Review Movie : 1920 London

Thursday, May 12, 2016


Salam u olls ,


Fuh! Dah lama tak layan movie. Sibuk sangatlah kononnya , jadi nak lari dari kesibukkan tu Ty grab masa sikit dan lepak dengan Kak +Sue Izza dan Abang +Ed Dy tengok wayang. Tak tahan pula layan cerita seram di waktu malam. Layankan aja. Dalam takut tutup muka nak juga tengok celahan jari / shawl. 


Best la cerita 1920 London ni , gambar dan props memang cool dan smart gila. Terpukau la mata Ty tengok juga. K , meh Ty kongsi sikit sinopsis cerita ni.




Sinopsis 1920 London
Adalah filem seram Hindi yang mengisahkan tentang kehidupan pasangan suami isteri Shivangi (Meera Chopra) dan Veer Singh (Vishal Karwal) di London. Mereka berdua menjalani kehidupan aman di London, sehinggalah apabila Veer menerima hadiah dari Rajasthan, India. Perkara aneh mula terjadi kepada Veer yang membuatkan mental, emosi dan fizikalnya bertindak di luar kawalan.

Shivangi yang bimbang dengan keadaan suaminya, yakin suaminya terkena ilmu hitam. Shivangi memutuskan untuk meminta bantuan daripada Jai (Sharman Joshi), seorang bomoh juga sebenarnya bekas kekasihnya. Berjayakah Jai membantu Shivangi melepaskan suaminya daripada roh jahat yang mengganggu.

Sayangnya , siapa disebalik dalang yang menghantar ilmu hitam tu memang tak di sangka. Semuanya kerana dendam lama. Yang mana akhirnya memakan diri sendiri. Yang pasti baju - baju yang dipakai oleh watak Shivangi memang cantik belaka. Memang sesuai dengan tahun 1920.

Wayang ni dibawa khas oleh ANTENNA ENTERTAINMENT [klik] yang mana syarikat mengedarkan filem antarabangsa seperti Hindi dan Tamil filem untuk TV Kabel, TV Satelit, dan Cinemas. Antaranya filem Chennai Express , Dilwale dan banyak lagi. Maklumat lanjut boleh dapatkan di laman web mereka.

4 comments

  1. nak tengok.. tapiseramm ehhh ehhh ehhh.. kena cari kawan !

    ReplyDelete
  2. uuish braninyaaa tngk malam2.. CT kalo siang pun x brani =P

    ReplyDelete
  3. ala..failed tengok cerita seram..baca sinopsis macam best..tapi takut nak tengok, acane..

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.