Minyak Herba Asmak Sangat Mujarab

7:30 AM Yanty Lee 22 Comments



Salam u olls ,
Pernah tak dengar Minyak Herba Asmak ? Okay bagi yang tak pernah tahu , meh Ty share sikit pasal Minyak Herba Asmak yang mujarab kesannya.


Minyak Herba Asmak dapat membantu merawat ;
- Asma 
- Semput
- Batuk 
- Selesma
- Resdung
- Migrain / Sakit Kepala
- Senggugut
- Sakit Gigi
- Sakit Mata
- Bengkak
- Lenguh
- Tergeliat
- Terkena Api
- Gigitan Serangga
- Luka
- Kembung Perut
- Sembelit / Buasir


Minyak Herba Asmak adalah edaran syarikat MHAMsb yang mana telah menjalani R&D dan dalam proses mendapatkan pengesahan KKM. Kini telah muncul dengan nama dan wajah baru yang isi kandungnya adalah 30ml. Yang menarik dan pastinya , hanya dengan sebotol Minyak Herba Asmak sahaj boleh digunakan untuk seisi keluarga.  Apatahlagi terbukti keberkesanan yang sangat cepat telah membuatkan ramai pengguna berpuashati.

Minyak Herba Asmak ini sesuai untuk semua peringkat umur dari bayi hinggalah warga emas


Cara menggunakan Minyak Herba Asmak ini ;
1. Tebuk lubang pada "stopper" supaya senang digunakan dan jimat .
2. Goncang sebelum guna.
3. Cara paling asas : Sapu di leher dan ke dada , ke tengkuk dan ke belakang. Juga boleh disapu pada tapak kaki.

Cara guna yang lebih terperinci mengikut jenis rawatan ;
1. Batuk & Asma : Sapu dari leher ke dada , tengkuk ke belakang , tapak kaki, labu betis dan bawah pelipat.
2. Demam : Sama seperti batuk tetapi turut sapu di dahi.
3. Selsema : Sapu sedikit dalam hidung (gunakan cotton bud) , atas hidung sehingga ke ubun kepala.
4. Sakit Gigi : Sapu pada bahagian luar pipi dan kawasan gigi (gunakan cotton bud)
5. Sakit Perut : Sapu pada perut, pinggang, labu betis & tapak kaki.
6. Migrain : Sapu disekeliling dahi , tengkuk dan leher.
7. Senggugut : Sapu ketika haid/sakit di bahagian bawah perut (ari2)
8. Resdung : Calitkan dalam hidung , sapu di atas hidung, dahi ke ubun-ubun.
9. Gigitan Serangga , Benjol , Lebam , Lenguh , Ulser , Gatal , Buasir , Tergeliat , Ruam dll : Sapuan pada kawasan berkaitan
10. Bayi : Gunakan seperti minyak telon

Waktu sapuan adalah sesuai selepas mandi , sebelum tidur. Lebih afdal pada Subuh kerana rongga pernafasan luas pada waktu ini.


Kengkawan opis Ty pun mengamalkan penggunaan Minyak Herba Asmak ni, sangat berkesan terutamanya kami yang sering bekerja sepanjang hari di pejabat yang berhawa dingin tetapi cuaca di luar panas mengakibatkan kerap selesma dan kurang sihat yang lebih ke arah demam. Alhamdulillah. Siap urutkan sesama bila terlalu stress dengan tugasan yang ada , berangin - berangin sendawa semua.


In sha Allah dengan izin Allah swt , dan juga penggunaan Minyak Herba Asmak secara konsisten mudah mudahan dapat membantu Ty dan u olls yang menggunakannya lebih sihat , Aamiin.

Yang pastinya jangan dapatkan sebarangan Minyak Herba Asmak diluar sana hokayh. Harga tetap RM39.00 sebotol walaupun dari pengedar Minyak Herba Asmak Mujarab Sdn Bhd  , jika ada yang menjual dengan harga yang lebih ataupun murah bukanlah edaran dari mereka. Jadi pastikan original !

Untuk maklumat lebih lanjut ataupun pengambilan order , boleh berhubung di ;
Hotline : 019-9708897 (HQ)

Testimoni yang menarik untuk u olls cikidout - Minyak Herba Asmak Berkesan Hilangkan Batuk Dalam Masa 2 Jam !!

22 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Jorge Lorenzo - Duta SEND : PLATFORM PENGHANTARAN BARU

4:27 PM Yanty Lee 0 Comments


Jorge Lorenzo bersama CEO ; Dato' TP Chin & Board of Director SEND

Ty ada kongsi dengan u olls pasal SEND pada entri sebelum ni , yang mana tak tahu boleh baca di sini .

Secara ringkasnya , SEND adalah sebuah platform penghantaran yang dalam permintaan masa kini telahpun dilancarkan secara rasmi serta telah mengumumkan Jorge Lorenzo ; Juara Dunia MotoGP 3 kali itu sebagai rakan kongsi perniagaan bersama sekaligus merupakan Duta SEND.

Platform penghantaran ini diasaskan selepas mengenal pasti dengan trend gaya hidup terkini dan dengan adanya applikasi penghantaran ini dapat membentukkan satu komuniti sesama masyarakat.

Dan kini , u olls boleh juga menggunakan platform penghantaran SEND ini dengan memuat turun applikasi SEND di iOS dan Android , yang bertujuan untuk merevolusikan bagaimana orang melakukan penghantaran tersebut. Yang pastinya , item yang telah digunakan dengan platform SEND ini mampu sampai sehingga ke depan pintu rumah penerima dalam jangka masa 2 jam ataupun kurang.


SEND juga percaya bahawa menggunakan platform dan teknologi ini akan memberikan satu kemudahan yang baru kepada masyarakat di mana orang tidak perlu menghabiskan masa yang lama untuk menyampaikan ataupun menerima sebarang barang-barangan mereka dalam masa tertentu.


SEND menyediakan pelbagai jenis kenderaan untuk servis penghantaran yang akan berlaku antara creator , sender dan recipient . Antaranya ialah basikal , motosikal , kereta , van dan lori. Oleh itu , SEND membolehkan orang ramai untuk menggunakan platform ini untuk jenis penghantaran besar - besaran seperti perabot dan menyampaikan produk dalam kuantiti yang banyak.


Sebagai sebahagian kepada visi SEND , Dato' TP Chin juga menyatakan dengan menggunakan platform SEND ini , ianya memberikan lebih orang ramai untuk mendapatkan pendapatan tambahan dengan menjadi SENDer memandangkan kos sara hidup yang kian meningkat saban hari.

Bersama - sama 5 Top SENDer 

Untuk memastikan "creator" dapat mengesan item berada dalam keadaan selamat , applikasi SEND ini boleh memantau pergerakan "SENDer"  dengan sistem GPS serta memastikan kualiti perkhidmatan dalam keadaan yang baik.


SEND telah menetapkan beberapa rancangan untuk mengembangkan lagi pasaran global ini pada masa akan datang. Buat masa kini, SEND hanya beroperasi sekitar kawasan Lembah Klang. SEND telah merancang untuk membawa produk ini ke pasaran Asia pada tahun 2017.

Bagi mereka yang sentiasa sibuk ataupun mempunyai bisnes kecil-kecilan dari rumah mahupun sekadar mengambilkan laundry  , apa kata gunakan khidmat penghantaran SEND terus dengan download sahaja bagi memudahkan urusan seharian dan menjimatkan masa.

Maklumat lanjut :
Telefon : 1-700-81-5516
Alamat : No. 8C, Lorong Teknologi 3/4, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara , Petaling Jaya.

0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Chocolate Deluxe Whitening Facial di Celebriti Secret Spa

2:51 PM Yanty Lee 2 Comments


Salam u olls ,


Tampil cantik antara satu perkara yang sangat sinonim di kalangan golongan wanita terutamanya. Hakikatnya tidak semua wanita yang berkesempatan untuk membuat rawatan penjagaan kecantikan muka , badan dan sebagainya dengan sendiri. Terutamanya , yang bekerja macam Ty ni. Seriously memang tak ada masa sangat. 

Ty baru ni sibuk pindah opis dengan urusan itu ini. Sedar sendiri kulit makin kering siap mengelupas. Mana tak nya , dah kerja kat opis lebih dari 8 jam berair-con lepastu kat luar pula cuaca panas betul. Bila ada promosi dari kengkawan untuk buat facial treatement , terus grab.


Petang hujung minggu dari tak buat apa , Ty ke Celebriti Spa Studio di Shah Alam untuk dapatkan rawatan dan info tentang penjagaan kulit juga muka.

Sebelum rawatan dibuat , staf spa ni mengambil butiran terlebih dahulu dari segi cara penjagaan muka , pemakanan juga kondisi seluruh wajah dan kemudiannya mereka akan cadangkan rawatan apa yang bersesuaian untuk dibuatkan nanti.

Seperti Ty katakan , memang kulit muka Ty sedikit kering. Maka betul sudah jangkaan Ty dan staf spa pun cadangkan untuk lakukan rawatan 1st Trial Chocolate Deluxe Whitening Facial . Menariknya fungsi coklat bukan saja membantu melembabkan kulit tapi boleh mencerah kulit muka juga.


Relax sungguh semasa sesi facial ni , dengan bau coklat rasa nak makan pun ada. Wangi dan menenangkan. Banyak step juga dari sapu sapuan coklat , steam muka , urutan muka dan mata , membuang white head . Jangkaan masa sepanjang rawatan lebih kurang 2 jam.


Kelebihan Facial Whitening Coklat
1. Melembapkan kulit dalam masa 24 jam.
2. Kulit anda akan semakin Flawless
3. Membuatkan wajah gebu dan glowing walaupun tanpa make up.
4. Mengecutkan Jerawat
5. Mengurangkan Minyak pada kulit wajah
6. Parut akan semakin pudar
7. Pori-pori anda akan mengecil
8. Texture kulit akan semakin tegang
9. Diperkaya dengan vitamin-vitamin khas untuk keremajaan kulit anda.

Sangat puas hati. Rasa light dan bersih muka. Walaupun memang kulit tak cerah , tapi nampak lebih berseri lepas dapatkan rawatan ni. Bagi yang nak cuba juga , tengah ada promosi tersangatlah murah. Dengan harga RM68/seorang atau RM120/2 orang boleh dapatkan Facial Whitening Coklat. Selain rawatan facial , ada lain - lain promosi dan rawatan di spa ni. Antaranya ;


Untuk maklumat lanjut tentang rawatan dan promosi terkini , boleh dapatkan di ;
Instagram : @spa_best_murah
Alamat : Celebriti Spa Studio, Jalan Kristal K7/K , Seksyen 7, 40000, Shah Alam, Selangor.
No. Tel : 60 3-5519 4159


2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Jom ke Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016

7:30 AM Yanty Lee 10 Comments



Salam u olls ! Okay ada berita baik untuk u olls yang memang kaki membaca apatahlagi kaki kumpul koleksi pelbagai jenis genre. Bolehlah bawa satu keluarga ke Pesta Lelong Buku Putrajaya yang merupakan pesta lelong buku Bahasa Melayu terbesar di Malaysia dari 21 hingga 30 Oktober 2016 di Dewan Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3. 


Pesta lelong buku ini menampilkan 50 penerbit terkenal tanah air seperti PTS Publications , Telaga Biru , Must Read , Ana Muslim , Dubook Press , Institut Terjemahan Buku Malaysia , Penerbit JAKIM dan ramai lagi yang akan menawarkan harga runtuh serendah RM2 - RM5 bagi sebuah buku dan juga dengan hanya RM1 untuk majalah.

Jadinya , u olls sudah tiada alasan lagi untuk datang dan mendapatkan buku yang bermutu dan murah ini dan semua jenis buku untuk lapisan umur seperti kanak-kanak , dewasa , novel , buku motivasi dan buku agama boleh didapati di pesta lelong buku ini dan nikmati buku - buku yang berkualiti walaupun dalam kekurangan budget kesan daripada masalah ekonomi yang melanda pelbagai pihak. Ini adalah antara inisiatif yang dilakukan oleh pihak jawatankuasa penganjur bagi mengajak serta memupuk minat membaca di kalangan masyarakat di seluruh Malaysia. 


Sebanyak 100 buah booth jualan ditawarkan dan pelbagai aktiviti dan acara menarik seperti busking , ceramah , diskusi buku , pertandingan selfie , pertandingan mewarna dan juga sesi bersama artis terkenal seperti Rabbani , Yatt Hamzah dan Heliza Helmi.


Pesta Lelong Buku Putrajaya dianjurkan selama 10 hari bagi memudahkan pengunjung mengatur masa hujung minggu mereka bagi membawa keluarga bersama. Ruang tempat letak kenderaan yang luas disediakan, ruang pameran yang selesa , kemudahan mesin ATM begitu juga dengan tempat makan.

video

Adanya program-program sebegini juga sedikit sebanyak dapat membantu dalam menyebarkan ilmu yang bermanfaat kepada remaja dan masyarakat di luar sana agar dapat melahirkan generasi yang berakhlak dan berwawasan. Disamping itu juga, Pesta Lelong Buku Putrajaya seperti ini dapat merancakkan lagi usaha dalam meningkatkan jualan bagi para pempamer yang terlibat.

Maklumat lanjut dan terkini tentang Pesta Lelong Buku Putrajaya boleh hubungi 019-3258285 (En. Jaini) atau 013-7007067 (Nurhaziemah). 

Laman Facebook : Pesta Lelong Buku Putrajaya
Hashtag : #pestalelongbuku #dahtakdealasandah

Jom ke sana!

10 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Domino's Pizza - Menang RM15,000 Dengan The Perfect Deal Contest

7:00 AM Yanty Lee 4 Comments


Salam u olls .


Suka makan pizza? Bila dah jemu memasak di rumah mesti u olls pun buat panggilan untuk order pizza terus sampai ke pintu rumah kan? Takpun makan bersama kengkawan di pejabat dsb. Dan kali ni , buat pesanan dengan pembelian daripada set "The Perfect Deal" boleh menang hadiah yang bernilai RM15,000. Menariknya hadiah utama termasuklah 2 buah limited edision SYM Attila Elizabeth automatik skuter. Skuter berwarna biru gelap yang dihiasi dengan emoji.


The Perfect Deal Contest oleh Domino's Pizza dan Pepsi telah dilancarkan sempena The Perfect Deal Meal yang berkombinasikan Fabulous Four dan 2 Domino's Pizza Deal. Setiap pembelian , pelanggan akan mendapat satu 1.5L Pepsi secara percuma. Dengan pembelian ini , akan menerima satu Order ID untuk sertai kontest tersebut.


Fabulous Four adalah kombinasi Roasted Chicken Drummets , Cheesy Mozzarella Stix , Garlic Cheese Onion Rings dan Mini Cinnadots yang berharga RM19.90/kotak. 

Maaf sedap sangat dengan cheese yang padat , yummeyh!





Tu dia , itu baru sikit dari apa yang kami melantak. Bagi u olls yang tak pernah cuba mana - mana menu yang sediada tu cuba taw. Contohnya Ty dengan kengkawan cuba Golden Mexican Chicken. Sedap, macam ayam nugget hanya isi ayam yang di masak dengan sos yang masam manis tapi pedas. Ada lagi 3 jenis lain juga. Dan tak ramai juga yang biasa cuba Banana Kaya Dessert , yang ini memang jadi kegemaran Ty dari sejak Domino's bertapak. Once in lifetime , kena try menu lain.


Yehaa inilah dinamakan membela badan di malam hari dengan derang. Penuh meja , asal dari 2 meja terus panjang berjela jadi 4 meja. Tank perut memang teramatlah penuh. Kenyang sampai esoknya. Tak habis derang je tapau bawa balik , cukup lah tercheat makan melampau sangat.

Terima kasih Domino's Malaysia!

Maklumat lanjut :

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

SEND - Platform Penghantaran Baru

7:30 AM Yanty Lee 4 Comments



Salam u olls ,
Lama menghilang sebab sibuk jadi sender SEND . Hee

Apakah dia la pula benda alah SEND ni ye ? OKey meh Ty jelaskan serba sikit kat korang,

SEND ni satu platform perkhidmatan penghantaran terbaru kepada sesiapa sahaja. Ya , semua orang boleh menggunakannya. Dan juga sesiapa sahaja juga boleh mendaftar sebagai "sender" yang akan diluluskan qualification nya. Maka boleh mudahkan urusan seharian kita juga dan menjana pendapatan lebih.


Menarikkan platform terbaru dari pihak SEND ni. Sangat recommended bagi orang yang sibuk dengan kekangan masa yang terlalu padat. Contohnya seperti dalam video di atas ni. Mungkin juga kamu seorang tak kesempatan nak laundry pun boleh gunakan platform ni. Tertinggal dokumen penting di rumah tapi nak patah balik mungkin tak sempat , apa kata cuba dapat servis penghantaran SEND.

Kenapa perlu dapatkan perkhidmatan SEND ?


Ha , ini adalah jawapan nya. Memang sentiasa di pantau pengerakkan lalu lintas sekitar Lembah Klang bagi memudahkan sender untuk sampai ke destinasi dengan lancar.

Jenis - jenis pengangkutan yang disediakan bagi servis penghantaran oleh SEND pula adalah ;

- Basikal
- Motorsikal


- Kereta


- Van


- Lori

SEND pastinya satu aplikasi output yang dilihat dapat memberi kesan luar biasa dan menguntungkan semua  pihak kerana ia adalah satu gelombang besar dalam industri penghantaran.

TP Chin ; Founder & CEO semasa soft launch

Bagi mereka yang ingin mencuba perkhidmatan dari platform SEND mahupun menjadi sebahagian dari ahli SENDER boleh dapatkan maklumat lebih terperinci di ;

Website : http://www.sendelivery.com/
Facebook : https://www.facebook.com/SENDpage/
Telefon : 1-700-81-5516
Alamat : No. 8C, Lorong Teknologi 3/4, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara , Petaling Jaya.

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Brace Beaute - Brace 8 Slimming & Whittening

9:28 AM Yanty Lee 1 Comments


Salam u olls , 


Pernah dengar produk terbaru keluaran Brace Beaute ? Okay buat yang tak tahu tu meh Ty share sikit dengan korang semua. Especially buat mereka yang nak slim down dan cerahkan diri . Ty dah cuba rasa untuk seminggu dan kesannya Ty cepat kenyang. Seriously tak sabar pula nak tunggu sebotol 300g berperisa Coklat ni habis dan tengok hasilnya.


Cara Penggunaan/Pemakanan
Ambil 1 satu scoop/5gram sehari dan kemam pada bawah lidah. Paling sesuai di ambil sebelum makan dan selepas makan setiap malam. Dan pastinya lepas mengambilnya kenalah banyakkan meminum air masak atau mineral 3 liter sehari dan makan banyak buah dan sayur-sayuran. Jauihi minuman berkafein 3 in 1 atau bergas.

Kandungan
1. Collagen
· Mempercepatkan kadar penyembuhan kulit mati
· Memperbarui sel kulit
· Melembutkan kulit

2. Teh Hijau
· Menurunkan kadar kolestrol dalam darah
· Anti Oksidan dan awet muda
· Merangsang penurunan dan membakar lemak secara semulajadi

3. Garcinia Combogia
· Merawat masalah perut buncit 
· Menghilangkan pembentukan lemak asid (lipid synthesis)

4. Hoodia
· Memperbaiki metablisma tubuh badan
· Membantu mengawal selera makan

5. Guarana
· Sebagai suplemen untuk menu diet menurunkan berat badan.
· Meningkatkan stamina dan tenaga tubuh.
· Melancarkan sistem pencernaan

6. Aloe Vera
· Mempercepatkan kadar penyembuhan pada permukaan kulit yang luka
· Menghilangkan pigment hitam dan melicinkan kulit


Memandangkan ini produk baru , ejen diperlukan. Dan bagi korang yang nak jana pendapatan lebih boleh lah cuba. Keuntungan sehingga RM40-RM80 dengan setiap 1 pakej terjual. Brace Beaute juga dapat memberikan korang menjana RM1500 -RM3000 sebulan dengan bermodalkan serendah RM198. Jadi sesiapa sahaja boleh berniaga online mahupun offline bersama Brace Beaute. Jom jadi Agent Affiliate Dropship Brace Beaute.

Untuk makluman lebih lanjut :
Telefon : 01116840717
Harga Brace 8 Slimming : RM210 sebotol

1 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Sekolah Tahfiz Ilham RizQ (RIS) Bertaraf Antarabangsa

7:30 PM Yanty Lee 5 Comments


Salam u olls,

Dah nak hujung tahun, sekejap je masa pun datang dan pergi. Nak pula kita melangkah ke tahun baru nanti. Persiapan pun mungkin sudah ada, terutamanya bagi keluarga yang mempunyai anak. Lebih kepada urusan kemasukkan ke sekolah.

Majoriti masyarakat kita beranggap sedikit negatif apabila disebut tentang sekolah "Tahfiz". Mind set yang lebih kecendurungan kepada terlalu Islamiah dengan suasana pengajaran di pondok dan serba serbi tidak berapa lengkap. Begitu juga dengan Ty yang membayangkan anak-anak murid berpakaian serba putih dari kepala berserban hingga la berjubah.


Tapi berlainan pula konsep di Sekolah Tahfiz Ilham RizQ Islamic School yang baru di buka di Sungai Ramal Dalam, Kajang. Yang mana sebuah sekolah yang diberikan transformasi bernafas baru.

Silibus pembelajaran selain pembelajaran subjek-subjek Islam seperti hafazan dan hafalan Al-Quran juga disediakan kaedah pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan juga subjek yang diambil daripada Jabatan Agama Islam (JAIS) seperti Tauhid, Fekah,  Akhlak,  Sirah,  Khat dan Imlak.




Dan keunikkan sesi pembelajaran di sini lebih kepada bermain sambil belajar. Yang mana dalam masa pelajar bermain mereka juga dapat mengenal, menghafal mengira secara tidak langsung dan mereka masih dipantau oleh tenaga pengajar.





Sekolah ini cuma mengehadkan hanya 20 orang pelajar bagi satu kelas ketika sesi pembelajaran dan bahasa pengantaraan adalah Bahasa Inggeris. Penggunaan iPad Apple di dalam kelas semasa pembelajaran yang mana pihak sekolah telahpun sediakan.


Untuk makluman, peperiksaan besar seperti UPSR dan PSRA boleh diduduki di Sekolah Tahfiz Ilham RizQ Islamic School begitu juga dengan calon luar kerana telah digezetkan sebagai tempat peperiksaan.

Gym

Locker pelajar

Padang

Ilmu Falak, Astronomi, Robotik juga diketengahkan sebagai pendedahan kepada pelajar. Pelajar juga diajar untuk lebih peka dengan persekitaran dengan laluan di seluruh sekolah dengan membezakan maksud warna yang diwarnakan pada lantai. Contohnya di kawasan tandas, lantai berwarna biru di mana pelajar tidak boleh berlari dan perlu berhati-hati.

Zon berwarna : Tandas

CCTV

Pihak sekolah juga sentiasa memastikan isu keselamatan seperti pemasangan CCTV bagi mengawal apa jua situasi yang tidak diingini berlaku. Pengawal pondok juga sentiasa mengawal masuk keluar yang ketat.

Kantin

Cafe

Ruang makan di kantin

Science Lab

Pihak sekolah ini tidak menyediakan asmara untuk pelajar. Lebih tertumpu kepada mereka yang berdekatan dengan sekitar kawasan Kajang. Sesi persekolahan adalah dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada setiap hari. Dan pihak ibu bapa boleh menghantar pelajar seawal 6.30 pagi dan menjemput selewat-lewatnya sebelum jam 6.00 petang.


Bagi ibu bapa yang berminat untuk mendaftarkan anak - anak di sini, boleh berbuat demikian yang akan mula beroperasi pada Januari 2017 nanti. Kepada 100 orang pertama, yuran pendaftaran sebanyak RM580/sebulan diberikan berbanding harga asal iaitu RM600/sebulan.

Sekiranya berminat dan inginkan maklumat lebih lanjut. Dapatkan info nya di ;

Website : www.rizq.edu.my
Telefon : +60389120447 / 0189611615

5 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen