Indobowl , Lakeside Field Sungai Besi

Thursday, September 14, 2017


Salam u olls  ,

Baru ni Ty ada cuba makan Indo Mee dekat satu kedai yang baru juga beroperasi di leret - leretan rumah kedai dekat Indobowl yang terletak di Lakeside Field , Sungai Besi. Senang saja nak ke sini , guna WAZE nak ke Lakeside bila sampai saja dah pun nampak dari jauh.

Ha ini antara menu makanan yang ada di sini. Bukan sahaja sekadar Indo Mee tapi buat mereka yang betul - betul lapar boleh la cuba menu berasaskan nasi.


Menarik kan? Terliur tak tu tengok gambar , kalau ya , jom ke Indobowl !

Bila Ty tanya dekat waiter yang ada , apa yang menarik untuk membasahkan tekak dek panas terik kat luar tu. Dan dia cadangkan untuk Ty cuba signature drink di Indobowl iaitu Soda Gembira . Ada satu lagi speciality yang ada , u olls boleh cuba Es Cendol.

Ha , pekat betul air Soda Gembira kan? 

FYI , owner sebenarnya suka menggembara dan idea untuk penyediaan masakan bermenukan ala Indonesia ini diketengah dengan selera orang Malaysia juga boleh makan. 


Kalau teringin nak makan sate , boleh u olls cuba makan menu Sate Mandura yang ada 2 kategori ; ayam / daging. Satu set ada 5 cucuk dengan harga RM8/RM9. Dihidangkan dengan sweet soy sauce. Memang sedap , dan siap order untuk pinggan kedua lagi.

Indobowl Mee datang dengan 3 jenis sambal ; Sambal Matah , Sambal Hijau & Sambal Merah.

Yang mana suka sangat makan pedas bolehlah buat pesanan untuk sambal yang paling pedas. Kalau tidak , sebaliknya la. Janji dapat nikmati Indo Mee dengan sedap.

Antara menu hidangan yang ada di Indobowl dan mesti menjadi kewajipan untuk u olls datang cuba ;

Indomie Ayam Madura - RM12/-


Indomie Lamb Rack Australia - RM19/-


Indomie Ayam Balado - RM10/-

Indomie Seafood (Squid & Prawn) - RM10/-

Nasi Goreng Seafood - RM10/-

Nasi Goreng Ayam Cabe Ijo - RM12/-

Nasi Iga ( Daging Lembu) - RM15/-

Amacam u olls? Menarik kan, ada saja dari ayam , daging lembu , daging kambing , dan seafood. Variety untuk membuat pilihan. Portion setiap mangkuk atau pinggan yang dihidangkan pasti membuatkan u olls kenyang. Harga juga adalah reasonable dengan portion , berbaloi.


Ini adalah rupa kedai nya. Tempat makan yang sangat selesa dan ada dua ruang , di luar mahupun di dalam berhawa dingin. Parking juga senang untuk dapat. 

Jangan lupa ke sini dan nikmati makanan ala Indonesia ya!

Maklumat lanjut u olls boleh cikedout di Facebook Page : https://www.facebook.com/IndoBowlOfficial/

5 comments

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.