Shopping Persiapan Hari Raya Dengan Kempen Cahaya Raya Sambil Menangi Hadiah Lumayan di Shopee

Tuesday, May 16, 2017


Salam u olls ,

Kurang lagi 2 minggu lagi sahaja kita umat Islam nak menunaikan ibadah puasa , mudah - mudahan berkesempatan la semua pembaca blog Ty ni ye. Bila sembang pasal puasa , ada sesetengah antara kita sudahpun siap dengan tempahan baju la , langsir la dan segala persiapan untuk menjelang Hari Raya nanti pula. Tapi ada juga antara kita yang terlalu sibuk dan kekangan masa yang sangat padat , kiranya very the last minute preparation pun ada juga kan? Kita geng bab ni.


Ty nak kongsi sikit ni , walaupun sesibuk mana sekalipun kita mungkin kita kena da "me time". Jadi apa kata u olls curi sikit masa sambil buat kerja lain untuk install applikasi  - Shopee dekat IOS / Android u olls. Sebabnya , u olls boleh membeli belah mahupun menjual dengan mudah secara atas talian dan harga yang berpatutan secepat 30 minit sahaja.


Lepas u olls dah install , u olls dah boleh mula terokai platform setelah mendaftar , membeli belah dan juga menjual apa jua barangan di Shopee. Pencarian barangan yang hendak di cari boleh didapati melalui #hastag ataupun sub kategori yang sememangnya mudah.



Untuk mendaftar , samada u olls boleh login melalui emel ataupun akaun Facebook. Ikut la keselesaan u olls masing - masing. Mudah ja. Semua di hujung jari gitu. Tu dia u olls oi , macam - macam jenis kategori yang ada. Kat sini , u olls boleh mula membuat pilihan untuk membeli belah dengan bijak juga menjual barangan u olls di sini. Kaki shopping pasti jadi tak tentu arah camni walaupun walhal kekangan masa sangat pada awalnya.


U olls , tak rugi sangat lah install app Shopee ni. Sebabnya Shopee selalu buat kontes , mana tau korang bertuah dan boleh menang pelbagai hadiah nanti. Curlas u olls bukan sekadar satu platform untuk membeli belah like shop til you drop ataupun menjana income dengan menjual dan menjanakan side income as seller saja. Tidak kah rasa ini menarik dan berbaloi?


Shopee ini free shipping nationwide , sudahlah barang-barang yang boleh dibeli dengan harga yang murah Shopee tak mengambilkira caj komisen dekat penjual. Pembayaran adalah melalui Shopee , mereka akan berurusan terus dengan penjual selepas pelanggan sudah menerima barangan. Makanya di sini , Shopee menjaga hak pelanggan terlebih dahulu supaya tidak berlaku kes penipuan. Sudahlah kebajikan pelanggan di jaga , Shopee juga akan memulangkan barang dengan mendapat ganti rugi sekiranya kualiti produk tidak sama seperti yang di dalam gambar


Ha ni tambah pula Shopee akan melangsungkan satu kempen terbesar iaitu "Cahaya Raya". Kempen Cahaya Raya ini akan menawarkan potongan harga sehingga 90% dan juga ada pertandingan setiap hari dengan hadiah bernilai sehingga RM50,000 termasuklah wang tunai. Bagi u olls yang membuat pembelian dari Shopee , tak perlu risau tentang servis penghantaran. Ini kerana , Shopee telah bekerjasama dengan Pos Malaysia untuk memudahkan pembelian rakyat Malaysia sepanjang membuat persiapan Hari Raya nanti.


Kempen "Cahaya Raya" ini akan bermula mulai 15 Mei 2017 hingga 30 Jun 2017. Dengan potongan harga sehingga 90% ini , pastinya membuat semua orang dapat menikmati keseronokan ketika membeli belah selama 45 hari itu nanti. Kerana ada 45 Hari dengan Hadiah Kejutan setiap hari juga menanti pembeli. Hadiah yang ada memang gempar kerana bernilai sehingga RM25,000 termasuk TV , HP , Kamera dan banyak lagi


Banyak lagi pertandingan yang dianjurkan juga termasuklah Make s Wish for Mom , Selamat Berbuka Snaps , Teka Teki Berapa Duit Raya yang menjadikan hadiah keseluruhan mencecah nilai sehingga RM50,000!


Ramadan ini , Shopee turut mengambil peluang dengan mendekati komuniti setempat dengan penganjuran Shopee Uni BM Tour dan  Acara Hijab Stars Recharge. Universiti Shopee atau Uni Shopee merupakan bengkel PERCUMA yang dianjurkan untuk mendidik dan memperkayakan pengetahuan usahawan berpotensi untuk menggunakan aplikasi Shopee sebaiknya dalam meningkatkan penglibatan atas talian dan jualan mereka. Kali ini, kelas akan dianjurkan dalam Bahasa Melayu untuk membantu usahawan Bumiputa mendalami aspek teknikal penjualan atas talian. Shopee Uni BM Tour akan dianjurkan di KL & Selangor (17 Mei 2017), Kuantan, Pahang (24 Mei 2017) dan berakhir di Alor Setar, Kedah (6 Jun 2017).


Bagi Acara Hijab Stars Recharge, satu projek usahasama dengan jenama syampu Sunsilk akan berlangsung pada 20 Mei 2017 dengan penampilan istimewa Hijabista terkenal seperti Khadyjah Fhatyah, Sharifah Rose, Ain Edruce, Zamrina Zamrim dan Aqilah Naqlis. Sesi khas yang akan dianjurkan termasuk kelas solekan kening dan penggayaan moden hijab untuk sambutan Aidilfitri akan datang. Selain jenama syampu pilihan hijabista tersebut, Shopee juga akan meneruskan usahasamanya dengan rakan niaga terkemuka seperti AirAsiaGo, Digi, iflix, RHB, Tealive dan Traveloka sepanjang kempen ini sebagai tanda penghargaan dengan hadiah menarik seperti baucar penginapan hotel & penerbangan, potongan harga menarik dan hadiah berbentuk wang tunai.

Okay jom mulakan sesi membeli-belah sempena Hari Raya untuk seisi keluarga di


Jangan lupa install Aplikasi Shopee secara PERCUMA di Google Play dan App Store!
Layari www.shopee.com.my untuk maklumat lanjut.

8 comments

  1. Tiap hari nak masuk Shopee ni, memang berhantulah. Lagi² bila ada promo raya yang diskaun sampai 90% tu, sat lagi penulah troli akak. Hahahaa!

    ReplyDelete
  2. Dah boleh start cari baju raya dah ni...boleh cari kat Shopee lah ni.

    ReplyDelete
  3. Shopee best .. sekali terjebak susah ooo nak keluar tp ok la harga kat sini jauh lebih murahh

    ReplyDelete
  4. Kakfiza nak try usha baju dan shawl la pulak , selalu duk berkenan kat makeup je kt shopee ni.hihihi

    ReplyDelete
  5. gilerrr dok tgk barang rumah huhuuuu kena sound ngan abg,ko nak buat gudang ke apa hahahha

    ReplyDelete
  6. dah 3 barang beli barang dekat shopee..dah sampai semuanya

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.