Qurban 2017

Thursday, September 7, 2017


Salam u olls , 

Salam Aidiladha . ( Masih mood raya )

Dengar cakap Daddy ja, speechless semua orang.

Alhamdulillah , tahun ni family Ty masih berpeluang dan ada rezeki untuk menunaikan ibadah qurban. Cuma tahun - tahun lepas , Ty tak balik kerana kekangan masa cuti yang singkat tambahpula kerja yang tak dapat nak dielakkan.


Tahun ni , tak ada alasan lagi. Iye la dah cuti kepit pula dengan Merdeka dan Cuti Peristiwa Sukan Sea. Cumanya Ty bertolak balik pagi Merdeka dan masih mengharungi hampir 7 jam. Apa yang sebab berlakunya kesesakan lalu lintas sepanjang jalan pun Ty tak tahu. Tak nampak satu pun kemalangan.

Mr.Black & White

Selama hidup berpuluh tahun , ini adalah kali pertama Ty tengok secara depan - depan dari awal sampai ke habis sesi korban. Nak dekati lembu ke apa pun adalah kali pertama. Jangan nak kata budak bandar ek. 

Best part is , suasana kenduri kendara di kampung. Ty memang tak ada kampung macam rumah papan , sawah bendang segala tu. Sedih kan.


Kenduri Korban kali ni buat di rumah sepupu Mummy dekat Balik Pulau. Memang real kampung style. Semangat dan kerjasama orang - orang kampung memang amaze me alot. Dari awal Subuh sampai ke sudah majlis kenduri , masing - masing tak putus tolong itu ini. Kalau kat bandar , hal masing - masing la ceritanya. 

Paling best , bila Daddy start to story his masa kecik - kecik. Sebelum pergi sekolah bagi lembu dia makan , balik sekolah sampai ke senja dia jaga lembu sambil siapkan kerja - kerja sekolah. But too bad , anak - anak Daddy Mummy tak merasa semua ni.

Mudah - mudahan ada murah rezeki , bolehlah sama - sama tunaikan korban lagi. And balik ke Penang untuk sama - sama meriahkan majlis.

7 comments

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.