Aku terima coretan ini dengan...

12:00 AM Yanty Lee 7 Comments


Aku terima coretan ini dengan...

Allahuakbar, besar sungguh dugaaan dan ujian Allah SWT berikan. Seperti insan lain, juga insan biasa yang tak punya apa-apa.

Detik ini, semuanya terhenti. Esok lusa tulat masih mencuba dan menanti tapi sayunya tiada lagi balasan. Sia - sia sudah.

Mengerti akan erti buang dan tidak diperlukan lagi.

Menipu. Terus menipu. Percubaan tuk senyum gelak tawa. Supaya setiap titisan tangisan tidak dihidu yang berada disekeliling. Apatahlagi melihat indahnya erti mesra dan bahagianya setiap hari yang dilaluinya dia dan mereka sekeliling.

Coretan Kisah Kau,Aku dan Kita dicoret 8 Jun itu telah terbaca tanpa niat pada esoknya. Begitu juga dengan kata - kata lain walaupun ada nya telah hilang dek dilenyapkan tuk tatapan bacaan. Terkedu lalu tersedu - sedu menitis air mata , itu sahaja tindakan refleksi yang mampu dan termampu.

Selama ini dan tika ini sayang dan rindu masih menebal. Ya Allah, kenapa jadi begini? Sudah dijelaskan dia pergi untuk dia dan dirinya. Semuanya tak mungkin terjadi antara aku dan dia.

Sumpah. Rindu sangat rindu. Adakah dia masih ingatkan aku di sini? Sampai bila pula tangisan ini akan berterusan? Andai benci , doakan tuk Dia hapuskan nama diri ini pada setiap kali sujud terakhir nanti.

Maafkan aku kerana terlanjur menyayangi dan merindui dirinya. Hari ini hari jadinya , tiada hadiah ratusan ribuan RM tuk dihadiahkan apatahlagi kejutan mahupun sambutan gah tuk diraihkan cuma sekadar ucapan di sini - Selamat Hari Jadi.

7 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Kuala Lumpur Modest Fashion Week 2016 di PICC

8:38 PM Yanty Lee 4 Comments


Salam u olls ,


Untuk pengetahuan u olls , Kuala Lumpur Modest Fashion Week 2016 telah berlansung pada 3 Disember 2016 (semalam) dan 4 Disember 2016 iaitu pada hari ini yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre.



Alhamdulillah  , Ty & rakan blogger KBBA juga blogger - blogger antarabangsa dapat bersama - sama dalam majlis gemilang dan yang pastinya berprestij. Terima kasih kepada pihak penganjur dan penaja utama #KLMFW2016 iaitu Cosmoderm Malaysia.


Cosmoderm adalah produk halal buatan Malaysia yang telah bertapak sejak 15 tahun lamanya. Pengguna produk Cosmoderm ini juga rata - rata dari luar negara Malaysia seperti Singapura , Brunei , Lebanon dan lain - lain. Bagi mereka yang ingin mencuba produk penjagaan kulit dari Cosmoderm boleh dapatkan di Guardin , Wellness yang berhampiran dan juga melalui pembelian online  di www.cosmoderm.com my .


Antara koleksi yang diperagakan pada petang Ahad adalah dari designer Carolina Ferioli , MFA , Nihaan dan lain - lain.


Julung kali nya , Ty berpeluang melihat fashion show Muslimah. Rekaan yang diperagakan adalah sesuai digayakan bagi orang Muslim terutamanya golongan wanita Muslim dengan rekaan moden dan santai.


Pendedahan yang lain buat Ty. Terima kasih Cosmoderm Malaysia atas undangan. 


4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen