Pelancaran GT DOLLAR di Malaysia

11:14 AM Yanty Lee 2 Comments


Salam u olls ,

Pada 16 Jan 2017 baru ni telahpun berlangsung satu majlis pelancaran GT Dollar Malaysia di Pusat Konvesyen Sime Darby , Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh YB Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin , Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan .

Majlis ini juga turut dihadiri oleh para pegawai kerajaan terkenal dan hampir 3,000 pemimpin industri IT dan e-dagang yang menyokong pembangunan ekosistem FinTech dinamik sekaligus membuka jalan untuk inovasi SMART seperti GT DOLLAR menjadikan Malaysia sebagai satu kuasa yang berpengaruh dalam sektor FinTech.

YB Datuk Mas Ermieyati Binti Shamsudin (Timbalan Menteri Pelancongan & Kebudayaan) dan Dr Paul Zhang Baolu (President & CEO of GT Group Of Companies)


Kerjasama ini adalah di antara kerajaan Malaysia dan GT Dollar bagi membantu dalam meringakan kehidupan rakyat melalui pelancaran aplikasi mudah alih GT Dollar , yang merupakan "one stop platform mudah alih e - dagang" . Yang ini bertujuan untuk membina sebuah masyarakat yang padu dari pelbagai industri untuk berinteraksi dalam pasaran.

The GT Group team sekitar pelancaran

Untuk makluman , GT Group  ada beberapa produk yang dikeluarkan dan telah dilancarkan juga sepanjang pelancaran baru - baru ini ;


GT Mobile – Telefon pintar.

GT Dollar 
– Wang elektronik maya. Ianya boleh digunakan untuk membayar perkhidmatan dan produk yang dibeli di kedai-kedai ahli GT Kredit Alliance.

GT Wonder Boy 
– Robot sosial dengan fungsi seperti manusia, ditambah pula dengan kecerdasan emosi dan kebijaksanaan. Berfungsi sebagai pembantu manusia.


GT Smart Watch 
– Berfungsi untuk mengesan seseorang melalui gps dengan menggunakan jam tangan yang dipakaikan terutamanya untuk memantau anak-anak.

Okay , u olls jom sesama download aplikasi GT Dollar pada IOS mahupun Android masing - masing dan nikmati sendiri keistimewaan yang akan diperolehi. GT Dollar sebenanrnya menawarkan e-wallet buat mereka yang sentiasa sibuk dengan kos sara hidup sekarang yang tinggi. Dengan e-wallet ini ia dapat membantu peniaga mengembangkan perniagaan mereka dan mendapat lebih ramai pelanggan baru.

Antara tawaran istimewanya ialah diskaun dan promosi di peringkat global. Selain itu dia juga dapat menghubungkan mereka dengan pengguna baru serta dapat mengekalkan program kesetiaan melalui pengagihan kredit maya.

Download  dan dapat terus kredit sebanyak RM300 dan boleh mula dapatkan keistimewaan yang lain juga. Tunggu apa lagi tu , tak ada apa yang merugikan lagi rugi tak install dan gunakan aplikasi ni.

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Macam - Macam Jenis Cendol Ada Di Go LoKal Cafe , Putrajaya

11:00 AM Yanty Lee 4 Comments


Cendol Jagung

Akhirnya dapat juga jerjak ke sini. Semuanya gara-gara lepas Kak +fiza fantagirO la mula menghasut dengan posting sokmo dia ke sini dan makan cendol bagai.

Suasana di Go Lokal Cafe


Penuh meja kiteorang. Satu unit kekdahnya jadi riuh rendah la suasana. Kat sini bukan saja ada pelbagai jenis cendol. Ada juga makanan yang lain. Memandangkan agak full house ,  layan cendol dengan mee rebus atau laksa ja.


Muka-muka kelaparan. Ke sini dengan semua geng opis kecuali sorang dua yang bercuti.

Kalau yang nak ke sini , nah info pasal Go LoKal Cafe , Putrajaya.


Alamat: G03A Mayland Avenue (Landmark : Dorsett Hotel, Hero Market) Putrajaya , Malaysia
No. Untuk Dihubungi : 0123424350

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Ais Krim Mangga di Bukit Bendera , Pulau Pinang

2:30 PM Yanty Lee 3 Comments



Saranghae !

Akhirnya misi ke Bukit Bendera tercapai. Percaya atau tidak tak pernah naik kabel car naik ke atas walhal memang orang Penang. Kecuali waktu training dan workout untuk hoki masa zaman sekolah kena hiking melalui Moon Gate ke puncak Bukit Bendera. Kali ni kengkawan ikutkan kehendak hati yang beriya-iya sangat nak ke sini.

Sesudah Subuh ya my hawt chic +Iena Arryiena dah start to make morning call just to ensure semua dah bangun dan ready for the outing day.

Before 8am berkumpul , tenang sangat sebab lenggang lagi , tak ramai manusia. Again Iena la yang collect IC dan uruskan pembelian tiket.

Ambil tempat depan sekali , next to the driver.


Turun dari kabel terus belok ke kanan. Dah tak sabar nak snap and snap photo terutamanya kata area Owl Museum tapi tak masuk pun tengok owl. Lebih kepada bergambar sekeliling kawasan dan hunting for breakfast juga craving Ais Krim Manga yang viral tu.

Nampak tak , masing-masing tak hirau dah sekeliling apatahlagi kamera 

Memandangkan masing - masing kelaparan sebab tak sarapan lagi , jadi ke David Brown's semata - mata nak makan English / Western Morning Breakfast Style la kekonon sambil layan view yang memang sangat menenangkan mata apatahlagi fikiran.


And this is my brekkie set.

Sambil jalan - jalan , Iena belanja semua Pure Honey Juice. Rasa dia not bad.

Sebenarnya banyak tempat untuk pergi dan ronda lagi tapi kami kesuntukkan masa atas sebab temujanji lain. Jadinya sekadar cuci mata saja la sebelum turun ke bawah.

Masa ini tak terfikir nak kuncikan nama awak dengan saya , cia cia cia.

Penat jalan , leh foot massage sambil buat henna juga

Penang view from Penanh Hill

Banyak2 TQ gais.


3 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat , Shah Alam

9:36 AM Yanty Lee 1 Comments



Salam u olls ,

Baru ni Ty balik Penang , semua kengkawan pakat tanya pada Ty makan grill & steamboat kat mana? Gara - gara Ty post few pictures on Instagram linked to FB tho Twitter too. OK , meh Ty kongsi sikit apa yang menarik kat Restoran D'Kayangan Grill & Barbeque Steambout yang terletah di Seksyen 13 , Shah Alam.



Kat sini pada asalnya hanya menyediakan masakan berasaskan steamboat  dan pengunjung di beri 2 jenis pilihan sup iaitu sup ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan. Antara pilihan aneka makanan laut yang segar adalah udang besar , ketam , kupang , kepah , kerang , sotong , isi ikan , bamboo lala dan banyak lagi. Begitu juga dengan pelbagai jenis bebola , sayur - sayuran , aneka mee dan juga fucuk.







Pengunjung juga boleh memilih penyicah yang ada terdapat pelbagai pilihan sos yang mana di buat sendiri oleh Chef seperti Sos Cili Pedas , Sos Cili Thai , Sos Manis , Sos Bawang Putih , Sos Lada Hitam , Sos Yong Tau Foo dan macam - macam lagi.



Kambing Panggang pun ada . Jadi bagi yang memang penggemar tegar setia boleh la rasa sendiri. Ty yang kurang gemar pun admit sedap , lembut tambah pula dengan sos black pepper pula. Terangkat! Boleh juga makan bersama sos cendawan yang disediakan khas oleh Chef.



Ini pula antara menu baru yang diberikan pembaharuan oleh Chef sendiri bagi menu grill. Antaranya ialah Chicken Mozza , Chicken Castello , The Toretto Meat , Cappucino Meat , The Krusty Crab , Super Prawn , Squidward , Keli Yolanda , Dory Drive , Patin Annabel , Pari Perry dan macam - macam lagi. Menu ini ada sikit stail ala - ala Cina dan India terutamanya dalam rempah perapan. 



Ini pula side dishes yang ada buat pencuci mulut , rojak buah , pelbagai jenis kuih - muih tempatan , puding , aneka kek , aiskrim yang sememangnya menjadi kegemaran pengunjung dan tak lupa juga ada ais kacang corner juga disajikan.



Kalau yang memang minat makan melantak steamboat leh la datang sini yang menawarkan hampir 199 jenis hidangan pada setiap hari. Ruang makan dia pun santai dan kalau ada gathering apa-apa function boleh je ke sini juga sebabnya restoran ini boleh menampung dalam 400 orang dalam satu masa iaitu seramai 180 orang dibahagian berpenghawa dingin dan 220 orang di bahagian ruang terbuka. Yang pastinya kemudahan seperti surau juga ada dan selesa begitu juga dengan tempat parkir kereta.



Dengan adanya pembaharuan , harga terbaru juga ditawarkan amatlah berpatutan iaitu hanya RM33/- bagi dewasa dan RM18/- pula bagi kanak-kanak yang berusia 5-11 tahun. Menariknya , bermula April 2016 yang lepas , restoran ini ada membuar "Sunday Family Day" yang mana bermula daripada pukul 11 pagi - 3 petang , harganya pula hanya RM22.90/- bagi dewasa dan RM9.90/- bagi kanak-kanak berusia 5-11 tahun . Jadi boleh la luangkan masa bersama keluarga dan rakan - rakan di hari minggu sambil menikamti makanan ala steamboat ni.

Untuk pengetahuan u olls , D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat ini pernah menjadi pilihan beberapa rancangan TV seperti ; Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) , Nasi Lenak Kopi O , The History Channel dan Discover Selangor- Selangor Food Channel.

Maklumat lebih lanjut tentang restoran ini :
Alamat : 
D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat
Sri Acapella Service Apartment
No.1 , Jalan Lompat Tinggi 13/33 ,
Seksyen 13 , Shah Alam , 
40100 Selangor Darul Ehsan.
Talian Untuk Dihubungi :
012-2971091 / 017-5076274 / 03-55234979
Instagram : @dkayangansteamboat

1 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Merawat Resdung Dengan Asmak Herbs

12:17 AM Yanty Lee 6 Comments


Salam u olls.

Hai. Just nak share sikit. Rasanya semua orang tahu pasal sakit resdung. Dan setiap orang ada penyakit ini cuma samada yang begitu memudaratkan ataupun sedang-sedang saja. Contohnya kita orang berbangsa Melayu ni, makan ulam-ulaman mesti dengan sambal belacan atau budu kan? Tapi antara rasa kurang selesa tu kerana kita ada resdung.


Tahu tak? Banyak lagi simptons resdung sebenarnya dan salah satunya sakit kepala / migraine. Ty kerap juga sakit sebegini dan setiap kali bangun tidur waktu pagi untuk mulakan hari selalunya bersin tak henti umpama selesma. Jadi Ty cuba alternatif dengan mengamalkan Pil Kapsul Penawar Resdung Asmak Herbs.


Dalam 5 hari Ty amalkan 2 biji pada setiap pagi dan 2 biji sebelum tidur, Alhamdulillah dengan izinNya Ty dah tak lagi bersin menjelang pagi hari dan paling ketara Ty tak lagi mudah rasa sakit kepala.


Kalau u olls menghidap resdung yang kronik seperti tanda - tanda berikut, boleh lah sama-sama kita ikhtiar amalkan Pil Asmak Herbs ni :
- Hidung tersumbat dan berbau busuk
- Gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan hidung
- Hidung kerap berair walaupun tidak selesema
- Kerap bersin terutama di waktu pagi
- Rasa berat muka / sakit terutama di kawasan antara muka
- Sakit tekak secara berpanjangan serta berulang
- Mengalami demam atau rasa tidak sedap badan berpanjangan
-  Kerap sakit kepala
-  Tubuh jerawat di muka dan badan
- Kulit kepala berkelumumur gatal dan rambut gugur

Produk Pil Asmak Herbs ini diperbuat dari herba yang mampu merawat dan melegakan resdung seawal 3 hingga 14 hari dengan menggunakan Kapsul Halalgel. Juga merupakan produk Muslim bertaraf GMP tiada bahan kimia mahupun steroid.


Ramuan yang menghasilkan Kapsul Penawar Resdung adalah ;
- Akar Mengkunyit
- Akar Serapat
- Lada Sulah


Kelebihan Pil Asmak Herbs ini ialah tidak perlu di makan pada setiap hari. Sebaik sudah semakin baik, boleh berhenti pengambilan dan makan bila perlu sahaja. 

Cuma pil ini tidak sesuai bagi kanak - kanak berusia 3 tahun ke bawah dan juga ibu memgandung.


Jadi, bagi yang ingin mencuba untuk merawat resdung tanpa perlu mendapat rawatan bolehlah dapatkan ubat resdung Pil Asmak Herbs Kapsul Penawar Resdung ini yang sedang mengadakan promosi dengan harga RM39 (Harga asal : RM46 termasuk pos).

Dengan harga RM39 ini, boleh dapat sebotol Pil Asmak Herbs (30 kapsul) bersertakan panduan pengambilan juga perkhidmatan selepas jualan. Dan yang pastinya kos pos laju adalah percuma.

Untuk order ;
Whatsapp "AH7" di 01135447494

Maklumat lanjut boleh dapatkan di :

Hotline HQ : 019-9708897

Meh sama-sama kita cuba cara mengatasi resdung dengan produk ini. Mudah-mudahan pulih dengan izin Allah swt.

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen