Berbuka Puasa dengan Zespri Kiwi Fruit

8:00 PM Yanty Lee 3 Comments


Salam u olls , 

Tak dapat dinafikan yang sepanjang bulan puasa tahun ni , Ty banyak attend event Iftar di luar. Macam - macam program. Termasuklah berbuka dekat opis sambil menghadap kerja yang ada dateline. Cumanya dalam banyak jenis hidangan juadah berbuka , kali ni Ty berbuka dengan makanan dan minuman berkhasiatdan lebih sihat pula.

Sampai saja brader delivery , terharu sangat sebab bersusah payah dia cari rumah Ty. Kecian dia tak tahu samada dia sudah berbuka ke tak tapi takkanlah Ty nak hajak dia masuk umah kan? Sumpah sendiri blank , dia senyum dan bagi je pek berbuka Ty dan gerak aka blah. Uwargghh serba salah cheq.

Thank you , bruh!

Berbuka dengan Zespri Kiwifruit Smoothie yang sememangnya memang terangkat baq hang. Dan makanan yang berkhasiat daripada DahMakan.com . Walaupun korang nampak macam simple , tapi sebenarnya Ty sangat kenyang dengan menu healthy ni. Sedap sangat Almond Crusted Salmon with Chunky Potato Mash and Orange Blur Blanc ! 

Nak juga pek makanan dan minuman sihat macam Ty?
Dapatkan di : - Zespri Share a Kiwi & Dah Makan !!!

Selamat menunaikan ibadah puasa yang tinggal just few days.

3 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Iftar dengan Fresh to Go dari 7 Evelen

1:54 PM Yanty Lee 5 Comments


Salam o lls,

Okay dah nak hujung bulan puasa ni , ada juga yang akan mulakan perjalanan jauh dengan mood balik kampung . Bestnya korang dapat cuti raya kan...


Kalau mana yang terkandas dalam kesesakkan lalu lintas atau flight delay ke apa - apa yang besar kemungkinan u olls tak sempat nak bersahur / berbuka puasa tu apakata dapatkan makanan dan minuman Fresh to Go dari 7Eleven.


Macam baru ni , Ty dengan kawan terkandas sekitar KL sebelum sempat hantar dia balik Cheras. Sebabkan traffic jem giler dengan hujan. Kami sempat singgah 7Eleven dan beriftar bersama geng blogger yang lain.

Ayam Rendang dengan Nasi

i . Sandwich Chicken Meatloaf with Egg Spread
ii. Sandwich Chicken Meatloaf with Potato & Omelette
iii. Sandwich Chicken Mayo Salad Wholemeal

Spagethi Chicken
Sempatlah grab "some" food untuk beralas perut masa berbuka puasa. Tapi ada macam - macam lagi yang korang kena cuba.


Yang mana kerap mendapatkan barangan dari  7 Eleven tu , pastikan korang ada 7 Eleven Card . Sambil membeli tu dapat kumpul mata , dengan setiap pembelian RM3.00 ke atas akan terima 1 mata yang mana boleh ditebus barangan eksklusif online juga digunakan untuk pembelian di mana - mana sahaja outlet 7 Eleven. Kumpul dan semak mata yang terkumpul dekat www.Bcard.com.my .


Memandangkan di bulan yang mulia ni , satu program Semurni Kasih 2016 oleh pihak 7 Eleven telah dijalankan bagi membantu pada mereka yang memerlukan . Buat korang yang juga inginmenghulurkan bantuan / sumbangan sangatlah digalakkan. Hampir 1897 kedai 7 Eleven seluruh Malaysia terlibat dan boleh singgah untuk sumbangkan sumbangan terus pada kotak sumbangan yang sediada. Sumbangan akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan. 

Maklumat lebih lanjut boleh dapatkan di :
Website : http://www.7eleven.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/7ElevenMalaysia

5 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Dapat Langsir Raya

11:10 AM Yanty Lee 2 Comments


Salam u olls.

Yahoooo...dapat call dari Mummy Daddy katanya nak bagi tudung tingkap merangkap langsir .  Rumah sini pun mood raya rupanya.

Bila disuruh ukur tinggi dan lebar tingkap , dengan yakin dapatkan pita pengukur dan ukur tuk dapat ukuran.

Grab my phone and call them back..

Daddy yang jawab. Dengan confident level tinggi , i olls bagitau bacaan. Daddy tanya balik , bacaan dalam "kaki" ka? I said YES.

He started to laugh , mummy too. (Sah loudspeaker)

Daddy tanya , "Girl,you nak buat rumah ka? That length lagi besar dari your house". Mummy take over the conversation , gelak tak leh blah. Siap suh baca lagi sekali betul-betul. 


Damn! Aku yang mamai bangun tidur bangun tidur salah baca ukuran. Arghhh.. janji dapat langsir ribuan Ringgit Malaysia dari poket mummy. 

#semuorangsibuknakrayakitasibukkerjarehatpuntakcukup

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Spagethi RM5 di The Humble Chef , Bukit Damansara

9:06 AM Yanty Lee 13 Comments


Salam Ramadhan u olls...
Dah masuk minggu ke tiga kita umat Islam menunaikan ibadah puasa. Alhamdulillah , masih berpuasa. Wooot wooot..  Ni nak share sikit , kalau dalam dok menahan lapar / dahaga dsb sebab puasa , tapi ada rasa teringin nak makan western sedap - sedap apatahlagi murah sesangat. Apa kata jom serbu Restoran  The Humble Chef. Sangat recommended , gais.  Nak tahu sebab apa , baca selanjutnya apa yang memuaskan Ty makan di sini.


Kalau ke area Bangsar ke Damansara ke KL sekalipun bila orang ajak lepak makan minum memang dalam kepala termind set cenggini.."port ni mesti mewah and mahal". Dan banyak juga makanan ala western yang murah tapi mungkin portion juga taste tu tak seberapa sangat. Setuju tak ? 


Tapi bukan di The Humble Chef yang terletak di Bukit Damansara. Tak dinafikan sekelilingnya memang restoran mewah dan high class juga sekitar kediaman mewah.


Uniknya, kelainan yang ada di restoran ini memang tak disangkal Ty sendiri. Bila jejak masuk, sesangat simple bersahaja. Bertambah teruja dan tergamannya bila Ty dapat tahu rage harga makanan/minuman di situ adalah dari RM2.50 - RM20. Nak tahu kenapa tergaman Ty kekdahnya?  Tengok menu portion dan harga ni ;

The Humble Chef Sandwich - RM3.00
[Daging kambing yang dicincang dan kepingan cendawan dibalutkan dengan telur]

Lamb Chop - RM20.00
[2 kepingan daging kambing dihidangkan bersama spagethi dengan sos buatan sendiri]

Mushroom Soup - RM5.00

Laksa Goreng - RM6.00
[Laksa yang digoreng dengan rencah tersendiri]

Brownies with Ice Cream - RM6.00

Spaghetti Bolognese - RM5.00

A big around applause to myself sebab antara restoran yang berjaya buat Ty makan kambing yang sedap dan ngam dengan selera tekak Ty. Dari sandwich ke spagethi, memang sedap segala texture yang digabungkan tak rasa dan bau hamis. It's cool and of course I'm enjoying 'em .


Sebenarnya, perniagaan ni bermula hanya dari "food truck" . Dan dek kerana perniagaan mendapata sambutan orang ramai , mungkin nanti bagi orang - orang yang sekitar Serdang / Bangi bole cuba di new outlet mereka di salah satu tempat ini yang masih dalam perancangan pemilik. In shaa Allah.

Ty sendiri pun akan jadikan port kot kalau dah ada area sana. Mana taknya dengan hanya RM5 dapat makan spagethi yang sedap berportion besar pasti mengenyangkan. Tambahpula Ty hantu laksa, Laksa Goreng memang terbaik dan menjadi pilihan Ty. U guys mesti wajib cuba k!!

He is the one , Mr. Humble Chef - Rosman


RESTORAN HUMBLE CHEF
54, Jalan Medan Setia 2, Plaza Damansara
Bukit Damansara, 50490, Kuala Lumpur

Waktu Perniagaan :
Dibuka setiap hari bermula jam
10 pagi - 10 malam (weekdays)
11 pagi - 11 malam (weekend)

Instagram: @mrhumble

Telefon:
014-229 6854 (Rosman)

13 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Berbuka Puasa Dengan Citarasa Ramadan Di Hotel Bangi Putrajaya

2:58 PM Yanty Lee 7 Comments


Salam u olls...

Alhamdulillah, masih berkesempatan berpuasa hendakNya. Antara yang membaca ada dah terbabas ke kecuali yang tergolong dalam kategori bersebab dimaafkanlah ye.

Sabtu ritu, Ty sesungguhnya bermalasan sahaja sehari di rumah. Ha tu dia nak habaq penat sungguh ke 5 hari kerah tenaga kerja atau ada yang tidak kena? Tunggula lagi 5 6 bulan baru cerita la leh? Ni nak gitaw, dalam malas - malas, terajin mampu pula Ty gi berbuka puasa dekat Hotel Bangi-Putrajaya.


Bertemakan Citarasa Ramadan. Macam biasalah mesti la banyak jenis juadah. Masakan Melayu, Cina, India, Western dan Mongolia pun hado. Berkonsepkan buffet dengan pakej harga untuk dewasa RM100 dan RM50 pula bagi kanak - kanak.

Target Ty,  no rice. Sebab nak jamah semua yang ada memang tak muatla tangki perut kecik saja. Lebih kepada kenyang air. Paroh deh ambo. Tapi Chicken Dimsum, Roti Canai, Kari Ikan, Pulut Serawa Durian, Pizza,Kambing Golek Panggang antara menu yang memang sedap.





Lain - lain menu yang ada pun memang membuka selera , antaranya :

Ubi Kayu makan dengan gula merah / kelapa parut

Roti John

Tauhu Sumbat

U guys should try their Pizza !!

Macam - macam sup ada , pilih je.

Chinese Chili Prawn yang memang superb sedap

Mixed Vegetables with Shallot Osyter Sauce

Sotong Lemak Cili Api

Aneka Kuih - Muih




Seriously kekenyangan. Bangun berjalan pun rasa tak kena. Duduk lagi la. Syukran, rezeki. Sahur pun masih kekenyangan.

Buat u olls yang nak berbuka kat sini juga. Boleh je buat tempahan sehingga 2 Julai nanti di talian 03-82102222 atau emel kepada alamat [email protected]

Info lanjut leh dapatkan di :

7 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Mr.Reddy Kena Cium

9:19 PM Yanty Lee 14 Comments


Salam ...

Dari Rabu lepas emosi , fizikal dan mental tak berapa menentu. Asyik nangis kerjaannya. Sedih sesangat , hati tisu pula lately ni. Sampai member kat opis pun tegur , "pehal pula ko ni"?. Pastu senyum. Lagi runtun hati dan perasaan , bila yang kita sayang , memang sememangnya not meant for us. Gila nangis sampai ke tadi pagi duk dalam Auditorium pun emosi tak stabil. Tapi.......


Terkejut beruk makyeh bila terima Whatsapp dari hakak opis , maklumkan pasal Mr.Reddy. Siap snapkan gambar. Dan member ni yakin sangatlah takkan Ty pula gi "cium" bontot kereta depan dan dia sangkalkan handbreak kereta depan problem dengan keadaan parking di leret bukit tu besar kemungkinan kereta depan mengundur ke belakang.

Terus dari tadi sedih..menangis , terdiam rasa nak menjerit. Tersagat sikit pun hilang pedoman , ini banyak pula spekulasi bila gambar dah spread. Bila gi tengok keadaan kereta , memang cium manja sangat. Mampu doakan , nombor plat tak patah aje.

Lepas dapatkan nombor plat kereta dan nombor siri pendaftaran Kompleks kat kereta dia , dah dapat detect siapa empunya kereta. Pegawai ni satu bahagian Ty , EO je pun. Ty gi jumpa dia cara elok , dia pula kekwat cam tak caya dia yang salah. Waklu.. Gua sabar lagi time ni.

Bila gi kat kereta , terang - terang dia boleh ke depan kereta dia sebab ruang gila bab1 banyak lagi. Dah salah tak minta maaf , sekdar ke hadapan dan tempik "Tak patah kan no.plate?...Ini bukan langgar ke cium ..kena sikit je". Okay... Dalam hati , aku pula kena marah? Terkedu tak terbalas kata - kata dia. Lepas tengok kereta tak de calar , segala , kata "Alhamdulillah tak de apa , settled". Dia blah dengan muka bengang and jeling kat cheq. Woi... Pehal ko?! Kereta aku kot , cer aku buat camtu kat kereta ko. EO ke PTD ke KPP tu semua dunia je la. 

Mikirkan bulan puasa je la , tidak ada gak tak rupa kereta dia rasanya. Bikin nipis aja pahala pepagi Jumaat. Cheq sayang kereta cheq , hangpa tak sayang apa hangpa ada mampuih pahana pi la. Seriously , like... Aku yang kena tempik ?! Walauwei , i can't brain this. 

Syukran , Alhamdulillah semuanya selamat. Dari teresak - esak tersedu - sedu teriak mengenangkan semua yang berlaku sekian lama yang tak berapa lama terjadi kat diri , Allah kejutkan dan sedarkan untuk bersyukur ada lagi benda Ty sayang and perlu fokuskan. In sha Allah.

Apa pun , tolong get away from my Mr.Reddy. Cucuk rapat ka , sailang ka , nak race habaq kot tepi bukan dengan Mr.Reddy noks! Prrffftt.....

14 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Bersahur Masakan Cina dari Mohammad Chow Chinese Muslim Restaurant , Damansara Perdana

4:31 PM Yanty Lee 7 Comments



Salam Ramadhan ke 4 , 

Baru ni Ty lepak Damansara Perdana dengan kengkawan , kiranya makan besar sebelum sambut Ramadhan. Alhamdulillah , memang kenyang teramat dengan jenis lauk pauk yang disajikan oleh Mohammad Chow Chinese Muslim Kitchen. Tak heran la ramai pelanggan yang datang makan di situ , silih berganti sebab memang sedap semua makanan dan minuman di sini. Cumanya kami ja tak reti nak berganjak kekdahnya.

Menu hidangan yang Ty makan tak ingat dunia dan boleh buat u olls pun meleleh air liur. Makan pula dengan nasi putih panas - panas , memang terangkat. Tersandar kekenyangan dan tak mampu nak bawa balik kereta kot lik Putrajaya. Ha meh rapat tengok apa Ty melantak tuk membulatkan lagi perut comel Ty.

Rendang Itik

Crab Salted Egg : RM5/100g

Kerapu ala Thai Fried : RM6/100g

Prawn Butter Floss : RM35

Cutterfish Salted Chilli : RM18

Hong Kong Roasted Duck

Omellete Prawn : RM10

Claypot Tofu : RM12

Yin Yong Kailan : RM15

Chinese Tea Pot : RM3.30 - RM5.30

Lychee Lemon

Longan Seacoconut : RM5

Seriously Ty gitaw u olls memang semuanya sedap , cukup rasa. Rasanya pasti sampai ke tekak dan mestilah puas hati dan perut. Sila la terjah ke sini u olls , Ty jamin sesangatlah u olls takkan frust menonggeng cuma jangan jadi macam Ty je. Sebab terlalu kenyang , balik memalam capai sunglasses, ini motif sebab terlalu kenyang.

Okay , sempenan bulan puasa ni Mohammad Chow Chinese Muslim akan mula beroperasi bermula jam 4 petang sehingga 11 malam. Dan juga ada set - set meal yang boleh dipilih , boleh la gi pergi dengan kengkawan atau keluarga.

Set Ramadhan

1. Set A : RM98.00 (3-4 orang)
Chicken Butter Milk Sauce
Fish Fillet Nyonya
Sotong Salted Egg
Chip Choy Soup

2. Set B : RM198 (4-6 orang)
Rendang Itik / HK Roasted Duck
Prawn Butter Floss
Fish Fillet Ginger
Tomyam Seafood
Brocolli Mushroom Osyter Sauce

3. Set C : RM298 (6-8 orang)
Siakap ala Thai Steam
Rendang Itik / HK Roasted Duck
Chicken Ying Yong
Hot Plate Tofu
Sotong Salted Egg
Prawn Butter Milk Sauce
Tomyam Seafood

4. Set D : RM398 (8-10 orang)
Kerapu ala Thai Fried
Ketam Nipah
Prawm Nestum Butter
Sotong Nyonya
Tofu Claypot
Mix Vege Garlic
Ying Yong Garlic
Omellete Fu Yong

Buat yang malas nak masak untuk bersahur tuk boleh lah buat tempahan sehari sebelum dan it's delivery

Promosi Sahur
Menyediakan set lunch yang sedia ada
Beroperasi dari jam 3 pagi sampai azan setiap hari
Penghantaran hanya di cawangan Damansara Perdana sahaja.

Tapoww! XL
Servis penghantaran adalah untuk 8-10 orang
Mininum 3 tray
Pesanan perlu dibuat sehari awal sebelum 6 petang

Menu yang disyorkan untuk u olls buat pesanan penghantaran untuk bersahur ;

1.Chicken Buttermilk Sauce : RM32
2.Fish Fillet Sweet Sour : RM35
3.Sotong Salted Egg : RM35
4. Prawn Butter Floss : RM35
5. Beef Kam Heong : RM32
6. Soft Shell Nestum Salted Egg : RM78
7. Loh Han Zai : RM25
8. Hot Plate Tofu : RM25
9. Yan Basket Beef Kung Po : RM32
10. Siakap ala Thai : [harga ikut gram]

Tudia , sampai sahur pun ada servis penghantaran dengan menu masakan ala cina yang sedap . Kenyang seharian dan boleh gi keja / buat aktiviti harian lebih bertenaga gitu.

The Ngekxx after so fulled.

Maklumat lebih lanjut :
Alamat : 3-1 , Jalan PJU 8/5H , Damansara Perdana Businnes Center , 47820 PJ
Telefon : +603 77316383
Instagram : @mohammadchow
Foursquare / Waze / Maps : Mohammad Chow Chinese Muslim Kitchen

7 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen