Kembara Taman Negara Kelab Blogger Ben Ashaari 2016 : Han Rainforest Resort

8:22 PM Yanty Lee 10 Comments


Salam u olls ,


Alhamdulillah , Kelab Blogger Ben Ashaari seramai 35 orang peserta di kalangan blogger telah turut serta satu pengembaraan di Taman Negara , Jerantut Pahang selama 4H3M.

Han Rainforest Resort merupakan salah satu penaja bagi penginapan kami sepanjang program. Resort ini diusahakan semula selepas ditimpa banjir besar tahun 2014. Suasana di sekitar resort dibaikpulih dengan sempurna. Selesa sungguh untuk menginap. Lena tidur selepas seharian padat dengan aktiviti outdoor.




Biliknya yang lengkap dengan berpenghawa dingin , memang membuatkan rasa liat nak bangun tidur selepas terpacak di bawah terikan pancaran sinaran matahari. Oh ya , syukur ke hadrat Ilahi sepanjang program berlangsung cuaca sangat baik.







Selain menyediakan tempat menginap , pihak Han Rainforest Resort juga adalah tunjang utama yang menguruskan segala aktiviti di dalam dan sekitar kawasan Taman Negara. Antaranya seperti Jungle Trekking ke Bukit Teresek , Rapid Shooting , Pengembaraan menaiki pancuan 4 roda dan banyak lagi.



Menariknya kami dari Kelab Blogger Ben Ashaari berpeluang dan berkesempatan untuk turut serta bagi upacara majlis pecah tanah tapak pembinaan Eco Adventure Kem Taman Negara oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan ; Datuk Mas Ermieyati Samsudin juga meninjau Pokok Tualang yang sebesar 27 pemeluk lingkaran. Sekaligus bersama - sama hadir untuk majlis perasmian Han Rainforest Resort.


Untuk maklumat lanjut tentang pakej dan lain - lain di Han Rainforest Resort , boleh dapatkan di :

No.Tel : 09-266 7888


Terima kasih juga para penaja

#HanRainforestResort : Penaja penginapan, transport, aktiviti dan makan minum.

#Camelus : Produk berasas susu unta.

#Cosmoderm : Penaja produk penjagaan diri.

#Yeos : Penaja Minuman Berperisa.

#MinumPranJuice : Penaja Minuman Berperisa.

#HeroesManWashbyNanafaBeauty : Penaja Produk Penjagaan Kesihatan Lelaki

10 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Februari : Jadual Padat - Antara Tanggungjawab dan Rezeki

3:04 AM Yanty Lee 2 Comments

Salam u olls ,

Berkesempatan update sikit. Memang kebizian teramat , tambah - tambah masuknya bulan Februari. Blog pun tak terurus samalah diri sendiri.

Rezeki.

Tanggungjawab. Mungkin di mata orang , lama nya bercuti panjang directly masa CNY baru ni. Tapi hakikatnya , Im back to my family for reasons. Macam - macam hal nak diuruskan. Rasanya , semua antara kita mesti ada tanggungjawab terhadap keluarga masing - masing. Camtu la cheq hat bujang ni. Bukan kata yang ada anak bini ja.

Fuh. Seronok sebab dapat bersama orang tersayang tapi penat badan tak abis dah torture dengan hal kerja pastu ke Pahang.

Alhamdulillah , rezeki ke Taman Negara , Jerantut selama 4H3M atas tajaan untuk Kelab Blogger Ben Ashaari. Memang penat tapi did really enjoy kat sana. Akan diupdate very soon. IG & FB ada update setiap moment kat sana , terjah #kbbatamannegara leh tengok sendiri. 

Tak dan nak rehat , dapat peluang untuk turut sama sertai satu trip pula. Selamat passport memang dari last year dah renew. Syukur nya hari gaji n income lain masuk , boleh la buat sikit pertukaran Dollar untuk urusan peribadi. Yang lain fully sponsor. Rezeki , alhamdulillah. Ke mana? Tunggu update nanti!

Well , as blogger no internet no life. Jimat , no roaming. Sanggap bhai! Pantang dapat wifi , ter anti sosial tanpa sengaja.

