Promosi Buffet Ramadhan PICC 2016 - Hidangan Tradisi Warisan Budaya

Wednesday, May 11, 2016


Salam u olls ,
Dah nak dekat puasa wei ! Ritu Ty share pasal Jubah Lelaki Moden dari RizQ Design si owner nya Fazren Rafi. Sebabnya ramai dah kecoh dengan persiapan nak raya. Tapi nak dekat dengan puasa ni mesti sibuk juga nak plan bersahur apa nak berbuka apa dan kat mana betul tak? Tambah - tambah pula yang mana kerja tu mesti ada satu hari tu nak berbuka dengan geng pejabat la sebagainya. Dan mesti tercari - cari pakej ramadhan buffet untuk berbuka puasa yang best - best.

Okay , meh Ty nak cadangkan salah satu tempat yang mana u olls boleh dan mesti cuba. Yeah , dekat Putrajaya International Convention Centre (PICC).


Ramadhan Buffet PICC 2016  akan bermula mulai 8 Jun 2016 hingga 3 July 2016 dari pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam. Harga bagi orang dewasa RM98.00 dan bagi kanak - kanak pula RM49.00

Tema ramadhan buffet kali ni ; "Hidangan Tradisi Warisan Budaya" dan menghidangkan lebih daripada 300 juadah makanan termasuk juadah berkonsepkan ala warung gitu. Antara juadah yang ada dan pasti menggoda u olls ; - 













Amacam u olls? Terliur tergoda ternoda tak? 

Nak pergi ramai - ramai pun boleh sebabnya kapasiti PICC boleh menampung sehingga 1000 orang pada satu masa. Tempat menunaikan solat terawih pun disediakan dan jemaah dapat berjemaah bersama artis atau personaliti jemputan. Selain aktiviti berbuka puasa dan juga berjemaah menunaikan solat terawih , terdapat juga jualan bazaar. Boleh la shopping dan cuci mata.

K , nak buat tempahan boleh terus ke kaunter atau tempah melalui atas talian di www.ticketonline.my/PICC atau hubungi menerusi talifon di talian 03-88876000. Maklumat lebih lanjut , boleh terjah Facebook PICC [klik] | Instagram PICC [klik] | Twitter PICC [klik] .

Selamat Berpuasa  !

7 comments

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.