Makan Shell Out di Apps Hotel , Kuala Selangor

Monday, March 13, 2017


Salam u olls , 

Okay ini ada berita menarik nak Ty kongsikan dengan orang - orang sekitar Kuala Selangor ataupun bagi pengunjung yang bercuti bersama keluarga dan tersayang seperti ke Taman Alam sambil tengok burung - burung yang dikatakan antara port bagi burung - burung menyinggah terutamanya yang berasal dari luar negara ataupun melihat sendiri keindahan kelip -kelip di Kelip-Kelip Kg.Kuantan juga mungkin selepas bersiar - siar di Pantai Remis.


Ok apa yang menarik ialah kalau nak cari port makan tambahanpula makan shell - out dengan harga berpatutan. Dan kali ni makan di hotel ; Apps Hotel. Rare sangat tawaran dan selalunya pergi makan di hotel mesti sopan takde istilah comot sebab bergarfu dan bersudu. Ini tidak! Be yourself dan enjoy the food , babe! 

Menu shell - out ini didatangi dengan 4 pilihan perisa sos ;

Asam Pedas

Butter Lemon

Kam Heong

Original Cajun BBQ

Dan u olls boleh membuat pesanan dalam bentuk set , ala-carte ataupun "Sizzling". Selepas buat pesanan , nantikan saja staf mereka untuk datang hidangkan masakan pilihan u olls di atas meja dari beg plastik yang berkonsepkan "Sea to table" dan u olls akan disediakan sarung tangan juga alatan untuk nak makan nanti.


Selain main dishes shell - out , ada juga menu sampingan boleh dicuba untuk kudap-kudapan seperti Cheezy French Fries , Honey Chicken Wings , Calamari Rings , Butterfly Prawn , Melawati Banana Split. Dan u olls juga boleh cuba rasa Signature Coconut Prawn , Nyonya Steamed Fish , Fried Crispy Kangkung dan Homamade Pandan Chicken yang telah menjadi menu utama dan "signature" di sini hampir 3 tahun.



Kawasan di sini sangat selesa dengan kelengkapan dan kemudahan yang sangat juga lengkap. Di mana , kawasan parking ada bebas dan tidak sesak. Begitu juga dengan surau yang telah lengkap disediakan bagi mereka yang beragama Islam untuk menunaikan ibadah fardhu. Buat ibu bapa yang ada anak kecil , tidak perlu risau kerana mereka juga ada menyediakan "baby chair".

 

Untuk pengetahuan semua , restoran ini boleh memuatkan hampir 700 orang pada dalam satu masa sekaligus. Sekiranya nak buat family / office / school gathering / event sangatlah memadai dan berbaloi. Boleh juga bermalam di Apps Hotel yang mempunyai kira - kira 100 buah bilik bagi mereka yang datang dari jauh mahupun sekadar berehat. Perjalanan dari KL-K.Selangor melalui Latar Expressway mengambil masa dalam 45 mins.

Bagi u olls yang nak tahu lebih info ataupun membuat tempahan , ini maklumatnya ;

Alamat : Apps Hotel , No.12 , Jalan Peninsula Utama 1 , Peninsula Park , 45000 Kuala Selangor , Selangor DE.
No.Tel : 03-32772172

5 comments

  1. Sedapnya..saja je buat orang terliur..hehe

    ReplyDelete
  2. telan air liur tgk gambar...
    hihi... banyak pilihan...

    ReplyDelete
  3. tak pernah lg tgk shell-out concept dibuat dimana2 restoran di brunei

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.