IKEA Cheras - Shopping atau Makan

1:31 PM Yanty Lee 8 Comments


Salam u olls ,

Baru ni , kesempatan ke IKEA Cheras dengan Kak +Sue Izza selepas hadiri satu event di Ampang. Terpaksa cuti separuh hari atas urusan tertentu kekdahnya.


Hampir 1-2 tahun juga la dah tak jejak kaki kat IKEA Damansara tu , dulu selalu turun sebab boleh kata port "perabih duit" and of course la kerap nya ke sana dengan tersayang , my mummy. Kereta Waja ke Mr.Reddy ke asal boleh sumbat dia nak je borong IKEA kalau boleh. Kereta dia memang tangkap muat je , si scandal Preve ku.


Dahsyat , lupa diri terus orang tu shopping. Nafsu ai sentiasa terkawal. Aim satu benda satu satu benda tu je la Ty rembat. Tempat gantung baju , nak gantung baju - baju kurung kononnya. Nanti dah pasang , ada masa Ty update lain.


Kalau tak makan Meatball kat IKEA memang tak lengkap la pakej ke sini. Tapi tempias nafsu bersaka petang tu memang macam tak makan dah nanti - nanti .Asalnya nak lepak makan sambil live update blog pasal event yang baru pergi dan nak habiskan masa sebelum attend event satu lagi sebelah malam (tapi PR no respon kesudahnya).

Kes culik makin berleluasa , asal kena culik jalan pintu rumah tu kabur. Bahaya penculik - penculik tersayang cheq ni. Merata derang bawa , kalau bole dari pagi sampai malam. Ntah2 esoknya baru balik. Terbaikla u olls.

8 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Kenapa Sesat

10:26 PM Yanty Lee 3 Comments


cer teka tersesat mana ai?
Awak...

Mana awak? Sesat lama sangat ke? 
Penat dah ni saya tunggu awak taw tak?! 
Awak tak rindu saya ke?

❤, Saya.


Pssssttt , sebenarnya sendiri yang menyesatkan laluan jalan. Nak tahu sesat jalan ke mana tak? Ke rumah sendiri. Moral down sangat - sangat. Kenapa dan mengapa , tiada jawapan. Masih tiada. Kerna ianya sukar tuk ditafsirkan.

Mungkin kelakar , tapi kalau cuba berada dalam kepala saya , awak mungkin sesat juga tuk jalan keluar. Begitulah perumpamaannya.

Ya Allah , lindungilah aku. Aamiin.

3 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Jadi Seperti Saya Bukan Rashid

9:21 PM Yanty Lee 12 Comments


Salam ,
Ok , straight to the point. Sebenarnya Ty memang tak ambik port apa yang terjadi sangat di sekeliling. Tapi bila fenomena #jadisepertirashid berleluasa sampaikan menjadi bahan berita di buletin utama TV3, ini memang menakjubkan. 

Bagi yang kaki layan game ataupun suka melayan Facebook , mesti tahu dengan applikasi permainan yang mengarut - mengarut ni - #jadisepertisaya. Klik pada permaianan lepas tu akan generate lah keputusannya.

Bab ini , Ty memang tak main dan layan. Nak like dan komen apatahlagi scroll wall Facebook pun tidak. Jarang berlaku la nak boom Facebook atau Instagram kengkawan.

Tapi

Ampun , Ya Allah kenapa lah tertekan men natang ni.

Ya.  Ty tak tahu kenapa boleh terklik dan tak sabar pula tu nak tahu keputusan , walhal kelakar dah baca hat kengkawan yang pulun main. Majoriti sama ja jawapan komputer generate ni. Cumanya yang Ty nya ni memang rare sikit dan lain dari mereka.

Terbeliak mata. Isu panas! HUTANG , u olls. Hampir 50 like dan beberapa komen juga la dari kengkawan. Ada kata baguih , pastu sedar diri kalau tak berkemampuan.

Gulp. Setuju sangat pada komen depa - depa ni. Kalau kita tak mampu , hidup lah dengan kemampuan kita sendiri takyah nak lagak bergaya sampai tahap head to toes u olls berjenama antarabangsa demi jangan "standard". kepala hotak ang ! Tapi hutang bertahun sana sini tak langsai. 

Jangan pula , bila si yang meminjamkan nak minta hutang dengan yang meminjam tu sampai tahap dari Whatsapp ke SMS ke Call tak berjawab. Sedangkan masa nak pinjam tu tak sampai seminit kawan tu tolong. Mana air muka ang noh? Sampaikan orang yang nak minta hutang pula rasa segan. 

Beringat , bukan semua orang hidup senang. Adakala orang lain pun ada masa perlukan atau terdesak dengan Ringgit Malaysia atas urusan masing - masing. Kalau empunya boleh berusaha cari duit , kenapa diri sendiri tu tak usaha juga? Jangan pernah hidup dengan penuh alasan ataupun mengharapkan simpati mahupun mengambil kesempatan ke atas orang lain.

Kredit to Nakbebel

Mungkin boleh cuba cara ni tuk bayar hutang keliling pinggang tu.

Tips untuk bayar balik hutang :
1. Catit berapa jumlah yang dipinjam
2. Catit dari siapa dipinjam
3. Bayar sikit - sikit setiap kali dapat gaji dan catit tarikh , jumlah yang dibayar.
4. Elak dari pinjam dari B semata-mata nak bayar kepada A.
5. Cut cost persendirian / bajet.

Sedar tak sedar , In sha Allah langsailah hutang tu. Takkan nak tunggu esok ni mati dengan harapan semua pakat dok kata "Saya halalkan" pula. Agak - agaklah der!

Senang cerita #jadisepertiYantyLee pinjam hari ni esok bayar kata my.vonvon.me . Well benda baik , kena la ikut, kan?

12 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Ke Melaka Lagi

9:20 AM Yanty Lee 15 Comments


Salam u olls ,

Rasa macam selalu sangat dah pergi Melaka , apatahlagi baru ja juga ke mesyuarat penutup pejabat pun di Melaka. Sampaikan bole dah nak hafal jalan. Tapi kali ini merupakan percutian pertama untuk tahun 2016 sekaligus hadiah in advance hari jadi daripada +noor affida raffika mohamad nazari . Best friend dari darjah satu , gaduh baik segala pun stick together.

Dari perjalanan ; tol & petrol , hotel , makan & minum ditanggung. Segan pula cheq , tapi hadiah kan kekdahnya.

Tak banyak yang sempat terjah dalam 3 hari 2 malam di Bandaraya Melaka Bersejarah ini. Petangnya dah settle urusan check - in , kami berjalan di Jonker Walk dalam 5 minit dari hotel.

Ais Krim Gulung menjadi tumpuan , rata - rata kiri kanan peniaga berbangsa Cina saja tapi ada 2 remaja Melayu menarik perhatian semua orang. Memandangkan BFF memang hantu ais krim , we give it a try.

Kuali goreng tuk leper dan gulung aiskrim

Mango + Double Choc

Macam - macam jualan ada kat sini. Unik belaka. Dari makanan sampai la barang - barang perhiasan / keperluan. Etc.

Herbs

Kami memecah peluh sampai ke Bandar Hilir. Lepak dan bergambar sebelum senja dan patah balik ke hotel. Tapi sempatlah kami gedik bersama naik beca pusing sekitar. My first time actually.


Dah wangi - wangi bersiap , kami ke Umbai untuk makan malam yang mana driving about 30 minutes dari bandar.

Perkampungan Nelayan Umbai

Aiming to eat inside here tapi penuh

Again , my first time to be here

Bab pilih memilih menu makan malam bukanlah part cheq , tolong cari tempat duduk ja sebab bapak ramai gila manusia. Kesabaran amatlah diperlukan di sini. Selamat tak crowded yang panas , if tak dah pitam ai olls.

Makan malam , sesi ternak lemak tak ingat dunia hanya dalam RM180 sahaja. Hang pandang aku , aku pandang hang sebab like seriously  murahnya. Makan tuk 5 orang kot.
Antara menu makan malam we ols

Balik hotel dengan perut kekenyangan sangat - sangat. Sampaikan dekat pukul 3 4 pagi pun takleh nak tido lagi. So berpillow talk la jawabnya. Tapi Ty hanyut dulu , dapat peluk BB memang goodbye, world!


Hari ke dua , berjalan sekitar Bandar Hilir. Semua tempat dijejaki. Tapi tak semua gambar ada pada Ty. Sebabnya bateri kong. Memang sesi bakar lemak , dari Menara Taming Sari sampai St.Paul Hill. 

Sejarah - gambar dari dalam kapal besar tu

Muzim TUDM

Us

Panas lit lit baq hang. Dah mula tak berapa sihat si kondisi minah ni. Lik hotel , terus tak sedar. Xjadi ke Pantai Klebang. Sob sob sob.


Malamnya , berjalan lagi sebabnya pakej hotel dah included tuk Malacca River Cruise tu. Fuh , bercinta naik natang ni. Kalau ada BB , mo lena dah. It takes about 45 minutes u olls. Lepu sebab dah biasa nek dari techit.