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Crab Hut Asia , Cyberjaya - Syurga Makanan Seafood

4:40 PM Yanty Lee 20 Comments


Crab Hut : Deco ; Papan Tanda Menu & Hiasan Roda (boleh main pusing2)

Selalunya telan air liur ja tengok kengkawan dok melantak sedap - sedap , makan ketam segala. Kali ini Ty pula dapat merasa juga akhirnya. Walaupun tak pandai kopek ketam atau ketuk mengetuk binatang sesedap ini , sejujurnya Ty enjoy sungguh makan adik beradik kepada seafood di Crab Hut Asia , Shaftbury Cyberjaya. U olls guna khidmat MAPS / Waze pasti selamat sampai ke destinasi ni punya.


Gambar Ty ni dah memang menunjukkan betapa sedap dan teruja nya dengan makanan - makanan seafood yang Ty dapat rasa dengan geng blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari . Memang tahu akan comot , simple gila kuar date malam ni. Asal dak-dak main ketuk , mesti terpercik kena I olls. Stress pada mula tapi cam seronok pula lama - lama. Baru lah fun makan , just being ownself gitu.

Okay , meh Ty kongsi sikit dengan U olls apa yang sempat Ty makan sampai balik rumah dengan perut kekenyangan tahap esok paginya sampai ke tengahari pun Ty tak lalu dah nak jamah apa - apa.

Red Lobster - RM155 [Normal : RM179]
2 ekor Lobster Merah yang disajikan bersama Signature Southern Bang Mild Sauce

Combo Seafood Bag - RM175.90
Combo ini adalah gabungan Yabby , Scallop , Japanese Hamaguri Clams , French Beans bersama Garlic Butter Sauce

Baby Octopus & Prawn Combo - RM29/-

Seafood Bag ; Asam Pedas Meat Crab & Freshwater Prawn - RM153.00
Yang set bag ini memang puas hati gila makan , kalau dapat makan dengan nasi pun superb marvelous. Sumpah sedap masakan asam pedas dia.


BBQ Chilled Australian Sirlion Beef in Smoky BBQ Sauce - RM39.90
Pergggggghhh! Bukan sekadar daging beef ja sedap dengan sos bbQ tapi Mashed Potato tu pun memang meletup - letup kesedapan nya dalam mulut.

Okra - RM10.90
Bendi goreng yang disalut dengan tepung ranggup. Boleh pilih perisa Cajun / Galic.

Fried Soft Shell Crab - RM22/-
U olls yang nak makan seafood tapi kononnya nak jamah lite - lite boleh la cuba dishes meal yang cenggini.

Buat u olls yang nak makan seafood dsb untuk makan tengahari pun boleh je ke Crab Hut , sebabnya ada Lunch Tray yang mana dihidangkan dengan buah juga kacang panjang sebagai side dish.

Jamba Prawn & Thai Sambal Fried Rice - RM32/-
Bagi yang memang gemar akan kepedasan sangatlah direkemenkan cuba Thai Sambal Rice Crab Hut ni. Pasti u olls suka.


Chamala Chicken & Garlic Fried Rice - RM22/-

Signature Southern Bang Baby Octopus & Garlic Fried Rice - RM23/-

Spicy Plum Grilled Salmon & Thai Sambal Fried Rice - RM32/-

Apa yang Ty leh katakan , memang makan - makan kat sini memang sedap dan puas hati. Bukti nya bila +Faizal Fredley & +Julia Johari pun makan tak tengok kiri kanan dah. Pengalaman makan atas kertas yang ditaburkan atas meja memang sangat cool . 


Okay ada berita gempaq untuk u olls yang berhajat nak pergi makan di Crab Hut Asia ;



Promosi di Crab Hut, Cyberjaya:
* Promosi Monthly Crazy Bag Febuari adalah "2pcs Red Lobster (800gm) untuk RM155 (Biasa RM 179)
* Promosi Monthly Crazy Bag March adalah "Spanner Crab RM12/100gm (Biasa RM17/100gm)

Buat yang tertanya macam mana nak place order , ini cara nya :
Step 1 : Pilih makanan laut, (minimum satu jenis, maksimum 3 jenis) dalam timbangan 300gm atau 500gm. Untuk ketam, boleh pilih secara kepingan.
Step 2 : Pilih sos & tahan kepedasan untuk Signature Southern Bang Sauce atau Jamba-Jamba.
Step 3 : Pilih satu atau dua Bag Buddies

Happy Hour Combo adalah setiap hari !
dari jam 12 tengahari sehingga jam 4 petang.

Tawaran khas untuk pembaca blog Ty , Ty nak belanja u olls ni :

10% diskaun untuk makanan sahaja. Sah sehingga 30 April 2016.
U olls tunjuk ini dekat staff in charger Crab Hut , dan nikmati 10% diskaun !

Untuk makluman lebih lanjut tentang Crab Hut Asia ;


CRAB HUT 
P2-25, Shaftsbury Square, 
Persiaran Multimedia, Cyberjaya 6,
Selangor, Malaysia

Facebook: Crab Hut Asia
Instagram: Crab Hut Asia
Call: 03-8322 6861

20 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Bukit Jambul Hiking Trail

10:33 PM Yanty Lee 0 Comments


View top of Bukit Jambul

Wohoooo , lama tak hiking. Jogging and playing badminton pun off & on. Diet itu tidaklah tapi ramai kata dah kurus. Wow. Mereka - mereka nak amik hati je kot.

Okay , back to the story. Geng-geng #crazymental88 tengah mood diet and memang join program - program kurus segala bagai. Jadi kali ni balik Penang , tidak lagi pergi melantak itu ini. Walhal everyone know that Penang is Heaven of Food . Tapi kali ini depa ajak cheq pi hiking la segala.


Fuh! Semput cheq nak habaq tapi once you reach to the top after 30 to 40 minutes hiking up and you are happy with the scenery.

Too bad , too packed of my schedule so tak dapatlah jog or hike sangat with them everyday. Sambung semuanya once back to Putrajaya jawabnya.

Berstamina ka nak ke Taman Negara in few days to come?

0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Balik Kampung di Musim Perayaan - 9 jam

7:16 PM Yanty Lee 3 Comments


Salam u olls ,

Sungai Buloh - Rawang ; selepas subuh 6 Feb 2016

Asal ada cuti perayaan atau musim cuti mesti semua pun sibuk nak balik kampung walaupun bukan perayaan untuk di sambut pun. Saja nak balik bercuti dengan keluarga dan yang sewaktu dengannya.

Raya Cina lagi sehari dua ja, Ty pun sibuk balik Penang. Nak gak sambut CNY, kononnya Daddy kan cina. Ahaks! Sebenarnya cheq tak kebuloq pun nak balik sebab taw mesti jem berejam-rejam sambil berpanjang lela.

Tapi cheq balik ni atas urusan peribadi; Mr.Reddy dan Daddy

Sepanjang perjalanan dari sebelum Subuh yang gelap gelita sampai dah cerah, jalan raya penuh sesak dengan kereta tapi traffik slow nak mampuih. Patutnya 5 6 pagi orang baru liat nak bangun ini dah atas jalan dok drive bukan kapoq bantal buchuk.

Jem! Kenapa selalu jem dikaitkan dengan musim perayaan sampai dah set in mind semua orang asal cuti panjang mesti jem punya la. Apa yang punca jem sepanjang jalan Ty lik hari ni ialah sebabkan kemalangan dan sikap rakyat Malaysia yang keypochi. Sikap memandu yang merbahayakan diri sendiri dengan cuai atau letih dsb itu perkara biasa. Yang keypochi ni part paling keji sebabnya mereka perlahankan kenderaan semata - mata nak tengok apa yang berlaku. Snap photo viralkan, feeder yang pantas kononnya,l epas tu lancarlah semula perjalanan.

Paling tak faham,  all the way break-ing tapi tak tahu apa punca sampai ke sudahnya. Prrffftt.


Alhamdulillah , selamat sampai Pulau Pinang selepas hampir 9 jam off & on tersangkut dalam kesesakkan jalan raya.

Sedihnya tak dapat ke Perlis untuk raikan bersama majlis perkahwinan sepupu. Kurang satu family belah lelaki. Melepas lagi keinginan melantak nasi minyak. Masih mode selamat berdiet la kononnya. 

Oh. Mungkin juga bakal hanyut istilah diet untuk seminggu. Rugilah back to Penang - heaven of food tapi diet. Silap - silap Raya baru dapat balik lama lagi. Pengurusan cuti 2016 semakin kejam.

Apapun,  Happy Holiday and Gong Xi Fatt Choi!

3 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen