Jom Nikmati Hidangan Lazat Pada Bulan Puasa Di Bangi Golf Resort Restaurant

Wednesday, April 19, 2017


Salam u olls ,

Tak lama lagi buat kita semua umat Islam di Malaysia khususnya akan menunaikan ibadah puasa. Dan mudah-mudahan berkesempatanlah kita bertemu dengan bulan mulia Ramadhan nanti.


Buat mereka yang dah mula nak merancang untuk berbuka puasa bersama keluarga , kengkawan lama atau untuk pejabat dah boleh lah membuat tempahan di Bangi Golf Resort ni. Restoran Bangi Golf Resort (BGR) akan menghidangkan Buffet Ramadhan mulai 29 Mei 2017 hingga 23 Jun 2017 yang mana telahpun mendapat pengiktirafan HALAL oleh JAKIM . Bakal menampilkan sehingga 200 jenis juadah istimewa yang antaranya adalah masakan Ala Melayu , Barat juga Timur. Promosi harga adalah berpatutan bermula RM58 untuk golongan dewasa dan RM28 pula bagi kanak - kanak. Persembahan muzik secara "live" dari jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam akan berlangsung pada setiap hari.

Antara menu utama yang menjadi kegilaan para pengunjung setiap tahun pabila tiba saja bulan Ramadhan pastinya Kambing Bakar dan Sup Kambing Mamak.


Selain menu ini , banyak lagi juadah yang mengiurkan para pengunjung ketika berbuka puasa. Meh tengok apa menu - menu lain yang menarik disediakan oleh chef - chef berpengalaman dari BGR ni ;


Golden Sand Spaghetti Carbonara


Sate Ayam & Daging

Lasagna Ayam

Ayam Bercili Masak Ketumbar

Rendang Daging Taik Minyak

Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato

Ikan Masak Asam Kari

Nasi Lemak

Peri -Peri Chicken Drumlets

Nasi Ayam Hainanese

Pumpkin Soup

Sedap semua makanan , seriously tersandar Ty lepas try satu - satu. Sambal Sotong Kembang  dia u olls patut cuba. Dan juga "Sous Vide Eggs".

Okay , ini pula Ty gerenti menjadi kegilaan ramai. Selain dari hidangan yang agak berat hinggalah ke pencuci mulut , BGR juga ada mempromosikan "Durian Runtuh" di mana pengunjung dapat membeli durian yang di bawa khas dari ladang di Raub , Pahang. Bukan setakat buah durian sahaja yang ada , pastikan pengunjung mencuba Gelato  (Ais Krim) yang berperisa Musang King dan Passion Fruit , Guava , Asam Boi. Yang pastinya pembeli akan mendapat harga dan diskaun eksklusif.


Ty pun jadi hilang pedoman sekejap. Walhal Ty kurang sikit makan durian ni. Mengidam apa tak tahun la , sanggup tunggu giliran. Kekononnya dapat rasa seulas pun jadilah. Sekali rezeki dapat dua pasak , dua - dua belah pula tu ada isi. Senyum sampai ke parkir kereta gitu, Happy girl!

Kredit pic to +Ina Ainaa 

Berita baik lain , bagi para peniaga yang ingin membuka booth juga boleh ambil peluang ini kerana tiada caj bayaran dikenakan.

Seperti biasa , surau berasingan juga ada untuk mereka yang ingin menunaikan solat fardhu. Kawasan parkir sangat besar disediakan dan pengunjung tidak perlu risau tentang isu parkir nanti sebanya hampir 800 semuanya.

Apa- apa pun , u olls jangan lupa untuk gunakan #BGRbuffetramadhan17 pada setiap gambar yang dimuatnaikkan ketika berbuka puasa di sini.

Okay gais , untuk sebarang pertanyaan lebih lanjut bolehlah hubungi ;
Nurul Adira Kamil
H/P : (60)1110575088

Maklumat lain mengenai Bangi Golf Resort Restaurant ;
Alamat : No.1 Persiaran Bandar , Bandar Baru Bangi , 43650 Selangor , Malaysia.
Koordinat GPS : 2.95716N, 10.176518E
Tempahan & Pertanyaan : 1-700-81-8557

4 comments

  1. buah durian tu buat terggoda lebih ni...

    ReplyDelete
  2. satay, nasi lemak, lasagana semua sedap. wajib dtg lagi ke BGR masa puasa nanti =)

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaa durian... abg suka duriannn..

    ReplyDelete
  4. A decent illustration is that wheat can cause gastric agony and swelling – no uncertainty two symptoms that will keep you conscious (and in torment) amid the night. seafood restaurants in mishawaka

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.