Jubah Lelaki Moden ala IP Man dari RizQ Design

7:30 AM Yanty Lee 9 Comments


Salam u olls , 

Ramai antara kita dah sibuk dengan persiapan untuk Raya tahun ni. Walaupun belum mula berpuasa tapi majoriti golongan emak sibuk dah dok cari kain atau tailor nak tempah baju raya , betul tak? Tak kurang hebatnya ada juga golongan lelaki kita pun dah semakin moden nak dapatkan macam - macam jenis rekabentuk baju melayu hingga ke jubah.

Baru ni Ty berkesempatan untuk lihat dan menggayakan sendiri jubah lelaki moden bertemakan IP Man oleh RizQ Design yang juga merupakan bisnes pelakon Fazren Rafi.



Menarik tentang Jubah Moden IP Man ni ialah bajunya memang didesignkan ala kung fu dan tidak berbutang cuba sedikit zip sahaja sebagai tarikan lain kepada jubah tersebut. Kain memang selesa dan berat jatuh la bila sendiri cuba walhal jubah lelaki. Opps!


Selain design jubah ni yang menjadi trending orang ramai , kurta pun corak yang unik. Kalau siapa ikuti drama Duda Terlajak Laris akan terperasan pelakon Arash ada pakai sebuah kurta yang lain coraknya. Memang nampak smart & cool.

Antara lagi design jubah dan kurta dari RizQ Design ;


Sempena pembukaan bukti Fazren Rafi , kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi agen / dropship boleh la ke kilang mereka untuk melihat sendiri dan mengambil jualan jubah / kurta sempena Raya 2016 ni nanti. Kadar keuntungan yang agen / dropship akan dapat bermula dari 20% sehingga 50%. Jualan akan bermula pada 1 Jun 2016 ini. 

OPEN DAY RIZQ DESIGN
Tarikh: 30 April & 1 Mei 2016
Masa: 10 pagi – 8 malam
Lokasi: Alam Avenue 2, Seksyen 16 Shah Alam

Selain menghasilkan design sendiri , Fazren Rafi juga ada berkolaborasi bersama rakan pelakon Hafidz Roshdi


Betul kan Ty bagitau , menarik bukan design jubah dan kurta dari  RizQ Design ni? Kalau yang berminat nak dapatkan boleh la dapatkan nanti. Harga koleksi jubah & kurta moden yang dikenakan juga berpatutan bermula dari RM 109/- sehingga RM 229/- mengikut dengan jenis kain / material yang digunakan juga design yang dihasilkan. Terdapat 3 koleksi jubah dengan 10 pilihan warna setiap koleksi, dan 1 koleksi kurta moden dengan 10 pilihan warna.

U olls nak tahu lebih lanjut dan tengok lagi koleksi jubah dan kurta moden boleh ke ;

Facebook Jubah Lelaki Rizq
Instagram @jubahlelakimoden

Selamat membuat pilihan dan persiapan untuk Raya nanti u olls.

9 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Bon Voyage !

1:48 AM Yanty Lee 3 Comments


Bukan sekadar tayang gambar , opps!

Getaway. Bon Voyage! ✈

Short vacay , so the holiday begin and good bye to those of work and drama.


Alhamdulillah , safely arrived. It's time to get enough rest. Good night , Dunia Yang Fana.

Happy Holiday for those are "really" on vacay. LMAO.


3 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Terbuang Berus Gigi Tanpa Sengaja

7:30 AM Yanty Lee 3 Comments


Salam u olls ,


Arghhhh tak bersebab Ty terbuang berus gigi. Ye , terbuang tanpa sengaja.

Ceritanya , 

Selepas mandi malam semalam , ubat gigi habis dipicitnya untuk kegunaan malam dan waktu ketika itu sahaja. Pendekkan cerita , ubat gigi dah habis tinggal baki sisa sahaja. Selesai mandi , keluar ja dari bilik mandi , terus buang la.

Lepas dah buang.

Amik pula ubat gigi yang baru dari laci merangkap laci tempat simpan barang - barang keperluan harian. Dan terus letak bersahaja ja dekat sinki bilik mandi Ty tanpa tengok pun. Masuk tidur , masa untuk rehatkan dan cas tenaga untuk keesokkan pagi.

***

Paginya , masuk bilik mandi. 

Perkara pertama nak buat ialah gosok gigi tapi termenung seketika dan tertanya ,
"Kenapa ada dua ubat gigi , tapi mana pi berus gigi?"

Jem kepala pepagi. Pi tengok kat tong sampah , SAH la semalam Ty bukan buang ubat gigi yang dah habis tu tapi si berus gigi yang tak berdosa. KahKahKah ... Tak terniat nak buang , memang tak sengaja. 

And this is life , karma. 

Habis madu , sepah dibuang. =D

3 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

SONGKRUN Water Run 2016

7:30 AM Yanty Lee 3 Comments

Salam u olls,

Walaupun tak berapa in good condition , Ty gagahi juga ikut geng blogger ke Songkrun Water Run - 5km dekat Sepang International Circuit. Sampai ja memang terpaku sebab ramai nya orang. Bertambah semangat terus sedangkan orang lain mungkin selesa lagi enak dibuai mimpi indah pada hari cuti. It's Sunday morning babeh.



Eksaited tu tak terasa lagi pada awalnya. Tapi bila dah dapat Water Gun dengan wristband as a shooter tu terus cam nak shoot je sekoq - sekoq. Lucky me dapat the gun ada yang tak ada. Memang mangsa keadaan la mereka sekalian.



Seronok! Kalau masa kecik - kecik , mampu menyibuk nak cuci kereta mummy daddy je. Cuci la sangat kan ? Hakikatnya lebih kepada main air sampai lencun. Ni dah besar kerbau kata orang , mampu join event aktiviti camni je la. Bukan wet party pun. LOL.



Mana tak seronoknya , we guys get wet before the run started. Apatahlagi , masa nak isi air dalam gun , brader bomba dah tala air hos kat semua. Coolnya , dengan runner yang tak kenal pun sama menggila. Tembak siap kejar lagi.


5km tak terasa. Tak de pemenang. Semua enjoy shooting one another all the way. Dan setiap 1km , ada pit stop check point yang mana disediakan air mineral dan tempat isi air untuk water gun.

Comel tak medal duckkie I?

Cuaca memang panas terik. It's 39°©. Mencabar sangat. Dah bertukar tona warna kulit kami semua. Tapi fun cumanya penganjur patut letgo the run awal. Bahaya tuk orang yang tak tahan dengan cuaca panas.

In sha Allah , next year kalau masih berkesempatan mesti join.

3 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Makan Western Murah di Pekan Station Kampung Baru , KL

7:30 AM Yanty Lee 11 Comments

Salam u olls ,

Kampung Baru , KL ni memang syurga makanan. Dan selalunya Ty akan bawa orang - orang jauh yang datang ke KL / Putrjaya melilau cari parking dulu sebelum makan. Sekian lama kawan opis ada ajak makan di Pekan Station tapi Ty ke sini dengan geng blogger KBBA9


Makan malam bersama mereka sambil nikmati view Kuala Lumpur di malam hari gitu.

Kedai makan macam biasa tepi jalan dan hanyalah kedai biasa. Tapi pelanggan silih berganti keluar masuk.

Sebabkan Ty masih berpuasa , memang nafsu menjadi - jadi , kononnya macam perut besar sangat. Menggoda betul semua makanan ala barat dekat sini , jom tengok apa yang Ty jamah berbuka puasa sampai ke tengah malam dekat sini dengan geng blogger lain.











Ha , menggoda tak u olls? Alhamdulillah rezeki Ty dapat makan dan rasa sikit semuanya. Paling Ty suka Chicken Boxing sebab Butter Sauce dia sangat sedap , rasa berlemak. Yummy gitu. Chicken Grill Pasta pun sedap. Teringat-ingat dah ni.


Portion setiap makanan sangatlah banyak / besar. Memang kenyang dan boleh makan berdua. Seriously , Ty kenyang sampai tak bersahur pagi esoknya. My happy tummy is so bloated.

Caj menu bagi penghantaran

Menariknya Pekan Station ni bukan saja berniaga dan terima pelanggan hanya di kedai mereka tapi mereka juga ada perkhidmatan penghantaran @ delivery services. Penghantaran hanya dilakukan di sekitar kawasan Kg.Baru seperti HKL , IJN , Pusrawi , KBMC dan yang berdekatan. Mereka hantar samlai ke wad ok! Pembelian mestilah melebih RM30/- untuk perkhidmatan penghantaran.

Waktu operasi Pekan Station beroperasi bermula dari jam 6 petang - 1 pagi dan juga bergantung kepada "crowd" yang datang. Selalunya tutup pada hari Khamis , tapi untuk u olls yang dari jauh nak datang boleh la ikuti perkembangan dari masa ke semasa di social media Pekan Station iaitu Facebook Pekan Station (klik) / Instagram Pekan Station (klik) / Website Pekan Station (klik) .

Pantang tala camera !

Terima kasi kengkawan KBBA9 untuk ngedate makan malam bersama. Dan juga terima kasih Pekan Station for having us yang havoc kan suasana malam di tengah kota malam buta.

