Tips Bercuti Dan Menginap Hotel Di Kuala Lumpur Dengan TRAVELOKA

10:34 AM Yanty Lee 5 Comments


Salam u olls ,


Kalau orang datang bercuti di Kuala Lumpur mesti tumpuannya lebih kepada tempat membeli belah. Dari pusat membeli belah mewah macam Pavillion dan Publika juga ke butik - butik pakaian berjenama seperti Ariani, Bella Ammara mahupun membeli keperluan perayaan atau perkahwinan sekitar Jalan TAR. Tak dapat dinafikan Kuala Lumpur umpama syurga membeli belah.


Di Kuala Lumpur , tempat makan pun banyak. Name it saja nak makan apa, pasti ada. Bak kata orang, Kuala Lumpur ni memang lengkap serba serbi, macam-macam ada. Yang tak de pun boleh jadi ada u olsssss!!

Okay u olls , kali ni Ty nak kongsi sikit tips mencari hotel in Kuala Lumpur yang mananya bila nak bercuti nanti boleh sangatlah gunakan perkhidmatan tempahan hotel juga flight dari Traveloka. Gitu , tips kononnya. Tapi seriously beb , website ni memang gempak best sesangat!

Macam yang u olls tahu , hotel - hotel yang banyak variasi dari yang bajet motel, hotel biasa-biasa hinggalah ke hotel yang bertaraf 5 bintang. Dan lokasinya pun di merata-rata tempat, di mana-mana ada je hotel, memang banyak u olls. Cumanya bagaimana untuk memilih hotel in KL yang menarik, selesa dan bersesuaian dengan bajet kita.

Begitu juga dengan tujuan asal dan apa tentatif program sepanjang bercuti tu. Lokasi menginap dengan tempat yang bakal dikunjungi tu juga memainkan peranan supaya pergerakkan bersama keluarga mahupun kengkawan lebih teratur. Dan bila semuanya in order kekdahnya , bolehla klik terus ke https://www.traveloka.com/en-my/ untuk membuat tempahan hotel terus. Dah tak payah nak berhubung melalui telefon mahupun e-mel untuk semakan kekosongan bilik. Sekarang semuanya di hujung jari , mudah , murah dan menjimatkan ongkos juga masa je u olls. Yang pastinya, diskaun ditawarkan juga berbaloi. Memang boleh sangat nak berjimat dan kenapa perlu membazir, betul tak? Gitu!


Bila u olls dah masuk ke website Traveloka ni, masukkan destinasi yang dah dipilih berdasarkan tujuan ke KL tadi contohnya seperti BUKIT BINTANG, KOTA DAMANSARA, SUNWAY dan sebagainya. Yang penting mesti lokasi yang tepat. Kalau taip KUALA LUMPUR MALAYSIA pun boleh, cuma nanti senarai hotel nya panjang berjela. Jenuh pening pulak nak pilih yang mana satu. Jadi lebih specific bagi mudahkan u olls terus membuat pencarian dan tempahan.

Seterusnya , u olls masukkan tarikh check in dan duration nights. And lastly terus tekan ‘Search Hotels’. Ty buat contoh hotel di kawasan BUKIT BINTANG. Cer u ols tengok ade berapa total hotel di BUKIT BINTANG, Kuala Lumpur Malaysia. Banyak u ols, 218 hotel tuuu ! Scroll je lah dan pilih la nak yang mana dan berkenan di hati jua mata. Kalau nak terhadkan senarai, boleh lah filter “star rating” tu.


Bila semua dah confirm, guest details dah fill in, next is PAYMENT . Online payment macam maybank2u, cimbclicks, paypals dsb. Bab payment nih, jangan risau lah. In sha Allah , semuanya selamat. Macam kita biasa shopping online tu.

Last sekali, bila Traveloka dah confirm tentang e-payment, u olls akan terima email daripada Traveloka di mana e-voucher tu kena print untuk tujuan check-in nanti semasa tiba di kaunter reception hotel yang di tempah tu. Jangan tertinggal kang tak pasal takde lagi bilik nak menginap pula. Ahaks!!

So u olls, additional tips bile nak bercuti tidak kira ke mana, lepas anda confirm tujuan dan lokasi, kalau boleh, elakkkan lah waktu-waktu puncak, seperti, cuti sekolah, public holiday ataupun based on cuaca.  Sebab waktu-waktu puncak ni la harga pun akan sedikit tinggi. Walaupun I olls bujang mesti nak berjimat juga kan. Opps!

Plan your holiday wisely, early and steady. Jom bercuti bersantai sesama u olls! Let's plan and had a wonderful holiday!

5 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Bercuti Santai di Bayou Lagoon Park Resort , Melaka

5:16 PM Yanty Lee 3 Comments



Salam uolls ,

Cuti hujung minggu baru ni , Ty dengan kengkawan bujang gi bercuti ala santai di Melaka. Dan kami menginap di Bayou Lagoon Park. Tempat menginap kami ni bukan berlokasi di tengah bandar cuma beberapa minit saja dari exit Tol Ayer Keroh dan hanya 20 minit sahaja dari pusat bandar Melaka.



Kami menginap di Tahiti Villa Apartment di bilik studio yang luas. Lengkap semuanya seperti gambar yang Ty snap. Di sini ada juga Apartment - 2 bilik tidur dan Pangsapuri - 3 bilik tidur yang terletak pada bangunan yang diberi nama Amari Villa dan Tahiti Villa.


Yang pastinya , kalau rasa lapar ada kedai makan Melayu hidangan nasi campur , asam pedas dan western yang murah ada berdekatan sahaja.





Bayou Lagoon Park Resort ini ada taman tema yang mana menyediakan aktiviti reaksi dan bersantai bersama keluarga / kengkawan. 2 bahagian aktivti yang telah disediakan iaitu kawasan basah - Taman Air dan kering pula seperti Dragon Coaster , Bumper Car dan banyak lagi.


Bayou Coffee House memang cozy dan selesa. Juga menyediakan makanan dan masakan tempatan dan tempatan untuk sajian buffet sarapan pagi setiap pagi. Pilihan masakan bagi ala-carte juga disediakan.

Selain aktiviti luar seperti di taman tema air , antara aktiviti lain yang ada juga di Bayou Lagoon Park Resort boleh juga pengunjung nikmati seperti Splashing Water Run dan Magic Art Museum (3D).


Nikmati teater 9D yang dilengkapi dengan laser blaster dan 3D glasses juga duduk di atas kerusi yang bergerak menjadikan teater yang ditonton lebih nampak real.


Di muzium ini , lukisan yang ada nampak real juga! Apa yang menariknya di sini , pengunjung boleh bergambar dengan macam - macam aksi yang menarik.

Bagi yang berminat dan ingin bersantai dengan keluarga / bersama tersayang mahupun kengkawan , bolehlah ke sini nanti. 

Maklumat untuk makluman dan dihubungi bagi tempahan :


Bayaran Kemasukkan
Hari Biasa/Bekerja
Dewasa : RM22.00
Kanak-kanak : RM16.00
Warga Emas : RM11.00 (55 tahun ke atas)

Sabtu , Ahad , Cuti Sekolah & Cuti Umum
Dewasa : RM28.00
Kanak-kanak : RM20.00
Warga Emas : RM14.00 (55 tahun ke atas)

PERCUMA bagi kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah.

Tel: +06-233 0888 | +6013-286 8750

#Water park akan di tutup pada setiap hari selasa kecuali pada cuti sekolah dah juga cuti umum
#Swimming pool di buka setiap hari untuk house guest .

3 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Masakan Malaysia di Nine Chefs IOI City Mall Putrajaya

9:35 AM Yanty Lee 11 Comments


Salam u olls ,


Kali ni Ty nak kongsikan dengan u olls semua satu tempat makan yang memang menyajikan menu masakan yang di bawa dari seluruh Malaysia. Yang pastinya sememangnya sedap belaka , umpama makan oleh masakan air tangan orang lama - lama. Resepi dan ramuan memang asli. Dan semuanya ada di Nine Chefs , IOI City Mall Putrajaya.

Seriously , Ty ingatkan ada 9 orang chef yang sedang bertukang di dapur tapi rupanya beberapa jenis menu dari seluruh Malaysia aje. Dengan laparnya lepas balik dari kerja , Ty dengan kengkawan memang makan sampai tersandar tanda kenyang dan puas hati.

Antara menu makanan yang Ty dan kengkawan menlantak ;

Fried Salted Egg Squid - RM28.90
Memang suka sangat menu ni , tak muat langsung boleh aje buat ratah.

Deep Fried Siakap wuth Tiga Rasa Sauce - RM54.90
Mungkin menu biasa dapat kat kedai-kedai tomyam siam / kelantan kat luar kan tapi ini memang marvelous.

Seafood Tom Yam Soup - RM23.90
Ini pun memang sedap sebab menepati citarasa Ty , tak cair / ceroi. Puas menghirup!

Stir Fry Kangkung with Belacan - RM16.50
Tak terkata apa , pekena dengan nasi panas memang terangkat.

Deep Fried Soft Shell Crab with Butter Creame Sauce - RM45.90
OMG! Tersangat la yummy buttery soft shell crab ni , seriously tak muat langsung - langsung!

Itu antara menu yang boleh makan bersama kengkawan dalam 4 orang. Memang puas dan kenyang sesangat u olls. Tapi kalau kata u olls nak makan menu makanan ala carte pun ada. Dan pastinya , portion dan harga sangat berbaloi juga mengenyangkan.

Nasi Minyak with Lamb Shank Masala - RM45.90
Pengemar makan kambing , sila order menu ni. Sangat recommended sebab isinya sangat juicy dan gerenti puas hati habis la u olls.

Australian Rib Eye Steak - RM47.90
Ramuan yang diperah pada daging memang sangat menggoda untuk makan lagi dan lagi. Speechless!!

Oreo Cookie Milkshake - RM12.90
Minuman yang Ty order rupanya antara yang pemes dan menjadi pilihan. Puas minum , tak muat dan terlalu manis. U olls wajib try , OK?!

Pisang Cheese Combo - RM16.90
Gabungan mantop , pisang panas - panas disalut dengan cheese , coklat , oreo , milo etc.
Bersantai sebelum/selepas makan sangat meletops , uolls.

U olls , menu masakan semua ini ada dari seawal sahaja restoran ini beroperasi sehingga ke malam sebelum closing. Jadi kalau pepagi dah craving masakan ala kampung semua ni boleh la singgah ke Nine Chefs !




Maklumat lanjut :
Nine Chefs 
GE11 , Ground Floor ,
Symphony Walk , 
IOI City Mall , 
Lebuh IRC , 
IOI Resort City , 
62502 Putrajaya.
Waktu perniagaan : Ahad-Khamis : 10pagi-10malam / Jumaat-Sabtu : 10pagi-11malam

Wajib tau u olls singgah dan cuba sendiri. Sometimes treat yourself with lovely superb delicious food and makes your tummy happy.

11 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Eksplorasi Kepulauan Mersing dengan Oh Jalan

9:58 AM Yanty Lee 11 Comments


Salam u olls ,

Kalau sebut pulau di Pulau Rawa mesti ramai yang teringin nak pergi. Tambahanpula bila viral dengan betapa cantik dan menarik pulau tu , bukan? Begitu juga satu masa ada hebah tentang Pulau Harimau yang mana dikhabarkan tidak lagi dibenarkan orang awam datang. 

Entri kali ni Ty nak kongsi pengalaman Eksplorasi Kepulauan Mersing yang membawa kami rakan media sosial ke sana bersama pihak penganjur Oh Jalan . Hampir 6 pulau yang telah diekplorasi dalam sehari.

Ekplorasi bermula pada hampir jam 12tengah malam dari TBS dengan menaiki perkhidmatan kereta sewa - Hyundai Starex yang di taja oleh KLEZCAR.

KLEZCAR ; menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk sekitar kawasan Kuala Lumpur (KL) dan seluruh Malaysia pada kadar sewaan yang berbaloi mengikut pilihan jenis kereta.

Perjalanan selama hampir 4-5jam dan kami singgah solat Subuh di Masjid Jamek Bandar Mersing dan sarapan pagi sebelum ke jeti dan memulakan ekplorasi di pulau - pulau yang ada di Mersing.

Jeti Penumpang Mersing : Gerak dulu , pape roger. Eh! Ekplorasi pun bermula.

Ty dan rakan sosial media / blogger di bawa ke tiga (3) pulau "private" terlebih dahulu yang mana pulau ini tidak dibukakan / dibenarkan untuk orang awam singgah dan melakukan sebarang aktivti air dsb.
Antaranya :

Pulau Harimau - Tompokan seperti lumut atau bukit lalang dan gua paras laut pada pulau ini yang menjadikan ia satu pulau yang unik dan cantik. (hanya bergambar dari atas bot)

Pulau Mensirip - Mempunyai gua dan pulau yang berbatu. (hanya bergambar dari atas bot)

Pulau Gual - Terdapat pintu gua di hadapan yang menembusi di belakang. Di dalam gua ini terdapat pasir putih yang sangat cantik. (hanya bergambar dari atas bot)

Cantik sangat ketiga - tiga pulau ni. Sayangnya kami hanya mampu singgah dan melihat kecantikkan dan bergambar di atas bot saja.

Tapi kami tidak kuciwa , sebabnya kami dibawa ke tiga (3) pulau yang boleh singgah dan melakukan aktiviti air. Eksaited masing-masing. Ok jom ekplorasi dan get tanned together!

Pulau Hujung adalah pulau pertama kami mendarat dan singgah untuk aktiviti snorkeling. Dan pulai yang paling lama kami singgah kerana permandangannya sangatlah teramat cantik tambahpula dengan kecantikan coral dan kejernihan airnya. Terdapat juga pantai terbiar di Pulau Hujung yang boleh dijadikan tempat bersantai selepas penat ber'snorkeling'. Walaupun terbiar namun kejernihan, kehalusan pasir pantai dan keindahannya terpelihara. Terdapat beberapa rumah kayu usang yang telah lama ditinggalkan dan dijadikan sebagai pitstop pengunjung apabila ke sini.







Its Maldives Malaysia gitu. Berposing maut masing-masing, cantik sangat bukan? Dan kami dibekalkan makanan tengahari , lepas mandi dah penat , isi la perut dulu sebelum ke pulau seterusnya.

Pulau Tengah antara pulau nya ada batu - batu. Di sini tidak mempunyai pasir yang halus seperti Pulau Hujung, sebaliknya hanya berbatu-batu halus dan tajam.  Boleh berjalan merentasi maksudnya. Bagi yang juga minat aktiviti lasak , boleh hiking ke atas puncak pulau ini. Juga sesuai untuk dijadikan tempat untuk snorkeling. Selepas ber’snorkeling’, singgah di salah satu pantai terbiar di Pulau Tengah. Namun bentuk geografinya yang unik menjadi satu tarikan kepada 'photo traveller'.






Kalau buat photoshoot memang cun melecun  habis. Cantik sangat pulau ni. Dah tak kisah dek sinar terik matahari. We get high with the view and scenary.

Pulau terakhir kami singgah ialah Pulau Besar. Di sini ada beberapa buah chalet untuk pelancong menginap. Dan terdapat juga sebuah perkampungan yang mana juga bole membuat lawatan di sekitar kawasan perkampungan ni. Sebuah pulau yang tempat snorkeling yang paling best dan menarik. Persekitaran Pulau Besar lebih terjaga dan lebih menarik kerana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pemilik-pemilik resort di sini




Memamg patut - harus - sunat dan wajib sesangatlah u olls jot down dalam wishlist untuk ke sini. Rugi sangat , Malaysia ada lagi tempat cantik-cantik kenapa tak explore habis-habisan.


PAKEJ EKSPLORASI KEPULAUAN MERSING OLEH OH JALAN:
Pulau Harimau, Mensirip, Gual, Hujung, Tengah, & Besar.

Moh sertai kami pada tarikh-tarikh eksklusif berjadual di bawah, khas oleh Oh Jalan; (saguhati istimewa menanti anda pada tarikh-tarikh ini).
6 Aug, 27 Aug, 3 Sept, 24 Sept, 8 Oct, 22 Oct, 5 Nov & 26 Nov.

ATAU

Tarikh pilihan anda sendiri jika 'group' anda bersaiz antara 8-11 orang.

Tempah percutian anda sekarang hingga 5 Ogos 2016 untuk Harga Promosi Istimewa!!

Pakej A [Day Trip]
RM188 RM168 / dewasa
RM138 RM118 / kanak-kanak (3-12 tahun)

Pakej termasuk:
- Travel coordinator dari Oh Jalan
- 1 hari trip 'island-hopping' ke 7 buah pulau Kepulauan Mersing (Bersiar ke Harimau, Gual & Mensirip dan snorkeling di Hujung, Tengah & Besar)
- Bot 'chartered' khas 
- 1 sarapan pagi
- 1 makan tengahari
- Set snorkeling

Pakej B [2H1M]
RM248 RM228 / dewasa
RM178 RM158 / kanak-kanak (3-12 tahun)

Pakej termasuk:
- Travel coordinator dari Oh Jalan
- 1 hari trip 'island-hopping' ke 7 buah pulau Kepulauan Mersing (Bersiar ke Harimau, Gual & Mensirip dan snorkeling di Hujung, Tengah & Besar)
- Bot 'chartered' khas 
- 1 sarapan pagi
- 1 makan tengahari
- Set snorkeling
- 1 malam penginapan di hotel sekitar Mersing

MAKLUMAT LANJUT, HUBUNGI:
Team Oh Jalan
Tel: 016-772 4594

Terima kasih Oh Jalan!

PENAJA-PENAJA PROGRAM EKSPLORASI KEPULAUAN MERSING:
1. Penaja pengangkutan (Hyundai Starex) - KLEZCAR (HQ).
KLEZCAR serupakan syarikat sewa kereta yang mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia. Harga sewaan yang ditawarkan adalah dengan harga yang murah dan berbaloi dengan wang ringgit, terutama untuk sewaan kereta sekitar Kuala Lumpur. Jika anda seorang yang rigid dengan bajet, maka pilihan KLEZCAR bolehlah menjadi satu keutamaan bagi anda. Ada pilihan pelbagai, dari sekecil Viva sehinggalah ke kereta mewah seperti Vellfire.


KLEZCAR MALAYSIA (HQ)
Suites A-9-1, Northpoint Office, Tower­ A,
Mid Valley City, Medan Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 1-300-88-4040

2. Penaja penginapan - Hotel Bluewater, Mersing.
Hotel Bluewater, Mersing merupakan antara hotel yang menawarkan harga sewaan mampu milik. Rekaan dalamannya yang moden namun simple sangat sesuai untuk mereka yang mencari hotel bajet namun selesa untuk dijadikan sebagai tempat penginapan sementara apabila berkunjung ke Mersing. Terdapat pelbagai jenis bilik untuk dipilih antaranya; bilik berdua, bertiga dan berempat. Kedudukan hotel ini yang berada di pusat bandar Mersing menjadikan ia hotel pilihan ramai kerana terdapat pelbagai kemudahan yang berhampiran dengan hotel, antaranya; kedai makan, bank, kedai runcit, kedai dobi dan lain-lain lagi.


HOTEL BLUEWATER, MERSING
38, Tingkat 1 & 2, Jalan Jeti,
Bandar Tepian Sungai,
86800 Mersing, Johor.
Tel: 07-799 5535

3. Penaja makanan - Restoran Tepian Bendang, Air Papan.
Restoran Tepian Bendang terletak di tepi jalan utama menuju ke Air Papan. Dibuka dari pukul11 pagi sehingga 11 malam. Antara menu yang istimewa di sini adalah Asam Pedas & Kari Kepala Ikan (makan tengahari) dan Mee Bandung (makan malam). Rasanya tidak lengkap sekiranya ke sini tetapi tidak mencuba menu istimewa mereka. Lokasinya yang dikelilingi sawah padi menjadikan ia satu tarikan pengunjung yang gemarkan suasana santai dan damai. Harga yang murah dan berbaloi juga menjadikan restoran ini menerima pengunjung yang tidak putus setiap hari.


RESTORAN TEPIAN BENDANG, AIR PAPAN
Jalan Kampung Air Papan,
86800 Mersing, Johor.
Tel: 019-773 6655 / 019-729 0001
Waktu operasi: 11 pagi - 11 malam

4. Penaja pakaian - Print D Tee Studio
Print D Tee Studio merupakan syarikat percetakan baju yang berpusat di Kemaman, Terengganu dan telah beroperasi sejak tahun 2013. Terdapat pelbagai jenis cetakan yang ditawarkan, antaranya; cetakan silkscreen, heatpress, direct to garment (DTG), sulaman dan custom-made. Harga yang ditawarkan juga adalah mampu milik.


PRINT D TEE STUDIO
K-13550, Tingkat 1, Desa Solehah,
Kampung Mak Chili Paya, Chukai,
24000 Kemaman, Terengganu. 
Tel: 014-514 1022
Waktu operasi: 9 pagi - 6 petang (Ahad-Khamis)

11 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen