Menginap Di Apps Hotel , Kuala Selangor Yang Murah

Saturday, April 1, 2017


Salam u olls ,

Masih ingat lagi Ty ada share tempat makan shell-out dekat Kuala Selangor? Boleh scroll entry bawah kalau nak tahu apa yang Ty makan. Ini pula kisahnya Ty bermalam menginap semalam di Apps Hotel tu. Iye lah u olls , jarak dari Putrajaya ke Kuala Selangor agak jauh dan memalam masa dalam sejam lebih.


Apps Hotel memang strategik lokasinya. Selain keunikkannya yang menyediakan hidangan shell-out di hotel. Buat pengunjung boleh menginap selepas penat drive jauh sudahnya pula kekenyangan lepas makan di situ.

Sesungguhnya Ty memang penat dan sebab tu lah Ty amik keputusan nak bermalam sahaja di sini walaupun esok paginya ada badminton game di Bangi.

Sayangnya , kerana Ty terlalu penat. Ty tak dapat nak berjalan-jalan apatahlagi naik bot untuk tengok kelip-kelip. In sha Allah , next time la gayanya. Tapi buat u olls yang ke sini boleh la dapatkan pakej dari hotel ni untuk pengalaman sendiri melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan ni.



Kalau kata bermalam di hotel ni , walaupun bilik Ty ni sedang-sedang saiznya sudah cukup memadai buat Ty yang sorang. Sesuai buat mereka bergelar "backpackers" ataupun mereka yang mahukan tempat untuk berehat. Biliknya lengkap dengan bilik mandi , TV , almari baju dan sudah semestinyalah katil dan tilam juga bantal untuk hanyuy di buai mimpi ke alam fantasi. Tuala pun disediakan ye u olls. Service ironing ada bilik khas lain.

Okay , ini ada satu pakej menarik untuk u olls yang boleh terokai di Kuala Selangor iaitu 'Discover Kuala Selangor Package' yang minimum untuk 30 orang di mana u olls dapat menikmati ;
-1 Malam Penginapan
-1 Sarapan Pagi
-1 Makan Malam
-1 Eagle Feeding & Firely Cruise
-1 Term Joyride
(Bukit Malawati , Nature Park , Fresh Water Fish Aquarium)


Menarik kan? Harga bilik di Apps Hotel serendah RM80/++. Murah dn berbaloi sangat bagi Ty. Nak tempah bilik atau bilik-bilik mahupun dewan bagi mesyuarat atau pun seminar juga boleh. Di sekitar hotel ada kedai rumah yang boleh memudahkan u olls. McD pun ada.

Sebarang pertanyaan ataupun nak buat tempahan , boleh hubungi :
Kishen Sreedharan (Director of Operating & Marketing)
Alamat : Apps Hotel , 12, Jalan Peninsula Utama 1, Peninsula Park , 45000 Kuala Selangor , Selangor Darul Ehsan.
No.Tel : +60332772172 / +60122337725

3 comments

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.