11 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Promosi KRoger's Butter Cookies Percuma Penghantaran Seluruh Malaysia

7:45 AM Yanty Lee 1 Comments

Salam ,


Ingat tak lagi entri sebelum ni , Ty ceritakan yang KBBa9 main bowling sambil makan unlimited bertin - tin biskut dari K.Roger's Butter Cookies. Meh nak cerita sikit pasal biskut sedap ni yang tengah ada promosi untuk seluruh Malaysia.

K.Roger's Butter Cookies adalah biskut / cookies yang 100% pure butter. Kualiti premium di jamin.

Ada 4 jenis perisa :
✿ Almond & Cocoa Chips 
✿ Blueberry
✿ Cornflakes & Cereal
✿ Raspberry & Almond Chips


0Semua nya sedap , memang sedap.

Tak di dapati di kedai atau pasaraya ye. Jadi kalau berminat nak merasa ataupun order, bolehlah order melalui pembelian online dan agen berhampiran dengan u olls. Nak beli biskut / cookies ni tak perlu tunggu nak dekat raya. Makan untuk hari - hari biasa #sekalingap pun boleh.

Promosi istimewa untuk semua yang berminat sehingga 8.5.2016. Beli 4 tin/RM100 sahaja. Penghantaran adalah PERCUMA seluruh Malaysia.

Hubungi 014-3348803 utk pembelian dan pertanyaan.

Maklumat lebih lanjut boleh dapatkan di :
No pengedar terdekat anda -
Senarai Pengedar K.Rogers Butter Cookies

1 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Kemeriahan Strike Against Bowling Tournament Kelab Blogger Ben Ashaari Tajaan K.Roger's Butter Cookies

12:49 PM Yanty Lee 13 Comments

Salam uolls ,

Jumaat malam Sabtu , bergegas la seorang Ty balik kerja kononnya nak siapkan apa2 yang boleh buat kunyah-kunyah berbuka sebelum gerak ke Bangi Gateway. Tapi 5.15pm pun masih tak kuar dari parking gara-gara kereta kena blocked.

Berbuka ke piknik ke nak men bowling?

Seghupa lipas kudung , siapkan makanan nak dijamah berbuka puasa nanti dengan diri sendiri. 6.30pm bertolak ke Bangi tanpa secalit make up touch up. Natural beauty konon sedangkan cam orang tak sihat.


Jejak je Ampang Bowling , Bangi Gateway dah nampak geng - geng KBBA 9 dengan suasana riuh as usual. Ty terus dapatkan baju,kasut dan cabut undi group. Group Gagak sekali dengan veteran - veteran ; PCL , Kak Long Saidila dan Abah Huszaini.


Sambil main , sambil ngap cookies yang K.Roger's sediakan dengan unlimited. Makan baru bertenaga nak score strike / spare. Kelakar pula rasa tapi itulah hakikatnya. Lepas penat kerja layan bowling hilang la sikit rasa tu tapi mata tetap dah kuyu sepet rupanya dah pukul 11 lebih. Tapi baru nak ke 3rd game. Fuh! Tercabut tangan cheq.


Semangat tengok blogger lain , sampaikan lupa diri. Anak-anak pun sama seronok tengok mak ayah naik seyh. Sampaikan dah tak hirau kat anak , banyak "baby sitter" kekdahnya.


BUKTI ! Sampai ternoda Ty dibuatnya si dak Qhaliff Iman ni. Anak sapa la ni? Terapi juga la layan anak-anak kecil ni. Dah kenal and rapat. Asyik dok melayan geng blogger dari lane lain dengan the kids , sampai Abah Kembar 3 bertempik-tempik panggil nak suh main turn Ty. Bapak-bapak sangat. 

Tak tahannya, bila Abang Ben Ashaari tersalah main tuk lane Ty , Ty pula sama tingtong terus spare tuk score dia. What the ? Bila sekali lagi tengah sibuk bergambar, Abang Ben , mainkan tapi 4 pin ja dia jatuh kankali ni. Ingat cheq xnampak ka? Huh!

Papapun , KBBA 9 rocks! Happy to have them & be with them that night.



Tahniah buat pemenang !


It's a wrap ! Terima kasih kepada penaja - K.Roger's Butter Cookies untuk tajaan aktiviti bersama rakan blogger. Dengan aktiviti macam ni la dapat kami berkumpul sebabnya tak semua event semua blogger ada. Selalunya hanya berhubung di Whatsapp / Facebook saja. Aktiviti sihat yang juva mengeratkan silatirahim secara berdepan - depan gitu.

13 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Quartet Nu Sentral

10:17 PM Yanty Lee 11 Comments


Salam uolls , 

Sapa yang pernah lepak santai dekat Quartet TTDI ? Itu main dia dan consider kitchen la juga so boleh lepak dan dining kat sana. Terbaru Quartet baru saja di buka dekat Nu Sentral. Konsep kedai cawangan baru ni ialah lebih kepada "Grab & Go" memang sesuai untuk citizen yang menggunakan khidmat pengangkutan awam di KL Sentral. 

Kira nya u olls bole dapatkan / tapaukan breakfast sebelum bergerak ke next destination.


Quartet menyediakan hidangan / makanan ringan yang lebih kepada sandwiches. Menariknya , macam - macam jenis sandwich yang ada. Unik dan sangat rare juga semestinya sedap lah. Portion memang pasti kenyang punya.

Antara menu yang Ty suka Tempala Sandwich - RM12.50. Sandwich ini memang Ty tak pernah jumpa dan apatahlagi jumpa di mana - mana. Isian inti adalah tempe . Walaupun takde darah jawa dan seangkatan , Ty memang suka makan tempe. Alhamdulillah , tekak makan dengan sandwich - passed !

Bombay Sandwich - RM12.50

Cool kitchen.

Tuna & Cheese Sandwich - RM13/-

Sekitar perasmian Quartet Nu Sentral bersama pihak media dengan owner Herwandi Saat.

Selain sandwich , ada juga granola yang memang sedap untuk kudapan ngap ngap ngap sambil buat kerja depan pc ke tunggu tren ke layan drama tv ke. Lovely sangat.

Yang menariknya , Quartet Nu Sentral ini juga ada menyediakan servis penghantaran sekitar kawasan berdekatan. 

Cara nak purchase order :
1. Telefon : +603 2276 0360
2. Applikasi : Quartet Cafe 

Info tentang Quartet

Dan untuk makluman lanjut boleh terjah : http://www.quartetsupply.com/

Thank you for having us , Quartet !

Yeah kami geng Kelab Blogger Ben Ashaari ke Quartet bersama dengan pasukan Ketchup Community

Siapa Ketchup Community?
Mereka ialah sebuah pasukan yang memberi maklumat tentang apa saja mengenai makanan. Dari segi aspek rasa, lokasi dan berkaitan. Perkongsian mereka adalah melalui medium social media. Dan KBBA juga antara rakan kolaborasi bersama sepanjang program berlangsung sejak bulan lepas. 

Nak tahu lagi, boleh terjah dan kenali mereka di :
Facebook : Ketchup Community
Instagram : @Ketchup_my

11 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Kerja VS Bola

12:01 AM Yanty Lee 8 Comments


Blog terabai.
Oh bukan sekadar blog. Diri sendiri pun. Demam ke selesema ke apa ke kasi taruk tepi sikit. TOLONG TEPI SIKIT! Terpaksa letak semua perihal duniawi jauh luar muka bumi. Penat sangat fikirkan itu dan ini sampai lelah mengejar semuanya. Fuh! Sampaikan tak sedar dan tahu apa yang dah terbuat. AMPUN, tu je la mampu ungkap tuk semua yang terjadi juga tuk diri sendiri atas seksaan demi penderitaan.

Kerja lebih masa hari terakhir. Sumpah gua penat mental dan fizikal. Mudah-mudahan gelap gelitanya pejabat jam sepatutnya digelapkan tak mengelapkan masa depan aku. Walaupun jalan balik ke kereta memang penuh kegelapan dek hari sudah malam. In sha Allah tiada lagi hari mendatang.

Amend dan amend. Itu la kerjaan gua seminggu dua ni.

TMJ vs QuPuteh = Slide

Sambung kerja.
Gua nya lappy dah uzur. Taampu lagi nak berkhidmat tuk gua. Tapi gua lena siapkan slide dan amend segalanya sebelum hari Isnin dan kalau kena amend lagi kurang 24j jam tinggal. MINTA DIJAUHKAN. Gua dah penat der.


Terpaksa melepak dengan kawan demi pinjam lappy sambil bersengkang mata dengan berbaju kurung di kedai mamak. Makannya tidak. Ais kosong saja. Serabut punya pasal. Tercabar dicabar. Gua sahut cabaran tu. Akan tengok nanti apa pula tak kena. Redha.

Pernah tak balik rumah sampai parking tapi dah tak terdaya nak naik ke rumah? Pernah rasa nak saja tidur dalam kereta? Kalau atas motor macam mana agaknya ye?

Quality time on weekends In Sha Allah. Harap engkaurang juga! Selamat!

8 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen