Jom ke Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016

Friday, October 21, 2016



Salam u olls ! Okay ada berita baik untuk u olls yang memang kaki membaca apatahlagi kaki kumpul koleksi pelbagai jenis genre. Bolehlah bawa satu keluarga ke Pesta Lelong Buku Putrajaya yang merupakan pesta lelong buku Bahasa Melayu terbesar di Malaysia dari 21 hingga 30 Oktober 2016 di Dewan Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3. 


Pesta lelong buku ini menampilkan 50 penerbit terkenal tanah air seperti PTS Publications , Telaga Biru , Must Read , Ana Muslim , Dubook Press , Institut Terjemahan Buku Malaysia , Penerbit JAKIM dan ramai lagi yang akan menawarkan harga runtuh serendah RM2 - RM5 bagi sebuah buku dan juga dengan hanya RM1 untuk majalah.

Jadinya , u olls sudah tiada alasan lagi untuk datang dan mendapatkan buku yang bermutu dan murah ini dan semua jenis buku untuk lapisan umur seperti kanak-kanak , dewasa , novel , buku motivasi dan buku agama boleh didapati di pesta lelong buku ini dan nikmati buku - buku yang berkualiti walaupun dalam kekurangan budget kesan daripada masalah ekonomi yang melanda pelbagai pihak. Ini adalah antara inisiatif yang dilakukan oleh pihak jawatankuasa penganjur bagi mengajak serta memupuk minat membaca di kalangan masyarakat di seluruh Malaysia. 


Sebanyak 100 buah booth jualan ditawarkan dan pelbagai aktiviti dan acara menarik seperti busking , ceramah , diskusi buku , pertandingan selfie , pertandingan mewarna dan juga sesi bersama artis terkenal seperti Rabbani , Yatt Hamzah dan Heliza Helmi.


Pesta Lelong Buku Putrajaya dianjurkan selama 10 hari bagi memudahkan pengunjung mengatur masa hujung minggu mereka bagi membawa keluarga bersama. Ruang tempat letak kenderaan yang luas disediakan, ruang pameran yang selesa , kemudahan mesin ATM begitu juga dengan tempat makan.


Adanya program-program sebegini juga sedikit sebanyak dapat membantu dalam menyebarkan ilmu yang bermanfaat kepada remaja dan masyarakat di luar sana agar dapat melahirkan generasi yang berakhlak dan berwawasan. Disamping itu juga, Pesta Lelong Buku Putrajaya seperti ini dapat merancakkan lagi usaha dalam meningkatkan jualan bagi para pempamer yang terlibat.

Maklumat lanjut dan terkini tentang Pesta Lelong Buku Putrajaya boleh hubungi 019-3258285 (En. Jaini) atau 013-7007067 (Nurhaziemah). 

Laman Facebook : Pesta Lelong Buku Putrajaya
Hashtag : #pestalelongbuku #dahtakdealasandah

Jom ke sana!

9 comments

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.