Pengalaman Guna Produk Cetaphil

Wednesday, August 14, 2019




Salam uolls ,

Ty seorang yang aktif sepertimana selalu Ty post di socmedia. Bersukan dari petang sampai ke tengah malam pun Ty mampu maklumlah bujang. Dan semakin meningkat usia ni , Ty tak nafikan yang Ty kena jaga penampilan diri dan Ya , memang Ty seorang yang menitikberatkan kebersihan diri tambahpula bahagian muka. Ty boleh jadi stress dan sedih walaupun hanya seketul jerawat muncul. Bukan senang sebenarnya ada masalah kulit muka yang berkombinasi ni. Certain part muka berminyak dan ada pula certain part kering. Dan kali ni Ty cuba guna Cetaphil Gentle Skin Cleanser .

PENGALAMAN PERTAMA KALI GUNA CETAPHIL GENTLE SKIN CLEANSER
Ya , ini adalah pertama kali Ty cuba untuk tukar pencuci muka dari produk yang mana Ty sekian lama setia kononnya. Apa yang membuat Ty nak mencuba sudah semestinya untuk tampil lagi segar tanpa masalah masalah kulit berminyk , kering , berjerawat juga sensitif. Kerap juga Ty dengar pendapat dan lihat sendiri kengkawan sepejabat betapa bagusnya produk ini.

Ada juga Ty layan Youtube Channel dari Vlogger yang buat review tentang produk Cetaphil. Paling menarik minat Ty untuk mencuba bila masanya Ty difahamkan cleanser ini tidak bersabun. Like seriously? No foam. Tapi boleh berikan kesan pencucian yang sangat bersih kata-kata orang sekeliling.

BETUL KE?
Okay , freaky saying , I'm in love with it. And it is a yes , guys! Takde foam. Terasa segar bugar  muka bila cuci muka dan mandi selepas seharian kat luar atau pejabat.
Ya gais , cleanser ni memang diformulasikan sebagai pengganti sabun untuk pengguna yang ada masalah kulit kering  , normal , kombinasi dan berjerawat. Jadi kisahnya semua orang boleh guna sebab kandungan propylene glycol yang bertujuan untuk membantu menjaga kelembapan kulit muka olls tu. Dan sekaligus mampu membersihkan kulit dari sel kulit mati.


KELEBIHAN CETAPHIL GENTLE SKIN CLEANSER
1. Untuk semua jenis kulit  sehingga kulit yang sensitif sekalipun
2. Sesuai digunakan untuk kulit muka dan juga badan
3. pH Seimbang
4. Teruji Secara Dermatologi
5. Hypoallergenic
6. Tanpa Pewangi Tambahan
7. Tanpa Buih Berlebih
Kelebihan Cetaphil Gentle Skin Cleanser adalah unik, teruji klinis untuk 2 aksi iaitu efektif membantu melembapkan dan lembut membersihkan. Amat sesuai untuk segala jenis kulit bahkan yang sensitif sekalipun dengan menjaga agar tetap sihat dan lembap.


CARA GUNA CETAPHIL GENTLE SKIN CLEANSER
Boleh atau hanya digunakan tanpa menggunakan air. Mudahkan? Tapi guna air pun takde masalah.


Selain itu , Ty juga ada cuba produk Cetaphil yang lain seperti Cetaphil UVA/UVB Defense SPF 50 ye la Ty suka bersukan dan berjalan. Kekdahnya Ty terdedah kepada pancaran sinaran matahari , jadinya dengan adanya Cetaphil UVA/UVB Defense SPF50 ini secara tidak langsung dapat membantu kulit muka Ty dari rosak dan membantu dari segi anti-aging gitu sekaligus sebagai pelembap juga. Kerana sekaligus dapat dijadikan sebagai pengganti sun block. Iyalah Ty sukan berjemur , suka travel tempat such as pantai terutamanya dengan aktiviti snorkeling & diving.  



Ty juga gunakan Moisturizing Cream untuk mencegahkan kulit Ty dari dehidrasi sepanjang hari. Sebelum makeup pun boleh guna.

Okay ini serious , Ty suka guna kesemua produk ini sejak beberapa hari gunakan nya. Jadi Ty syorkan buat mereka yang nak juga cuba dan dapatkan hasil yang baik untuk kulit masing - masing tu Ty sangat syorkanlah. Tapi sekiranya ada yang perlukan nasihat dan khidmat doktor sebelum menggunkan itu adalah peribadi ya.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk - produk Cetaphil yang ada di pasaran , boleh dapatkan di : 

2 comments

  1. Haida pun jenis kombinasi ni. susah nak cari pencuci yang betul serasi. nampak gayanya Haida kena cuba jg la produk ni.

    ReplyDelete
  2. nad belum pernh cuba lagi produk ni..tapi ramai kata bagus

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.