IRENE CATALINA DUTA PROGRAM ROAD TOUR CHARITY ZUMBA 2018 - FAB DANCE

Monday, May 14, 2018


Salam uols ,


Ty berkesempatan untuk turut serta di Majlis Perasmian Dan Menandatangani Nota Kerjasama Antara Fabulous Empire Bersama Artis Irene Catalina Sebagai Duta Program "Road Tour Charity Zumba 2018 - FAB Dance" pada pagi Ahad ; 13 Mei 2018 yang berlangsung di  Ali Hall - Dewan Perkahwinan dan Katering , Wangsa Maju.

Selepas selesai sahaja sesi pendaftaran dan semua jemputan VIP tiba , majlis dimulakan dengan acara tarian Zumba oleh ZIN Why , ZIN Wady , ZIN Watie Elite & ZIN Ewone







Tu dia , bertambah sakan semua bergojet zumba bagi panas badan di keheningan pagi yang dari malam semalamnya sejuk sebab hujan. Ikutkan liat juga oi nak bangun pagi - pagi , sedap lena sejuk - sejuk.

Zumba ini bukanlah sekadar sempena Road Tour Charity Zumba 2018 - FAB Dance , ini adalah juga bagi memberikan impak yang sangat besar dan membolehkan para peserta merasai sendiri pengalaman berzumba , berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama para peserta yang berjinak dan mengenali sukan altenatif "Zumba" ini.


Fabulous Empire juga telah menandatangani nota kerjasama bersama artis Irene Catalina sebagai Duta Program. Irene Catalina yang dikenali dengan lagu single terbaru berjudul "Ajari Aku" akan diiiringi kehadirannya oleh konvoi motosikal berkuasa tinggi "BIKERS CARE" (Lady Riders) sebagai "OPENING GAMBIT" program.

Tujuan utama program amal ini supaya ianya mengumpul dana untuk disalurkan kepada pihak MAKNA (Majlis Kanser Nasional) di samping ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama sesama pihak individu  , masyarakat , insitusi , persatuan , organisasi kerajaan mahupun swasta yang melibatkan diri dan bekerjasama secara langsung di dalam program ini.

Program yang julung kalinya dari Fabulous Empire ini juga telah menjalinkan kerjasama di antara pihak penaja iaitu ;
PRINCE COURT MEDICAL CENTRE 
- A  FAMOSA RESORT
- VOUK HOTEL MANAGENMENT (VHM)
- TS SKIN SOLUTION
- NOURLIEX PREMIUM HANDMADE CONFECTIOS
- MIA MIKHAIL
- ROYAL LEAF
- BELACAN RATU
- BEYOUTIFUL
- NS DAIRY FARM
- KAISAR THAI RESTAURANT
- PERTUBUHAN WANITA ELIT
- USAHANITA CAWANGAN DAERAH AMPANG 
- TV WANITA (Program Zoom Power) 
- ARTIS ASH HAFIZZ di bawah naungan DR.IRMA Entertainment

Program amal ini dirasmikan oleh Datin Sri Nurzarina Sepran  , beliau adalah seorang peniaga wanita yang sangat berjaya dan merupakan Pengerusi Pertubuhan Wanita Elit.

Untuk makluman lebih lanjut mengenai Road Tour Charity Zumba 2018 - FAB Dance ini oleh emelkan ke alamat [email protected]

4 comments

  1. argh jauh jauh pula. ke lisa yang duduk dalam ceruk hahaha.. teringin juga weih naaa

    ReplyDelete
  2. This is very useful, although it will be important to help simply click that web page link: recurring donations

    ReplyDelete
  3. Fitness has consistently been a major aspect of our dynamic way of life at Scenic Trex. https://fitnessbond.com/steel-bite-pro-reviews/

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.