Hari ke 3 , sebelum balik ke sarang. Sempatlah gi makan Assam Pedas yang memang sinonim dengan negeri Melaka ni. Malas nak pusing jejauh , jadi melantak bertentangan dengan Dataran Pahlawan aje.

Not bad

Sampai Putrajaya , sempatlah lagi pusing - pusing dulu sebelum balik ke KL katanya tapi last - last bermalam je di ghumah ai olls.

TQ babe , for the treat and everything.

"Many people will walk in and out of your life, but only true friends will leave footprints in your heart."


15 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Hari Jadi 2016

1:57 PM Yanty Lee 7 Comments


15th Jan, it's my birthday.
Nothing so special about the day. It's just another day to go through. Alhamdulillah , dah seminggu pun Im officially 21. (Percaya kan?)

Midnight call , singing n wishes also text as usual. Only Thank You all I can say. Appreciate it so much. I dont ask for any hundred either thousand of Ringgit Malaysia kind of present too. Cukup la kalau ingat. But if I got any from anyone , it's just a bonus.

Actually , my birthday gift I got it earlier from +noor affida raffika mohamad nazari  a 3D2N short trip vacay at Malacca. Thank you babe. Speechless. 

more pictures on Instagram - Personal FB

But about 2 am , surprisingly I've been kidnap. Sound scary rite? Just come over to wish me. You are crazy , you know who you are. TQSM!

As usual , every night I went for a night jog - walk etc. But, rain starts-too bad. So we decided to meet at +fiza fantagirO  favourite mamak restaurant. 

Gigih cik kak!

OMG! For the rest of my life , i'm celebrating my birthday at Mamak! Nampak x, tak memilih. You guys rockx , girlfriend. The effort of lighting up the candle is the best moment. Riuh siot. Nak tengok video? Terjah FB / IG mereka. Terima kasih Kak +fiza fantagirO & Kak +Sue Izza . 

And recently weekends , beloved Mummy came to KL. So as she wanted to go and shop at Jalan Tar , as a belated birthday girl , I got 3 pairs of simple cotton Baju Kurung. Oh ya , I asked for it. Jadilah kan pakai gi kerja bukan dating erk. Sorry sikit.

Syukur sangat. I am being with lovely people surround me. Love you , you , you , you , you and youuuuuuu. Yes , I do. Cukuplah tahu I really do and mean it, tak perlu kot I need to say it day & night. Tapi I want it to be say it to me day & night , aci tak? Kidding!

Again, Thank You So Much for the wishes , gifts , surprises also being here and there for me.

Love, 
Yan Ty

7 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Kenny Rogers Roasters - The Golden Abundance Meal

9:48 AM Yanty Lee 11 Comments


Salam uolls ,

Awal tahun 2016 ni , Kenny Rogers ROASTERS (KRR) memperkenalkan menu yang menjadi permintaan ramai. It's a come back ! Menu yang dimaksudkan adalah The Golden Abundance Meal yang datang dalam bentuk wrapped bersama resipi yang lengkap dan mengancam nafsu makan. 


The Golden Abundance Meal satu menu yang mananya ayam panggang diperap bersama sos teriyaki khas dengan herba juga rempah. Hidangan utama ialah T-Wrap Soup Meal yang dihidangkan bersama Country -Style Chicken Soup , Aromatic Rice &  Kenny's Home-made Muffin.

3 jenis hidangan yang disediakan ;

1. T- Wrap Soup Meal
RM23.50

2. T-Wrap Lite Meal
RM19.50

3. T-Wrap Chicken Meal
RM14.90

SEDAP! Orang kata kalau Ty kata sedap tu ye la sedap sebabnya secara tidak langsung Ty cerewet. Kalau nak tau betul ke tidak sedap cuba lah serbu Kenny Rogers ROASTERS berhampiran dan rasa sendiri. Kalau tak sedap senang malas nak review nanti kena kecam cam kes FMK.

Ha uolls , berita baik untuk pemegang Kad KRR ! Tengok ni , apa lagi pakat remark la tarikh - tarikh tu dan gi makan dengan keluarga tersayang tercinta gitu. Dating mode on WEDNEDSAY !


Ty de extra satu kad KRR (tak berisi nilai) , kalau ada yang nak meh PM kot tepi. 

Njoy uolls !

