Enchanteur Stunning - Serlahkan Aroma Keanggunan Mempersona

Tuesday, August 29, 2017



Salam u olls ,

Haruman wangian adalah sinomin bagi semua orang tidak kisahlah kepada golongan wanita mahupun lelaki. Cumanya ia lebih menjadi daya tarikan kepada seorang wanita. Ini lagi terbukti dengan sebuah kajian yang menunjukkan wanita yang memakai haruman wangian ini dilihat lebih sensual dan menarik.


Dan untuk makluman u olls , Enchanteur jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari negara Perancis telahpun melancarkan satu lagi rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Dan ianya diberi nama ; STUNNING . Reka betul botol juga telah diperbaharui dengan berkonsepkan EDT ; bentuk badan wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung. Manakala bagi variasi warna pada botol pula adalah berdasarkan wangian flora. Keanggunan botol ini ialah pada penutupnya yang dimahkotakan dengan berbentuk bunga mawar/ros. Di mana menceritakan sebuah simbolik percintaan yang romantik.


Enchanteur Stunning ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia , juga dipertingkatkan bersama kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur dengan kelembutan Sandalwood.


Wangian Eau de Toilette Stunning ini juga datang bersama dengan rangkaian produk - produk lain. Antaranya ; losyen , deodaran dan bedak talkum yang pastinya akan membuat kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum dengan wangian segar ketika sepanjang hari. 


Enchanteur Eau De Toilette boleh didapati pada harga RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml. Manakala Losyen Enchanteur yang didatangi dengan pelbagai jenis saiz pula adalah berharga di antara dari RM5.40 hingga RM17.60. Begitu juga dengan Deodaran Enchanteur samada bentuk stik , bebola atau spray pula bermula dari RM4.90 hingga RM8.40. Manakala bedak Enchanteur , boleh didapati dari harga RM4.40 hingga RM11.80 bagi saiz tertentu. U olls boleh dapatkan produk - produk Enchanteur ini di pasar raya / farmasi berdekatan , dan remain stunning , guys!

Untuk maklumat lanjut ;
Website : www.enchanteur.com.my
Facebook : www.facebook.com/EnchanteurMY

2 comments

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.