camni, best cuci tangan!

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.