[klik]

11 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Short Vacay di Jerejak Rainforest Resort

9:07 AM Yanty Lee 21 Comments



Mengakhiri tahun 2015 , +Iena Arryiena buat keputusan sendiri untuk bercuti bersama di Jerejak Rainforest Resort . Dah beli pakej percutian di AirAsiaGo , pakej untuk 2H1M - RM136/2 pax. Dari awal nak gather itu ini cam hangat - hangat taik ayem jadi inisiatif ni yang di ambil. Dimaklumkan melalui call , nak tak nak "hang kena setuju juga" kekdahnya. No choice sebab dah beli.

Walaupun masih dalam negeri kelahiran masing - masing saja short vacay ni tapi rasa eksaited tu len macam. Sedangkan bermalam satu malam je. Pillow Talk gitu.

Pakej ni bersekali dengan tambang bot pergi balik ke Jerejak Rainforest Resort . Kami berkumpul dan naik bot ikut jadual yang memang dah tetap sedia ada. Kami nek bot hat jam 4.30 petang. Tapi ada sorang terlepas jadi kena nek sorang - sorang dengan guest lain next trip.

Swimming Pool ini la port utama bersantai kalah anak - anak kecil

Tempat menginap

Lepak petang sampai ke senja , tak leh mandi laut sebab ada obor - obor.

Ikutkan hati nak saja jalan - jalan ke dalam dan tengok tempat - tempat peninggalan Rusia dan sebagainya. Tapi yang lain takut , takkan nak pergi sorang - sorang pula jadi melepak merangkap berehat bersama sebab bukan senang nak jumpa dan dapat kumpul sama - sama.

Bajet cam gambar kenangan bersama.

Penyeludupan berlaku. Kalau baca dari awal mungkin faham. Ya , kami berlima. Opps. Bekalan makan untuk 1 malam cam nak tinggal 4 - 5 hari. Gambar ni je boleh expose. Yang lain terlampau peribadi (mohon jangan hack fon kami semua).

Tazabarrrrr nak jumpa senget - senget ni lagi 4 bulan. Next trip bukan lah vacay tapi boleh dikira vacay juga la kot. Rindunya!

21 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Curio Green Paradise : Pusat Rawatan Penjagaan Kaki dan Tangan

8:49 AM Yanty Lee 34 Comments


Salam u olls , 

Antara produk Curio untuk rawatan & penjagaan kaki dan tangan

Manjakan kuku dan kaki di hujung tahun 2015 baru - baru ini dengan geng #kelabbloggerbenashaari. Rare kan? Tapi its crazy amazing superb day i had. Kami dapatkan rawatan dari Curio Green Paradise yang terletak di Bangi Sentral (belakang Bella Ammara).

comel kan kaki Ty bila dibalut sementara nak panaskan katanya.

Sesi sapukan bahan pelembut untuk lembutkan kulit-kulit mati dan menyegarkan untuk memudahkan kerja membuang sel kulit mati. 

Kak +fiza fantagirO meneman setia. Sesi buang parut kelapa derang kata, sentap nok!

Apapun , pengalaman rawatan Anti Callus ini memang buat Ty rasa teruja sangat sebab memang tak pernah pun buat sebelum ni. Selesai sesi rawatan hampir 45 minit , kaki rasa segar dan lembut je. Tak da lagi kulit keras yang merekah - merekah. 

Sementara Ty , Abang +Ben Ashaari  juga Kak +Sue Izza dengan rawatan kaki , Kak +fiza fantagirO & +Najeeb Abdullah pula melawa kuku tangan sampai shine bright like a diamond gitu.





Sambil mendapatkan rawatan , Pn.Haskina dan En.Zul menerangkan berkenaan kepentingan penjagaan kesihatan dan kebersihan tapak kaki dari pemilihan kasut, buang sel kulit mati, punca-punca kaki berkulat, sebab-sebab kaki merekah, pecah-pecah, dan paling teruk sampai berbau. Jadi kena pilih kasut yang betul.

Tempat pun cozy dan sesuai bonding time with friends / family. Bagi yang tinggal berdekatan boleh la singgah dan dapatkan rawatan penjagaan kaki dan tangan di sini ataupun di Ampang Point Outlet atau Wangsa Walk Mall

Lets go again gaisss.

Untuk maklumat lebih lanjut , bolehlah menghubungi :

En Zul Marican : 012 689 0197
Facebook Green Paradise Bangi - Green Paradise Bangi
Alamat :
Green Paradise Bangi
No 5-09-02 Tingkat 1, 
Bangi Sentral.

Yang berminat belajar dan menjadi therapist, belajar manicure, buat perkhidmatan mobile-spa bolehlah menghubungi En.Zul dan Pn. Haskina.

34 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen