Jogging dengan pemandangan ala luar negara di Taman Saujana Hijau, Presint 11

Saturday, September 16, 2017


Rindu nak kembali bersenam. 

Dulu sebelum dapat berita gembira dari Kak +fiza fantagirO , kami setiap hari selepas waktu kerja akan bristwalk dan lite jog hampir 10km.

Sayangnya, sekarang Ty dah xada kawan. Perasaan malas pun muncul apatahlagi bilanya ada ketika kekangan kerja di pejabat tak menentu. Jadi tak konsisten tuk Ty ke gym mahupun jogging. Tapi ada masa terluang Ty buat juga walaupun sendiri.


Menariknya, hampir nak bertahun - tahun Ty tinggal dan bekerja di Putrajaya, kali pertama Ty datang jogging di Taman Saujana Hijau yang terletak di Presint 11 sangat la memukau pandangan mata Ty.


Cantik sangat.


Setiap kawasan berlainan konsep dipecahkan. Ada ala Bustan English. Memang sesuai untuk sesi bergambar di sini.


Andai tiada apa-apa urusan dan cuaca waktu pagi baik, selalunya Ty akan datang jogging pada waktu pagi Sabtu dan Ahad.


Hari bekerja adakalanya hanya ke Taman Putra Perdana di hadapan opis. Jadila 4 5 round sekadar keluarkan peluh. Selain Ty join main badminton dengan geng-geng opis seminggu / 2 kali.

Kalau ada geng, lagi semangat. Takde sapa - sapa nak teman Ty ke?

2 comments

  1. kalau nak tunggu geng biasanya setahun dapat sekali je kut haha.

    ReplyDelete
  2. menarik tempat dia..boleh buat photoshoot

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.