WAJIB PERGI! Tempat Menarik Sekitar Daerah Bentong , Pahang

Sunday, July 26, 2020


Salam uolls,
Alhamdulillah kembali lagi Ty di blog bersawang Ty ni. Dan juga syukur dengan terlaksana nya PKPP ni, Ty tak lagi terperuk sahaja di rumah seorang diri sebab Ty berkesempatan meluangkan selama 3 hari 2 malam di negeri Pahang Darul Makmur.

Normally netizen Malaysia yang sedia maklum bahawasanya negeri Pahang adalah merupakan negeri terbesar di Semenanjung.  Jadi selalunya, Ty kerap kali ke Pahang pun sebab arwah mummy Ty suka ke Cameron Highlands, selain itu ada la pernah ke beberapa tempat lain seperti Genting Highlands, Kuantan, Bukit Gambang dan lain - lain sekadar pergi berjalan ataupun urusan kerja dan kalau ke Lipis sebab ke kenduri kahwin atau singgah berehat di rumah keluarga Blogger Sue Izza.

Sebelum ni, Ty tak pernah pun tahu di Pahang ada berapa zon daerah. Rupanya ada sebelas (11) zon dearah uolls. Memang tak terkejarlah nak cover tour Pahang dalam tempoh 3 hari yang singkat kan? Maybe Insha-Allah next time pula.


Uolls nak tahu tak pengalaman dan apa yang Ty dah terokai di daerah iaitu Bentong? Mana tahu pasni baca entri Ty, terus masuk wishlist.

APA YANG MENARIK DI BENTONG?

Chalet Mama Papa, Janda Baik


Kalau sebut Janda Baik mesti uolls semua tahu aje kan? Sebenarnya Janda Baik ni nama kawasan yang terletak di daerah Bentong. Dan memang tidak jauh dari KL. Dalam 45 minit ke 1 jam sahaja perjalanan. Jadinya kalau nak lari dari kesibukkan di kota atau bercuti bersama keluarga, Ty syorkan sangat datang ke sini. Sebab apa? Kerana suasana di sini tersangatlah harmoni dengan keindahan alam semula jadi. Kalau bawa anak - anak, gerenti aktiviti air iaitu mandi sungai menjadi tumpuan.


Pelbagai aktiviti menarik yang ada di Chalet Mama Papa ni, antaranya ;
- Mandi - manda di Air Terjun Tampik
- Memanah
- ATV
- BBQ



Berkonsepkan 'Love Nature, Save Our Forest' ini telah menghasilkan ;
- 14 buah bilik untuk keluarga di tepi sungai
(mudah la nak berendam pada bila-bila masa) 
- ada juga 3 bilik berkonsepkan dorm
- ada padang yang luas untuk beriadah, buat aktiviti sukaneka sebagainya
- kafeteria membuatkan hampir ke 60 orang
- Gazebo pun ada, boleh bersantai gitu 
- Dewan Kursus pun ada, boleh la buat seminar / teambuilding juga di sini
- Semestinya ruang parkir juga disediakan

Psst, walaupun duk ala di hutan tapi semua bilik disediakan dengan air-con ye. Jadi no worries panas ke apa.


Tengok ni, kalau musim durian pepagi lagi dan pekena sarapan pulut serawa durian. Makan pula tepi sungai sambil layan anak - anak mandi - manda. Feeling habis la jadinya.


Berminat nak survey², boleh dapatkan info terperinci lagi di ;


Radiant Retreats


Iya, masih lagi di sekitar kawasan Janda Baik.



Dekat sini ada villa percutian yang ala mewah dikelilingi pula dengan keunikkannya tersendiri seperti landscaping alam semula jadi yang mana dapat dijadikan sebuah tempat untuk adakan teambuilding, pusat latihan, microcamps dan lawatan sekolah juga.


Antara aktiviti yang ada adalah seperti ;
- ATV
- Paintball
- River Tubing
- War Games
- Berkelah
- Mini Golf


Kat sini it's kind of ada garden farm juga di mana boleh tour dan lihat sendiri, boleh juga berOOTD di Photo Spots yang telah diubah suai menjadi tarikan pengunjung sakan bergambar.


Bagi Ty, di sini all in one. Berehat / Berkursus sambil kenali alam secara dekat.

Nak tahu lagi lebih info mengenai Radiant Retreats, boleh klik link dibawah ;
Telefon : 013-3697460

Seterusnya,

The Land


Destinasi masih lagi di Bentong gais. Dan di sini terjejaknya telapak kaki Ty, Ty terpesona umpama terpukau dengan keindahan alam semula jadi dengan dekorasi dari pintu masuk hingga ke setiap sudut sekeliling The Land. Ada unsur ke arah Baliness. Tetapi lebih kepada Farm Stay Cottage. Sebut pun dah rasa gah dan wow bukan?




Kat sini sama juga seperti yang lain. Boleh datang untuk berehat bersama keluarga atau sahabat handal, kursus atau seminar malah teambuilding dan juga boleh di tempah untuk majlis perkahwinan.




Suasana di sekeliling semestinya sudah menjadi back to nature di mana ada kolam dipenuhi dengan bunga teratai mekar indah dengan ikan emas yang menarik tarikan pengunjung yang menginap di sini. Kenapa Ty katakan more to farm stay, sebabnya pendedahan secara tidak langsung kita akan lihat sendiri ada haiwan seperti di kampung, contohnya kambing, angsa dan sebagainya.


Keluasan kawasan ini juga dimiliki sepenuh dan jauh dari orang luar yang mana sekiranya nak buat party atau melalak sampai ke pagi buta, kita tidak mengganggu sekeliling melainkan ada guest selain kita.

Biliknya sahaja sudah memukaukan Ty. Cantik yakmat. Ada kitchen, nak BBQ pun boleh.




Macam - macam game atau aktiviti riadah juga boleh dilakukan bersama kerana telahpun disediakan.

Cantik bukan? Berminat nak datang ke sini tak, kalau iya boleh dapatkan lebih maklumat di ;
Telefon : 012-3708010

2 comments

  1. Cantiknya tempat ni. Rasa nak jadikan next tempat bercuti dengan family jer

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.