Restoran Rallegra Taman Ekuestrian Penuh Dengan Lestari Sejuta Rasa Sempena Ramadhan 2018

Thursday, May 3, 2018


Salam uolls , 

Tudia , lagi port berbuka puasa untuk uolls semua cuba.
Dan kali ini Ty nak bawa uoll ke Taman Equstrian , Putrajaya. Jom tunggang kuda main permainan polo sambil berbuka puasa , ON xON?

Restoran Rallegra kali ini menyajikan hampir 150 jenis menu dengan 12 buah gerai makanan untuk para pengunjung yang akan datang berbuka puasa nanti. Dan pengunjung juga dapat menikmati juadah yang dihidangkan secara langsung oleh chef.

Antara menu yang menarik ada di Restoran Rallegra

Lidah Lembu Bakar

Kambing Panggang

Ikan Keli Berlada

Sedap oi


Gulai Daging Kawah
{SEDAP}

Ayam Daun Selasih



Kerabu Kacang Botol

Spagethi Station Stall


Wangi , sedap pula tu.



Fruits Mashmallow Corner



Meriahkan makanan yang ada di Restoran Rallegra ini , puasa sampai keesokkan kalau macam ini gayanya. 


Yang menariknya , pada bulan Ramadhan kali ini akan ditawarkan buat pengunjung dengan aktiviti Kereta Kuda yang berharga RM15 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak. Yeah , jadinya uolls boleh berbuka puasa di sini sambil merasai pengalaman menaiki kereta kuda di dalam kawasan Taman Equestrian Putrajaya yang bermula dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam sahaja. Aktiviti ini akan bermula pada 19 Mei shingga 13 Jun 2018.


Harga promosi tempahan awal ditawarkan adalah sangat berpatutan dan ianya bermula serendah RM59 untuk dewasa dan RM33 untuk kanak - kanak yang sah mulai 1 April sehingga 18 Mei 2018. Manakala , harga biasa pula akan bermula dari 19 Mei sehingga 13 Jun 2018 dengan berharga RM78 bagi golongan dewasa dan juga RM39 untuk kanak -kanak.

Untuk sebarang makluman mengenai tempahan boleh terus menghubungi mereka di talian - 03-80008914/8902 atau terus melalui laman web - www.tep.my .

4 comments

  1. Waduh, juadahnya sggh menyelerakan! Banding dgn kebykn tempat, harga pun sgt berpatutan.

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih kerana berbuka puasa di taman ekuestrian,kepada yang lain jom singgah..

    ReplyDelete
  3. Dikemaskini harga tanpa gst... Rm 74 dewasa dan RM 37 Untuk kanak kanak


    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.