WAJIB PERGI BATAM ! : Hari Keempat Di Batam

Tuesday, March 3, 2020


Salam uolls,

Hari Keempat

Sekejap sahaja rasa dah hari keempat dan terakhir kami di Batam , dan seperti Ty ada katakan dalam entri sebelum ni yang kami extend sebab nak jelajah lagi satu tempat menarik yang boleh dikatakan baru di buka kepada orang ramai. Jadi kisahnya pepagi buta kami dah bangun dan bersiap dengan segala bagai untuk terjah.

Kepri Coral Resorts





Dari kapal yang besar ini bukan sahaja tempat restoran yang menyediakan ruang makan yang besar sahaja , malah pengunjung jug aboleh melihat ikan paus secara lebih dekat. Begitu juga dengan ikan lain dari dasar laut apabila ada Sea Aquarium tour yang mana pengunjung akan di bawa melihat sekitar kapal.



Pulau ini sebenarnya telah dibuka kepada pelancong mulai Jun 2019 dan menariknya nak ke sini perlu menaiki kapal. Oh ya , pengunjung juga boleh menginap di atas kapal ataupun di darat yang lebih dikenali dengan Dome Village.


.


Untuk penginapan di Dome Village , memang rare sebabnya di bina dengan reka berbentuk seperti igloo yang semestinya selesa dan lengkap dengan katil dan tilam , air-con dan bilik mandi serta tandas duduk. Bagi mereka yang menginap di sini , boleh dapat menikmati keindahan alam seperti melihat bulan dan bintang terus dari dada langit melalui tingkap mudah laras yang telah terbina ekslusif pada bumbung dome.

Selain itu , pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini , antaranya ;
- Snorkeling
- Canoe
- Sepeda Air

- Banana Boat
- Zetsky



Sekiranya menginap di sini boleh juga lakukan aktiviti dengan fasiliti yang tersedia ada seperti ;
- Tarzan House
- Hutan Mangrove (BBQ)
- Swimming
- Karaoke
- Snorkeling
- Canoe
- Sepeda
dan banyak lagi.

Telefon : (62) 822 6819 8337
Instagram : https://www.instagram.com/kepricoralofficial/

PT.ADISO INDO RAYA
Okay buat yang tertanya nak ikuti / dapat pakerj percutian dari mana? Dapatkanlah dari agen travel agensi PT. Adiso Indo Raya. Memang paling popular di Batam juga di kenali sebagai AIR TOURS & TRAVEL yang beroperasi di Batam-Riau Island.


Untuk info lagi dan sebarang tempahan ;
Alamat : Komp. Ruko Botania Garden D3 No 18 Batam Centre - KEPRI 29432
Telefon : +62-778 7433397
Whatsapp : +62-81364070919
Whatsapp : +62-82173036518
E- mail : [email protected]
Website : www.adisoindoraya.com
Facebook : https://www.facebook.com/adisoindoraya

Jangan lupa enjoy trip uolls di Batam ye!

1 comment

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.